Followers

Thursday, January 23, 2014

Resepi No Bake Oreo Cheesecake

Projek kek untuk kali ni adalah No Bake Oreo Cheesecake. Kebetulan ada banyak stok cream cheese, kita buatlah kek ni. Mudah je buat kek ni sebab tak payah bakar. Campur-campur je bahan, sejukkan dalam peti.

Kali ni nak share resepilah pulak. Jarang-jarang saya dapat share resepi kat sini. Bukan tak nak share, cuma masa dan keadaan tak mengizinkan. Almaklumlah ada anak kecik ni, bukan boleh ngadap pc lama-lama. Tengah member tu tido, barulah boleh concentrate.

Tanpa membuang masa, jom tengok resepi. Resepi ni saya dapat dari You Tube "Cooking with Karma". Sape-sape yang rajin cari resepi kat You Tube mesti penah dengar nama ni. Tapi, saya ubahsuai sikit ikut citarasa saya.


Bahan-Bahan :

Crust

225g biskut oreo yang telah dihancurkan
125g mentega dicairkan

Filling

500g cream cheese
* 250ml whipping cream
180g gula kastor
1 peket biskut oreo (137g bersamaan dengan 14 pcs) - dihancurkan
1 sudu besar gelatin (15g)
100ml air (untuk dicairkan dengan gelatin)

* Boleh juga ganti dengan yogurt, sour cream atau mascarpone cheese untuk rasa yang lebih sedap! http://eemoticons.net


Untuk hiasan (optional)
1 pek mini oreo (67g)  (kat 7 Eleven pun ada jual atau kat supermarket terkemuka)


Cara-cara membuatnya :

1) Untuk crust, hancurkan biskut oreo dengan creamnya sekali, tak perlu buang cream.

2) Kemudian, cairkan mentega dan masukkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan tadi. Sediakan spring form pan bersaiz 9 inci. Masukkan campuran tadi ke dalam spring form pan, lenyekkan sehingga campuran kemas dan letakkan dalam peti sejuk selama 30 minit. 

3) Sementara menunggu biskut sejuk, sediakan fillingnya pula. Hancurkan biskut oreo untuk diletakkan dalam filling, tak perlu buang cream juga, ketepikan.

4) Pukul cream cheese, whipping cream dan gula kastor sehingga kembang lebih kurang dalam 10 minit menggunakan hand mixer/stand mixer.

5) Cairkan gelatin bersama dengan 100ml air di atas api kecil sehingga gelatin hancur sepenuhnya. Boleh juga gunakan air panas yang baru dimasak untuk cairkan gelatin, tapi saya lebih suka cairkannya di atas api sebab lagi senang gelatin cair. Gelatin ni susah sebenarnya nak cair, so elokla masak atas api untuk cepat cair.

6) Setelah adunan cream cheese kembang, campurkan gelatin yang telah dicairkan tadi sehingga sebati. Setelah sebati, masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan dan gaul hingga sebati.

7) Setelah sebati, tuangkan adunan cream cheese ke dalam spring form yang telah diletakkan crustnya.

8) Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing. Saya gunakan mini oreo untuk hiasan.

9) Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

10) Dah sejuk tu, apa lagi, tibalah masa untuk santap! http://eemoticons.net





Kepada sesiapa yang nak share resepi, minta tinggalkan mesej anda di "comments" dan link semula ke blog saya ye http://eemoticons.net

Selamat mencuba! http://eemoticons.net

Wednesday, January 15, 2014

Choc Sour Cream Cupcake with Choc Ganache & Cream Cheese



Projek terbaru untuk tahun baru 2014 adalah Choc Sour Cream Cupcake dengan topping Choc Ganache & Cream Cheese. Alhamdulillah, awal-awal tahun lagi dah ada orang yang sudi mengorder. Yang mengorder ni pun regular customer saya, siapa lagi kalau bukan Cik Puan Tina yang bekerja di Hong Leong tu. Kek kali ni adalah atas cadangan saya sendiri. Kalau ikutkan dia nak Red Velvet. Tapi, saya mencadangkan apa kata buat kek coklat dengan topping choc ganache dan cream cheese sekali. Dia pun setuju dengan cadangan saya dan saya pun apa lagi, on jelah! http://eemoticons.net

Ini adalah percubaan pertama membuat kombinasi sebegini. Macam mana dengan rasanya? Mestilah sedap!! http://eemoticons.net




Order kali ni adalah untuk makan-makan di ofisnya. Sempena Maulidur Rasul katanya, saje-sajelah nak bagi kengkawan makan cupcake. Tema all black & white. Idea ni timbul bila tengok kat kedai bakeri ada jual souffle cup black & white polkadot. Nampak cute dan cantik, tanyakan pada Cik Tina, dia kata ok, saya pun terus belilah, apa lagi http://eemoticons.net




Sebelum letak topping cream cheese, kita tuang dulu choc ganache di atas cupcake





Lepas tu barulah letak cream cheese selepas diletakkan dalam peti untuk seketika, bagi ganache tu keras sikit. So, takdelah comot-momot nak letak cream cheese atas ganache tu nanti. Simple deko je dengan marble chips. Sebab bekas pun dah cantik, so, saya rasa tak perlulah deko lebih-lebih sangat  http://eemoticons.net





Sedia untuk dihantar ke tuannya. Kali ni dia nak pack individual sebab husbandnya jugak nak bagi-bagikan untuk kawan-kawan ofisnya. Lebih mudah katanya kalau dipack macam tu.



Semoga rakan-rakan ofis kawan saya dan suaminya suka dengan rasa kek saya dan dekorasinya. Hope they enjoy my cupcake! http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...