Followers

Wednesday, April 30, 2014

Choc Sour Cream Cake with Choc Ganache for Erin


Alhamdulillah, kita sudah pun sampai ke penghujung bulan April 2014. Sekejap je masa berlalu kan. Di bulan April ini juga saya mendapat banyak tempahan untuk kek. Taklah banyak sangat, tapi kalau tiap-tiap minggu ada order tu kira banyaklah pada saya. Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana memberi rezeki kepada saya untuk bulan April ini.




Order kali ni adalah daripada rakan sekampus saya Erin. Last minute order yang nasib baik saya dapat tunaikan adalah untuk hari lahir ahli kelurganya yang menyambut hari lahir pada bulan April. Tulah sebab tulis April Babies. Tulisan "April Babies" tu saya gunakan fondant. Edible image Minion tu saya beli yang ready made. Nak order untuk custom made tak sempat sebab lewat sangat saya dapat order. So, order last minute ni biaselah, mana yang sempatlah ye...http://eemoticons.net

Selepas kek ni dihandover kepada rakan saya ni, saya bertanyakan juga macam mana rasa kek saya. Beliau nampaknya berpuas hati dengan rasa kek saya. Katanya tak manis sangat dan tak pahit sangat rasa coklatnya. Alhamdulillah, lega hati saya mendengarnya http://eemoticons.net


Diharap beliau tak serik nak mengorder lagi. Thanx Erin for ordering! http://eemoticons.net

Monday, April 14, 2014

No Bake Oreo Cheesecake (2)



Mmmm....nyam! nyam! Dah lama tak makan Oreo Cheesecake, kepingin pulak rasanya...so, last week kita buatlah No Bake Oreo Cheesecake ni. Date gambar tu date semalam sebab semalam baru berkesempatan nak snap. Walhal dah nak abis dah keknya. Tinggal 3 keping lagi untuk dihabiskan.http://eemoticons.net




Kali ni kita tak buat dalam loyang springform, kita letak dalam bekas tupperware biasa je. Sebab kek ni tak bakar, anda bebas untuk letak dalam apa-apa jenis bekas yang anda suka. Saje-saje je buat dalam bekas 4 segi ni sebab nak potong kek ni 4 segi. Dari segi bahan-bahannya kita tukar sikit. Kalau biasanya cream cheese dengan whip cream tapi kali ni kita tukar whip cream kepada mascarpone cheese. Biskut yang di dalam kek tu pun saya tak hancurkan, saya cuma patah-patahkan biskut tu kepada 4 bahagian. Nak buat kelainan sikit daripada yang pernah buat sebelum ni. Boleh tengok resepi kat sini.




Biasanya saya guna cream cheese jenama Tatura. Tapi, sebab nak makan sendiri kita gunalah Philadelphia Cream Cheese. Gabungan antara Philadelphia Cream Cheese dan mascarpone cheese memang tak mengecewakan. Sedap yo! Teksturnya juga lebih firm dan lebih rasa lemak. Mungkin sebab mascarpone cheese tu kot. Lebih kuranglah teksturnya dengan yang beli kat Secret Recipe tu. Bukan nak compare ngan SR, tapi yelah, kalau boleh buat sendiri dan dapat rasa yang agak-agak nak sama, why not buat sendiri kan...lebih jimat, sedap pulak tu!! 


So, apa lagi ditunggu? Cubalah buat No Bake Oreo Cheesecake menggunakan Philadelphia Cream Cheese dan mascarpone cheese. Memang tak menyesal  http://eemoticons.net

Wednesday, April 9, 2014

Choc Sour Cream Cupcake with Alphabet Sprinkle for Rafidah


Order pertama untuk bulan April 2014 ini adalah simple Choc Sour Cream Cupcake dihiasi dengan alphabet sprinkle untuk rakan sekolah menengah saya dulu, Rafidah. Sebanyak 50pcs yang diorder olehnya untuk makan-makan sempena gotong-royong yang diadakan di tadika anak perempuannya.

Feedback yang baik dari rakan saya ini yang dah lama tak jumpa semenjak habis sekolah dulu. Semoga ada lagi order yang mendatang darinya dan terima kasih kerana sudi order dengan saya Fied! http://eemoticons.net

Monday, April 7, 2014

Red Velvet Fondant Cake - Music Theme



Seperti yang diceriterakan pada entri yang lepas, inilah dia Red Velvet Fondant Cake dengan bertemakan muzik. Cantik tak? http://eemoticons.net  Kek ni diorder sempena hari lahir ayah dan bapa saudara rakan saya, Fiza. Mungkin kerana bapa rakan saya ini dahulunya ahli muzik, maka di situlah tercetusnya idea rakan saya ni untuk menghadiahkan kek bertemakan muzik iaitu terdiri daripada piring hitam di atas kek dan dikeliling kek dihiasi dengan music note.




Bapa rakan saya adalah Hj. Halim yang menyambut hari lahirnya yang ke-70 dan bapa saudaranya menyambut hari lahir yang ke-67. Piring hitam yang saya letakkan di atas kek adalah lebih menarik jika terdapat beberapa garisan halus untuk menampakkan lagi ciri-ciri piring hitam tersebut. Tapi, sudah beberapa kali mencuba, tak jadi-jadi, untuk langkah selamat, biarlah saya buat piring hitam tu kosong je. Nak bagi bentuk bulat tu menjadi pun bukan mudah tau! Siap angkat balik lagi daripada kek. Nasib baik yang cover putih tu tak koyak sebab yang putih tu takdelah saya buat nipis sangat. Sebab fondant ni bila kita main lama-lama dia senang lembik dan melekit-lekit. Itu yang membuatkan bentuknya mudah lari.




Wording yang berwarna merah tu saya gunakan acuan yang saya beli di kedai menjual barangan bakeri. Tau tak berapa lama saya nak menyiapkan semua wording tu? 2 jam!! Disebabkan tulisannya yang terlalu halus dan mudah rosak, itu yang berjam-jam nak bagi jadi. Keseluruhan kek saya siapkan dalam masa 5 jam. Bermula jam 2 pagi sehinggalah 7 pagi barulah siap semuanya http://eemoticons.net 









Music notes dan border kek pula saya buat dengan menggunakan lebihan cream cheese yang saya gunakan untuk topping kek red velvet ni. 



Dah siap keseluruhan deko memang lega gila! Penat memang penat. Yelah, sepanjang malam tak tido. Nasib baiklah bukan hari sekolah. Kalau tak, kelam-kabut jugak nak menyiapkan dan nak menghantar anak ke sekolah pulak. Apa-apa pun saya memang berpuas hati dengan hasil kek fondant pertama yang ditempah oleh rakan saya ni walaupun terdapat banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Memang rasa sayang masa nak handover tu. Tapi, nak buat macam mana kan, bukan untuk kita.

So, kepada mereka di luar sana yang berminat nak order kek fondant sama ada whole cake ataupun dalam bentuk cuppies, dipersilakan dengan hormatnya. Chow! http://eemoticons.net

Sunday, April 6, 2014

My 1st Fondant Cake


Entri yang lepas saya ada bercerita tentang kek fondant. Untuk pengetahuan anda, ini adalah kek fondant pertama saya. Saya belum pernah lagi mengikuti mana-mana kursus membuat kek fondant, jadi, ini memang pandai-pandai saya jelah menyalut kek coklat ni dengan fondant berdasarkan video yang saya tengok di youtube. 

Kenapa nak cuba buat kek fondant? Saya ada mendapat order untuk Kek Red Velvet dari kawan saya Fiza dan deko yang diminta adalah lebih sesuai jika dideko dengan fondant. Ia diorder bersama dengan cuppies yang saya ceritakan seperti entri yang lepas. Atas galakan rakan saya yang juga baker dan memang biasa dah buat kek fondant, beliau kata buatlah kek fondant, bila lagi nak buat katanya. Dengan penuh semangat, saya pun cubalah buat untuk diri sendiri dulu. Terus buat kat kek yang nak diorder kang, takut tak jadi pulak http://eemoticons.net 

Fondant yang saya gunakan adalah fondant ready made. Lebih mudah. Boleh kalau nak buat sendiri, tapi saya takut tak dapat konsistensi seperti yang kita nak. Lagipun, memang tak sempat nak bereksperimen. Daripada buang masa, baik beli yang dah siap. Untuk trial ni, saya beli yang putih je, malas nak beli yang ada warna sebab harga yang berwarna lebih mahal. Jadi, untuk eksperimen, lebih baiklah pakai yang putih je. Setakat nak praktis macam mana nak balut kek, tak payah nak cantik-cantik sangat. Yang penting, kita dapat dia punya skill.
  




Ini pulak pandangan dari sebelah tepi. Yang bahagian tepi ni anak saya yang buat. Bukanlah buat freehand, adalah acuannya. Anak sulong saya ni memang sukalah main-main benda clay ni. Bagi canlah kat dia buat. Kalau tak, merajuk pulak nanti http://eemoticons.net





Bermain dengan fondant bukanlah mudah. Untuk orang yang tak mahir macam saya ni memang mengambil masa yang lama. Nak menguli fondant tu memang sampai lenguhla tangan. Dengan melekit-lekitnya, memang messy. Tapi seronok! Penat, tapi menyeronokkan! Kalau tak caya, boleh cuba sendiri. Nak tau pengalaman seterusnya untuk kek fondant yang diorder, kita jumpa lagi next entry...bye! http://eemoticons.net 

Saturday, April 5, 2014

Choc Buttermilk Cupcake for Fiza & My Auntie


Order cuti sekolah baru-baru ni adalah Choc Buttermilk Cupcake untuk rakan sekolah saya Fizahaliza 50pcs untuk family day yang diadakan di Port Dickson. Jadi, semua cuppies ni dibawa ke Port Dicksonlah. Tapi malangnya, topping untuk cuppies tu semua jadi agak cair sebab parking di tempat yang tak berbumbung semasa singgah di Nilai. Tapi, rasanya masih lagi maintain. Cuma rupanya jelah dah agak lari. Mungkin sebab packing dalam bekas plastik, jadi bekas plastik mudah menyerap haba dan menyebabkan topping senang cair. Lain kali, untuk travel packing, kena letak dalam kotak kertaslah nampaknya sebab ada lagi satu kek yang diorder oleh rakan saya ni iaitu kek yang bersalut fondant dan sedikit hiasan cream cheese masih lagi elok keadaannya. Mungkin sebab letak dalam kotak kertas. Nak tau cerita kek fondant? kena tunggu entri seterusnya http://eemoticons.net

Order yang kedua adalah daripada ibu saudara saya yang bekerja di KLCC. Sebanyak 30pcs cuppies yang diorder untuk majlis perpisahan rakan sekerjanya.

Itu sahaja entri ringkas untuk kali ini. Next entri kita cite pasal kek fondant pulak. Tungguuuu....http://eemoticons.net

Thursday, April 3, 2014

Resepi Cheezylayer Biskut Marie


 Hujan lebat betul sekarang ni. Petang-petang gini kalau layan dessert yang best macam ni, memang syok le http://eemoticons.net Cheezylayer Biskut Marie ni dah 3 minggu lepas saya buat, tapi dok tangguh-tangguh nak tempek resepi kat sini tak sempat-sempat. Sibuk sikit baru-baru ni sebab cuti sekolah - balik kampung, siapkan order cuppies dan adik kahwin jugak. Tu yang tak menyempat nak ngadap laptop. So, jangan buang masa, kita tengok resepinya....http://eemoticons.net

Bahan-bahan

1 peket biskut Marie (320g)
500g cream cheese
180g gula kastor
250ml whipping cream
1 sudu besar gelatin (15g)
100ml air (untuk dicairkan dengan gelatin)

Cara-cara membuatnya

1) Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang lebih kurang dalam 10 minit menggunakan hand mixer/stand mixer.

2) Cairkan gelatin bersama dengan 100ml air di atas api kecil sehingga gelatin hancur sepenuhnya. Boleh juga gunakan air panas yang baru dimasak untuk cairkan gelatin, tapi saya lebih suka cairkannya di atas api sebab lagi senang gelatin cair. Gelatin ni susah sebenarnya nak cair, so elokla masak atas api untuk cepat cair.

3) Setelah adunan cream cheese kembang, campurkan whipping cream dan gelatin yang telah dicairkan tadi sehingga sebati.

4) Sediakan bekas yang sesuai untuk melayerkan biskut marie dan adunan cream cheese di atas.

5) Susunkan biskut marie di dalam bekas yang telah disediakan, kemudian letakkan lapisan nipis adunan cheese di atas biskut marie yang telah disusun tadi. Nak buat lapisan tebal pun boleh, ikut citarasa masing-masing.

6) Lapiskan secara berselang-seli biskut marie dan adunan cheese sehingga semua biskut dan adunan cheese habis dan lapisan terakhir mestilah diakhiri dengan adunan cheese. Susun biskut marie macam susunan batu-bata tu, so, dapatlah layer macam gambar kat atas nun. Kalau tak susun camtu pun takpe, ikut sukalah nak susun camna pun http://eemoticons.net Kalau ada lebihan biskut marie tu boleh la hancurkan dan taburkan atas adunan cheese untuk hiasan.

7) Dah siap susun semua, bolehla disejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam ataupun semalaman. Resepi ni tak payah pakai oven ye. Sejukkan je http://eemoticons.net Untuk 1 resepi ni, dapatlah dalam 2 bekas aiskrim seperti gambar di bawah.





Resepi yang mudah dan ringkas, tak banyak makan masa, sedap pulak tu http://eemoticons.net
Cuba, jangan tak cuba! http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...