Followers

Tuesday, February 18, 2014

Choc Moist ke Mocha?


Sebelum dapat order cuppies Sofia The First Princess yang lepas, saya menyibukkan diri bereksperimen dengan mocha cupcake pulak. Tapi resepi yang saya cuba ni resepi choc moist. Boleh dapatkan resepi kat sini iaitu dari blog Mat Gebu. Resepi ni lain sikit daripada resepi choc moist biasa sebab ada letak sedikit nescafe. Sebab tu saya kata kek ni kek mocha sebab campuran choc dan kopi kan jadi mocha. Tapi resepi yang saya cuba ni tetap resepi choc moist sebab sikit je nescafenya. Kalau mocha, kuantiti kopinya banyak, baru boleh rasa kopinya. 



Setelah mencuba resepi ni, ok jugak rasa kek choc yang ada rasa sedikit pahit daripada kopi. Serbuk kopi yang walaupun sedikit je iaitu 1/2 sudu teh, boleh menambahkan lagi keenakan rasa coklat tu. Nanti bila saya dah dapat resepi mocha cake yang sebenar-benarnya dan dah try buat, saya akan sharekan kat sini. Entri kali ni untuk cuci mata jelah ye http://eemoticons.net

Kenapa rajin sangat nak bereksperimen ni...saje jelah kan nak cuba rasa yang lain pulak dalam kek choc sambil-sambil nak menghabiskan topping cream cheese yang ada. Kalau simpan lama-lama rosak pulak, dah membazir. Kek ni memang bertambah sedap bila diletak topping cream cheese. Gabungan antara choc dan cream cheese memang jarang mengecewakan.

So, apa lagi peminat kek di luar sana, cuba jangan tak cuba! http://eemoticons.net

Friday, February 7, 2014

Choc Sour Cream Cupcake with Edible Image Sofia The First Princess




Order kali ini adalah dari Cik Kristina. Beliau memang pernah order cuppies dengan saya sebelum ini. Order terakhir adalah pada bulan 8 tahun lepas dengan edible image Avengers untuk anak saudara lelakinya. Kali ni pulak untuk majlis hari lahir anak saudara perempuannya yang berumur 8 tahun. Memang budak-budak umur macam tu memang sukalah watak princess-princess ni. Saya sendiri pun tak berapa tahu pasal kartun ni sehinggalah Cik Kristina buat request untuknya.





Choc Sour Cream Cupcake saya buatkan untuk beliau sebanyak 25pcs dengan tema edible image Sofia The First Princess. Beliau juga request untuk buttercream pink dan purple. Memang sesuai sangatlah pilihannya tu. Kena dengan temanya http://eemoticons.net

Untuk mendapatkan kelainan daripada bentuk bulat yang biasa, saya cadangkan kepada beliau untuk membuat edible image tersebut dalam bentuk love. Beliau pun setuju, saya pun proceed order dengan supplier saya. Anda perasan ke tak? Mesti tak berapa perasan kan...saya rasa macam tak nampak sangat bentuk love tu...next time rasanya elok buat bulat je kot supaya kerja saya lebih mudah dan cepat. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kalau bentuk love ni kena potong sendiri. Takdelah susah pun nak potong, cuma agak memakan masa. Tambahan pulak 2 warna nak buat, agak leceh sikitlah. Tapi takpe, pengalaman kan. Tak cuba, tak tahu. Untuk customer di luar sana yang berminat nak bentuk love, bolehla caling-calling http://eemoticons.net





Semoga Cik Kristina dan anak saudaranya suka dengan edible image Sofia The First Princess ni dan suka jugak dengan rasa kek choc special yang saya buat. Cantik saje tak guna kan, mesti sedap jugak, barulah puas hati!http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...