Followers

Wednesday, May 21, 2014

Choc Moist Cupcake Topping Buttercream with Edible Image Sofia The First for Yana



Order terbaru semalam adalah daripada Pn. Yana yang dapat contact saya dari blog mengorder Choc Moist Cupcake untuk anak perempuannya. Bukan untuk birthday, saje je order untuk makan-makan sebab dah lama beliau berjanji dengan anaknya untuk hadiahkan kek Sofia The First ni. Camna boleh terjumpe blog saya ye? Beliau google Sofia The First, so adalah dalam list tu terselit blog saya. Tak sangka jugak boleh pulak senang ada dalam list google http://eemoticons.net 




Macam biase, order minimum adalah 25pcs dan sebanyak 25pcs beliau order dari saya.




Petang semalam, suami saya yang tolong hantarkan cuppies ni dan tak sampai setengah jam cuppies sampai, saya dah dapat feedback dari Pn. Yana mengatakan cupcake saya memang sedap dan anak perempuannya suka sangat!

Alhamdulillah, memang seronok bila dapat feedback yang positif dari customer. First time pulak tu...memang lega hati bila baca whats app dari beliau http://eemoticons.net

Saya mengharapkan juga seluruh ahli keluarga Pn. Yana enjoy menikmati cuppies saya. Terima kasih lagi sekali, lain kali boleh order lagi http://eemoticons.net

Tuesday, May 20, 2014

Oreo Cheesecake for Alia


Order seterusnya adalah daripada kawan adik perempuan saya. Namanya Alia, sekampus dengan adik saya. Diaorang ni kira kawan rapat jugaklah. So, kawannya ni teringin betul nak rasa Oreo Cheesecake. Memandangkan Alia ni student lagi, saya bagi canlah order separuh resepi je. Kalau ikutkan saya tak jual separuh-separuh ni. Saiz bekas ni adalah 6 inci. Kalau bekas standard sepatutnya 8 incilah. Kalau banyak order untuk bekas kecik-kecik ni lepas ni, mungkin saya boleh pertimbangkan untuk buat bekas saiz 6 inci, tengok keadaanlah. Kepada yang berminat nak request order yang sama, boleh saya adjust, takde masalah http://eemoticons.net

Alhamdulillah, Alia berpuas hati dengan rasa kek saya dan saya tak kisah sangatlah walaupun yang lagi separuh saya kena makan sendiri, takde masalah pun untuk makan sendiri sebab saya memang penggemar cheesecake http://eemoticons.net

Saturday, May 17, 2014

Choc Moist Cupcake for Teacher's Day 2014


Sempena Hari Guru 2014, saya juga berkesempatan membuat sedikit cupcake iaitu sebanyak 16pcs untuk sambutan Hari Guru tadika anak saya iaitu Tadika Khalifah Ilmu. Tadika Khalifah Ilmu adalah salah satu daripada tadika yang menggunakan sistem Little Caliphs. Kalau anda nak tau apa itu sistem Little Caliphs, google je, anda akan dapat segala info dari websitenya.

Asalnya takde bercadang nak buat cuppies pun, tapi sebab ada lebihan pink buttercream daripada order cuppies Sofia The First 2 hari lepas, apa salahnya kita buat cuppies dan menghabiskan lebihan buttercream yang ada, jadi takdelah membazir.



Deko kali ni simple je sebab buttercream tu dah warna pink, so saya rasa cukuplah kita buat bentuk rose je dan pada saya dah cukup cantik dah macam tu (agaknyelah...http://eemoticons.net )

Saya harap guru-guru di Tadika Khalifah Ilmu enjoy dengan cuppies saya dan Happy Teacher's Day kepada semua yang bergelar teacher.

Adios! http://eemoticons.net

Friday, May 16, 2014

Red Velvet Cupcake & Choc Moist Cupcake Topping Buttercream with Edible Image Sofia The First for Achim



 
Order kedua untuk bulan Mei'14 ini adalah dari rakan sekampus saya iaitu Achim yang dah penah order Rainbow Cake dengan saya sebelum ni telah mengorder Red Velvet Cupcake dan Choc Moist Cupcake topping pink buttercream dengan edible image Sofia The First. Ramai jugak peminat Sofia The First ni ye. Kalau anda masih ingat, yang mula-mula saya buat hari tu buttercream purple dan pink, kali ni saya buat buttercream pink sahaja pulak. Cuppies ni semua diorder sempena Hari Guru 2014.





Untuk Red Velvet beliau mengorder sebanyak 20pcs, individual pack untuk diberikan kepada rakan-rakan gurunya. Untuk pengetahuan anda, rakan saya ini juga seorang guru.





Choc Moist Cupcake ni pulak kalau tak silap saya untuk guru-guru anak-anaknya. Sebanyak 20pcs juga yang diorder, tapi saya berikan pada beliau extra 5pcs sebab memang dah ada lebih dan nak menghabiskan imej Sofia yang ada tu.




Sempena Hari Guru pada hari ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru tidak kira sama ada anda guru tadika ke, sekolah rendah ke, menengah ke, hatta pensyarah sekalipun, anda tetap sebagai seorang pendidik yang bertangggungjawab mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna kepada, agama, bangsa dan negara. 

Tidak lupa juga saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada rakan saya Achim yang sudi order untuk diberikan kepada semua guru-guru yang dikenalinya dan all the best kepada Achim, semoga menjadi guru yang terbaik serta disukai dan dihormati oleh semua anak muridnya http://eemoticons.net

Tuesday, May 13, 2014

Choc Moist Cake & Cupcake Topping Buttercream with Minion Edible Image for Ina


Walaupun agak sedih pada entri yang lepas terpakse menghabiskan hampir sebiji kek seorang diri, order pada 8hb Mei yang lalu mengubat kekecewaan saya. Memang agak penat menyiapkan last minute order ni tapi memang berbaloi sebab kita memang buat untuk orang yang betul-betul nak makan kek kita. Tak kisahlah walaupun kena bejaga sampai ke pagi. Order kali ni adalah dari rakan sekolah rendah saya dahulu iaitu Pn. Norazalina atau lebih mesra dipanggil Ina membuat last minute order Choc Moist Cake dengan edible image Minion. Beliau mengorder sebiji kek dan juga 40pcs cuppies. Whole cake dan cuppies ini adalah untuk majlis hari lahir anaknya yang berumur 5 tahun bagi sambutan hari lahir di tadika anaknya.





Pada asalnya, edible image yang dikehendaki adalah Frozen, tapi dah last minute sangat, tak sempat nak order dengan supplier. Jadi, saya cadangkanlah Minion sebab kebetulan memang dah ada edible image Minion kat umah, lebih daripada order kek yang lepas. 




Daripada pandangan tepi kek. Saya akui skill melicinkan icing di atas kek masih banyak perlu diperbaiki. Awal-awal lagi saya memohon maaf kepada rakan saya ini dan minta halal di atas segala kekurangan sebab saya masih lagi belum sampai tahap pro. Tapi, anda semua jangan risau, akan saya improve skill saya untuk pada masa akan datang. Saya perlu buat banyak latihan untuk smoothkan icing saya, fighting! http://eemoticons.net








Bila order last minute ni, nak cari benda-benda macam ni memang bergantung pada nasib. Kalau nasib baik dapat, dapatlah. Kalau tak, tepakselah cari alternatif lain. Memang nasib saya baik kali ni, dapat jugak cari edible image Minion untuk cuppies. Siap dapat dua design berbeza lagi, Alhamdulillah...http://eemoticons.net

Kalau ikutkan dalam gambar ni ada 24pcs untuk setiap bekas. Disebabkan setiap saiz A4 ada 24pcs, saya sedekahkan jelah lagi 8pcs tu. Nak abiskan edible image yang ada, saya simpan pun buat apa kan...tambahan pulak cuppies pun ada lebih, nak makan sendiri semua memang tak laratlah. So, apa salahnya saya sedekahkan je, tak rugi apa-apa pun kalau kita sedekah kan...

Alhamdulillah juga rakan saya berpuas hati dengan rasa kek saya. Katanya mungkin akan order lagi untuk birthday party di rumahnya pula.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya Ina kerana sudi untuk pertama kalinya order kek dengan saya. Saya harap ada lagi order yang mendatang darinya. Terima kasih lagi sekali Ina dan Happy Birthday to Arissa Zahra! http://eemoticons.net

Monday, May 12, 2014

Choc Sour Cream Cake with Choc Fresh Cream Topping



Bulan Mei adalah bulan di mana suami saya menyambut hari lahirnya. Bulan April pula anak sulong saya menyambut hari lahirnya. Mereka memang lahir pada bulan yang berbeza tapi berkongsi haribulan yang sama. Suami saya pada 4hb Mei dan anak sulong saya 4hb April. Oleh sebab itu kek di atas saya buat untuk kedua-duanya sekali pada bulan Mei ini. Kek ni sepatutnya adalah Choc Indulgence Cake. Tapi, sebab malas nak buat dua jenis layer dan topping, saya buat Choc Indulgence version saya sendiri, tak perlu dua jenis coklat masakan yang digunakan, saya guna satu jenis sahaja iaitu coklat masakan biasa. Kalau resepi asal sepatutnya ada coklat masakan putih dan coklat. Kalau nak resepi Choc Indulgence macam Secret Recipe tu boleh klik sini atau sini




Ini adalah rupe kek ni sebelum dipotong. Nampak pelik topping kek ni kan...kenapa nampak pelik macam ni sebab semasa saya mencampurkan coklat masakan dengan fresh cream, sepatutnya coklat masakan yang telah dicairkan tu kena betul-betul sejuk baru dicampurkan dengan fresh cream yang sejuk tu. Oleh sebab coklat masakan masih suam, maka bila panas bertemu dengan sejuk, jadilah coklat masakan tu berketul-ketul sikit bila dicampur dengan fresh cream tu. Tapi, bila ditengok-tengok balik, macam ok pulak topping ni kan, walaupun nampak agak pelik tapi nampaklah keunikannya kat situ...kot la...hahaha...




Mungkin anda rasa layer kek ni agak melampau sehinggakan kek 4 tingkat nampak macam 6 tingkat. Ini adalah kerana topping yang disediakan memang agak melampau daripada sepatutnya. Salah bajet pulak kali ni http://eemoticons.net Disebabkan topping yang terlebih bajet tulah jadi saya sengaja letak layer banyak-banyak, tak nak membazir. Tapi, cuba punye cuba nak abiskan, tak abis jugak. Ada jugak lagi lebihan. Takpelah, nak buat macam mana, sape suruh tamak sangat buat topping banyak-banyak http://eemoticons.net

Yang paling sedih, penat-penat buat, anak dan suami makan sikit je, selebihnya banyak saya yang makan http://eemoticons.netJenuh nak perabis...sehinggalah tinggal 1 potongan yang terakhir saya tak larat dah nak makan, saya bagilah kat adik pompuan saya.

Moral of the story - Jangan buat kek untuk orang yang tak berapa suka makan kek http://eemoticons.net 

Monday, May 5, 2014

No Bake Oreo Cheesecake for Hawa



Tempahan terakhir untuk bulan April yang lalu adalah daripada ex-staff kedai alatulis saya iaitu Hawa. Untuk hari lahirnya yang ke-28 ni beliau menempah Oreo Cheesecake. Cik Puan Hawa ni memang suka sangat dengan Oreo Cheesecake. Pertama kali order dengan saya memang dia dah suka dengan rasa cheesecake saya ni. Alhamdulillah, seorang lagi customer saya yang berpuas hati dengan hasil kerja saya.






Disebabkan ada lagi lebihan fondant berwarna hitam daripada order kek yang lepas, saya gunakan fondant untuk tulisan di atas kek. Nampak lebih cantik dan kemas dengan menggunakan fondant.




 

 
Gambar kek yang telah diletakkan lilin di atas bukanlah atas permintaan saya. Mungkin kebetulan malam beliau menyambut hari lahirnya tu saya mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya, beliau menghantar gambar kek yang telah dinyalakan lilin melalui what's app. Teruja betul saya melihatnya! Cantik rupenye kek ni bila dah dinyalakan lilin, dalam gelap pulak tu, memang nampak cantik. Seronok betul saya tengok gambar ni! http://eemoticons.net http://eemoticons.net 

Terima kasih kepada Hawa sebab send gambar ni dan Happy Birthday saya ucapkan kepada Hawa. Semoga beliau menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik untuk keluarganya. Lain kali boleh order lagi ye! http://eemoticons.net 

Friday, May 2, 2014

Choc Sour Cream Cake with Choc Ganache Layer & Fresh Cream Topping


Beberapa hari selepas saya menyiapkan doorgift untuk majlis perkahwinan adik saya tu, dapat pulak tempahan Choc Sour Cream Cake untuk majlis hari lahir anak perempuan kepada rakan saya Tina, regular customer saya. Saya sebenarnya kalau boleh nak jugak buat kek lain, tapi sebab kebanyakan orang suka kek coklat kan, so, kita kena buatlah ikut permintaan customer. So, kepada pembaca blog ni jangan jemu ye asyik dengan tempahan kek yang sama je. Tapi, kalau anda perasan, dekonya tak sama, toppingnya juga tak sama. Kali ni, layer kek saje dengan choc ganache, topping luar kek dengan fresh cream.




Simple deko je sebab edible image tu pun dah cukup cantik. Untuk pengetahuan anda semua, edible image ni adalah custom made dan harga untuk custom made edible image agak mahal sikit harganya berbanding dengan ready made. So, kalau nak tempah edible image sekurang-kurangnya seminggu lebih awal supaya saya dapat menempah dan tiba tepat pada masanya. Kalau dah last minute sangat, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tempahan. Itupun hari bekerja ye, tak termasuk hari minggu dan cuti umum sebab waktu-waktu tersebut Pos Malaysia pun cuti jugak http://eemoticons.net 





Atas ehsan rakan saya ni, saya meminta beliau untuk snap gambar kek ni selepas dipotong. Saje jelah nak tengok macam mana rupe dalamnya. Amacam? Nampak sedap tak? http://eemoticons.net





Cuppies ni pulak saya buat seminggu selepas handover kek yang besar tu. Ingatkan nak bagi pada hari yang sama, tapi tak sempat nak buat, saya tangguhkanlah ke hari lain. Tengok date kat gambar tu pun boleh tau disnap pada 1 Mei. Edible image untuk cuppies ni datang bersama-sama dengan edible image yang besar tu. Kiranya dia punye setlah bila kita order tu. Untuk edible image yang kecik-kecik ni saya minta supplier buat wajah Amni sahaja. So, cuppies ni saya saje-saje bagilah, kire hadiahlah daripada saya. Lagipun, saya nak simpan buat apa kan..




Sebenarnya, rakan saya ni nak buat surprise untuk anaknya sempena hari lahirnya yang ke 5 tahun ni. Disebabkan anaknya Amni minat sangat dengan Frozen, so beliau pun menempah gambar Frozen dengan gambarnya sendiri sekali. Memang anaknya happy sangat tengok gambar Frozen dengan mukanya sendiri atas kek. Tambah pulak seminggu lepas tu dapat cuppies lagi muka sendiri, memang lagi syok la dia. Berbaloi mamanya menempah edible image ni untuk anaknya http://eemoticons.net

Happy 5th Birthday kepada Amni dan semoga menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya.

Wassalam...http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...