Followers

Saturday, November 23, 2013

Cerita Ceriti Rainbow Cake

Setelah sekian lama nak cuba membuat rainbow cake, akhirnya tercapai juga hasrat untuk membuat kek yang menjadi idaman ramai ni termasuklah saya juga, hehe...kek ni sebenarnya takdelah rasa yang special sangat, yang specialnya dari segi rupanya saje. Tapi, jangan silap, apa-apa pun rasa tetap penting selain daripada rupanya yang cantik. Dimulakan cerita, saya cuba membuat rainbow cake ini dengan kek span. Biasanya orang buat kek butter kan, tapi saya nak jugak membuat rainbow cake ini version kek span. Ini adalah option kepada customer supaya saya dapat menawarkan rainbow cake dengan harga yang lebih murah. 

Gambar di atas adalah Rainbow Sponge Cake dengan Fresh Cream. Kalau tengok dalam gambar nampak macam layer tu dah cukup tebal kan...tapi sebenarnya tidak, layernya nipis je sebab saya hanya menggunakan 1 adunan sahaja.



Saya dah biasa menggunakan fresh cream untuk deko kek, tapi tak taulah kenapa hari yang saya buat untuk rainbow cake hari tu, fresh cream yang dipukul tak cukup kembang, maka fresh cream yang telah dipukul tu cair. Jadinya, tak dapatlah nak deko kek tu elok-elok, kosong tanpa apa-apa decoration http://eemoticons.net




Inilah rupa rainbow sponge cake yang telah dipotong. Agak nipis kan setiap layernya...saya lebih suka kalau layernya tebal sikit.




Ini adalah eksperimen yang kedua menggunakan butter cake. Saya membuat 2 adunan untuk mendapatkan layer yang lebih tebal. Decoration lebih-lebih kurang je sebab untuk makan-makan sendiri je. So, jangan anda di luar sana ingat saya akan deko cincai-cincai pulak kalau ada orang order, hehe..Deko menggunakan fresh cream juga. Malas nak deko guna cream cheese sebab untuk eksperimen je kan. Kalau orang order ke nanti bolehla guna cream cheese. Tapi, topping fresh cream pun sedap juga, harga yang lebih murah dan sedap dimakan.




Inilah keratan rentas rainbow butter cake. Ternyata 2 adunan lebih baik untuk buat rainbow cake, layer yang lebih tebal dan pada saya lebih cantik jika ketebalannya seperti gambar di atas. Mesti anda rasa di antara layer tu krimnya macam takde je ek...hehe...sengaja buat macam tu sebab kek ni kek eksperimen, so takyahlah letak krim banyak-banyak. Saya cuma nak tengok layernya macam mana je. Warnanya pun kalau anda perasan agak pudar sebab sengaja letak sedikit sahaja pewarna. Kalau yang betulnya sepatutnya lagi terang.



 
Ini pulak Rainbow Butter Cake yang diorder oleh rakan saya, siapa lagi kalau bukan Pn. Tina yang sentiasa menyokong saya dalam biz kek saya ni. Kalau biasanya orang order rainbow cake dengan topping cream cheese, kawan saya ni nak topping fresh cream je sebab untuk budak-budak katanya, nak topping yang lebih simple. Betul jugak katanya, sebab tak semua budak suka cream cheese.




Rainbow Cake ni diorder untuk makan-makan di sekolah anaknya sempena perayaan Deepavali yang lalu





Kepada sesiapa yang berminat untuk mengorder Rainbow Cake, bolehla buat tempahan sekarang! http://eemoticons.net

Anda boleh membuat pilihan sama ada version sponge cake atau butter cake, terpulang pada citarasa masing-masing. Topping juga anda boleh pilih di antara buttercream, fresh cream atau cream cheese, terpulang kepada bajet masing-masing http://eemoticons.net

Order jangan tak order...chow! http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...