Followers

Friday, July 6, 2012

Chocolate Buttermilk Cupcake for Tina



Tempahan seterusnya daripada rakan sekampus juga iaitu Pn. Tina. Chocolate Buttermilk Cupcake dengan topping choc ganache. Alhamdulillah, percubaan mengwhip choc ganache kali ni menjadi . Tak sia-sia menggodek choc tu dekat sejam nak dapatkan kelikatan yang sesuai supaya dapat whipkan kat atas kek. Berdebar-debar menyiapkan tempahan ni, yelah, takut tak berapa jadi macam tempahan yang lepas. Macam nak matikan bom debarannya tu!  Tempahan ni adalah untuk doorgift majlis pertunangan jirannya. Sebanyak 40pcs cupcake telah ditempah. Kata kawan saya ni, asalnya memang untuk bagi kat tetamu-tetamu yang datang, bila tuan rumah tengok kek tu langsung berkenan, sebahagian daripadanya dijadikan hantaran pertunangan Lebihan cupcake yang tinggal diberi kepada tetamu-tetamu VIP sahaja. Yelah, kalau nak bagi semua memang tak cukup. Kurang-kurang kena order 100pcs baru boleh bagi semua orang. Alhamdulillah, selain puas hati dengan dekonya, jirannya kata rasa kek pun sedap!




Step 1 - Sebelum ditouch-up





Step 2 - tempek choc ganache




Step 3 - sprinkle sikit hiasan love, sesuailah untuk majlis tunang kan..




Dah siap untuk dihantar kepada tuan empunya yang menempah. Terima kasih sekali lagi kepada Pn. Tina. Lain kali orderlah lagi!

Thursday, July 5, 2012

Chocolate Buttermilk Cupcake for Najjah

Tempahan ketiga adalah daripada rakan sekampus iaitu Pn. Najjah. Tempahan ni saya dapat secara tak sengaja. Tengah sembang-sembang kat facebook dan bercerita tentang perihal masing-masing, jadi saya berceritalah tentang aktiviti baking-membaking saya ni. Sudahnya, terus nak order 50pcs Chocolate Buttermilk Cupcake seperti yang saya cadangkan. Dia kata nak rasa kek saya yang paling sedap, jadi saya cadangkan jenis chocolate cake nilah. Pada saya, dengan menggunakan buttermilklah kek akan menjadi bukan sahaja sedap malahan ringan dan gebu.   







Tapi, amat malang sekali, kek yang sedap itu dispoilkan oleh topping choc ganache yang tak berapa nak menjadi sebab saya masih lagi belum menguasai skill mengwhip choc ganache sepenuhnya. Atas kesilapan teknikal, design swirl tak menjadi swirl, jadi design yang ntah apa-apa pulak. Ini percubaan kali ketiga mengwhip choc ganache. Mungkin sebab belum mahir, maka hasilnya jadilah seperti gambar di atas. Asalnya memang confidentlah, kot la kali ketiga ni jadi, sudahnya tak jadi-jadi jugak. Saya memohon maaf banyak-banyak kepada Pn. Najjah dan memberinya sedikit diskaun di atas kesilapan saya itu.






Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada rakan sekampus saya ini kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk membuat cupcake ini untuknya. Cupcake ni semua ditempah untuk makan-makan sendiri, untuk diberi kepada adiknya yang tercinta dan juga rakan-rakan sepejabat. Cupcake di atas saya deliver sendiri ke Bangi untuknya dengan caj delivery yang amat berpatutan. Sepatutnya saya hantar ke rumahnya di Salak Tinggi, tapi saya merasakan terlalu jauh dan agak tak berbaloi dengan kos penghantarannya, maka saya ajak berjumpa dengannya di Bangi. Jangan marah ye Najjah, hehe.. Kata Najjah, kek saya sedap! Alhamdulillah, seronok saya mendengarnya walaupun saya agak kecewa dengan deco yang tak berapa menjadi tu. Sekurang-kurangnya rasa kek tu bolehla cover kegagalan deconya, hehe..Takpe, ini pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati dan mencari solution yang lebih baik pada masa akan datang.

Kepada sesiapa yang nak saya deliver, boleh takde masalah, asalkan destinasinya tak terlalu jauh dari tempat tinggal saya. Kalau sampai ke Seremban rasanya tak dapatlah kot . Paling jauh pun setakat ni bolehla saya hantar ke Bangi dan di sekitar Lembah Klang. Adios!  

Monday, July 2, 2012

Butter Cupcake

Kalau entri lepas ada tempahan kek besar, kita kembali semula kepada tempahan cupcake. Tempahan ni sebenarnya sekali dengan kek besar yang ditempah oleh Kak Yong hari tu. Cuma ini adalah tempahan daripada pengasuh saya Makcik Bee untuk makan-makan sekeluarga dan juga budak-budak di bawah jagaannya.






Hiasan yang simple, saje sprinkle dengan coloured rice, so takdelah nampak kosong sangat. Jumpa lagi di lain entri!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...