Followers

Monday, September 29, 2014

Vanilla Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Faezah


Repeat order daripada Pn. Faezah dari Kg. Baru mengorder Vanilla Sponge Cake sama seperti order yang lepas, cumanya kali ni untuk anak perempuannya dengan tema Frozen juga. Order yang lepas untuk anak lelakinya dengan tema Ben 10. Tak abis-abis lagi demam Frozen ek http://eemoticons.net Bilalah demam Frozen ni akan berakhir...tapi takpelah, Frozen dah menjadi kesukaan dan kegilaan ramai sekarang ni, takde masalah pun pada saya. Asalkan semua orang gembira sudah http://eemoticons.net



Semoga Nur Damya Hana gembira dengan karektor Frozennya dan Happy 7th Birthday! http://eemoticons.net

Thursday, September 25, 2014

Specially for My Kids! - Pandan Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Transformers


Anak saya yang nombor 2 penah kata kat saya, mama ni asyik buat kek cantik-cantik untuk orang lain je, buatla untuk kitaorang jugak. "Kitaorang" tu mewakili dia dan abangnyelah. Semasa tengah free dan order pun semua dah settle minggu lepas, saya pun buatlah kek span pandan dengan topping buttercream ni untuk diaorang. Agaknye cantik tengok edible image yang ada di atas kek-kek yang saya buat sebelum ni, diaorang pun nak jugakla ada kek gambar-gambar ni. Yang adik nak Spiderman, yang abang nak Transformers. Saya kata, pilih salah satu, kalau tak mama tak nak buat kek untuk korang. Akhirnya si adik mengalah, Transformers pun Transformerslah....






Kek Span Pandan ni adalah permintaan dari anak sulong saya, Azim. Yang adiknya tak kisah sangat kek apa pun, bedal je. Disebabkan order sebelum tu saya letakkan blueberry untuk layernya, ada lebihan, saya campurkan sekali filling blueberry tu dengan buttercream. Nampak ada ruang kosong lagi keliling kek, saya letak la sekali nama anak bongsu saya, Ain.

Maka, tertunailah hajat saya juga nak buatkan kek untuk anak-anak saya sendiri. Walaupun takde apa-apa special occasion, tak kisahlah kan, janji buat http://eemoticons.net

Wednesday, September 24, 2014

Vanilla Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Ida


Order dari Pn. Ida dari Taman Batu Muda, Gombak telah mengorder Vanilla Sponge Cake topping buttercream dengan edible image Frozen. Asalnya beliau nak Rainbow Cake, tapi sebab beliau tak nak kek yang tinggi, nak 2 layer je, beliau order je Vanilla Sponge Cake yang saya warnakan biru dan pink. Warna kek dan deko kek adalah di atas permintaan Pn. Ida. Deko kali ni base pink, border biru. Ada gump paste berbentuk kucing bersama-sama lilin berbentuk nombor. Kek ni untuk 3 orang iaitu 2 untuk anak perempuannya, 1 untuk anak saudaranya. Sebab tulah ada 3 nombor lilin dan 3 ekor kucing yang comel! http://eemoticons.net

Specialnya order kali ni juga, layer kek saya letakkan blueberry sebab Pn. Ida dan anak-anaknya suka blueberry agaknye.



Diharap Pn. Ida berpuas hati dengan rasa kek dan deko kek saya. Adios! http://eemoticons.net

Tuesday, September 23, 2014

Choc Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Achim


Kembali kita kepada tema Frozen lagi...order ni adalah daripada rakan sekampus saya Achim yang tinggal jauh juga di Bangi mengorder Choc Sponge Cake topping buttercream untuk 2 orang anak perempuannya. Kek ni dibawa balik ke Melaka pada 15 September iaitu pada cuti sekolah yang lepas.




Kek ni sebenarnya ada kesilapan teknikal sikit...terkilan jugak saya tak dapat nak buat seperti yang dihajatkan oleh rakan saya Achim ni. Asalnya beliau suruh saya lukiskan gambar watak Olaf Frozen sebab sebelum ni beliau penah order kek yang ada edible image tapi anak-anaknya tak makan pun edible image tu. So, sebagai option lain, beliau suruh saya lukis je pakai buttercream. Saya ni pulak almaklumlah tak berapa reti bab melukis-lukis ni. Jadinye, saya buatlah lukisan atas kertas minyak, tekap gambar Olaf yang saya dah print sebelum tu. Teknik ni dinamakan "Transfer Frozen Buttercream". Saya tengok cara membuatnya di Youtube. Nampak memang mudah, tapi nak bagi menjadi tu kena praktis jugaklah.

Pertama kali saya buat cara ni, tak berapa menjadi, lukisan saya tak berapa cantik jadinye. Nak gantikan gambar yang tak jadi tu, saya cepat-cepat la ke kedai bakeri beli je edible image Frozen yang sesuai. Nasib baikla ada stok. Kalau tak, tepaksela saya buat deko biase-biase je ataupun gantikan dengan karektor yang lain. 

Kepada Achim, saya mohon ampun dan maaf sebab tak dapat nak buat seperti yang dikehendaki. Lain kali kena observed betul-betul dengan teknik baru.

Takpelah, jadikan ini sebagai pengajaran dan pengalaman dalam mengexplore pelbagai teknik dalam mendeko kek ni.

Sekian untuk entri kali ni, jumpe lagi esok! http://eemoticons.net 

Monday, September 22, 2014

Choc Cake Topping Buttercream with Edible Image Ultraman for Mira



Baru je cuci mata dengan kek hantaran, dah balik kek birthday ek...takpelah, rezeki jangan ditolak kan...kek apa pun yang kita buat untuk customer, yang penting, kita puas hati, customer pun puas hati. Order ni dihantar pada hari yang sama iaitu 13 September bersama-sama dengan kek Pn. Hana. Jadinye, pada 13 September tu ada 3 biji kek la kena deliver. Jauh-jauh pulak tu semua, pagi ke Kinrara untuk Pn. Hana, petang ke Taman Bukit Permai (berdekatan dengan Pandan Indah) untuk Pn. Mira pulak.



Pn. Mira mengorder Choc Cake untuk anak lelakinya yang berumur 3 tahun yang minat karektor Ultraman. Saya kecik-kecik dulu suka jugak tengok Ultraman ni. Tapi, pada masa tu takde macam-macam jenis macam sekarang. Sekarang ni dah banyak sangat jenis Ultraman, sampai saya sendiri pun tak penah dengar. 

Bila tak tau tu, anak-anak lelaki sayalah yang saya jadikan rujukan sebab diaorang lebih ariflah bab-bab cite gitu kan...kita orang tua ni manalah nak tau sangat http://eemoticons.net 



Oklah....selesai untuk entri ni, jumpe esok pulak untuk kek yang seterusnye....


Chow! http://eemoticons.net

Sunday, September 21, 2014

Butter Cake Topping Buttercream for Hani


Sepertimana yang saya katakan pada entri semalam, inilah rupe Butter Cake yang lagi satu untuk makan-makan. Untuk makan-makan, sepatutnya tak perlulah saya beria-ia sangat nak mendeko. Pn. Hani pun suruh buat deko simple-simple je. Tapi, sebab dah buat sekali dengan kek hantaran tu, sajelah buat bunga jugak untuk praktislah kononnye, hihi...http://eemoticons.net





Apa-apa pun terima kasih sekali lagi kepada Pn. Hani sebab sudi order lagi dan terima kasih juga sebab berpuas hati dengan rasa kek saya. 


Ada lagi kek esok ni...kek apa pulak ek...layan jelah...haha...http://eemoticons.net 

Saturday, September 20, 2014

Kek Hantaran Kahwin - Butter Cake Topping Buttercream for Hani


Untuk pertama kalinya saya mendapat order untuk kek hantaran kahwin. Macam-macam rasa ada, seronok ada, takut pun ada. Mana taknye, kalau dah hantaran kahwin, mesti nak kena pandai buat bunga-bunga ni kan. Apa lagi, belilah tools yang patut, maka saya praktislah buat bunga. Jenuh juga nak bagi menjadi. Tapi bila dah siap, lega rasanye http://eemoticons.net

Ini adalah repeat order daripada customer saya sebelum ni iaitu Pn. Hani yang penah order Choc Sponge Cake dengan edible image Frozen untuk anak saudaranya. Kek hantaran ni pun diorder bagi pihak sepupunya.




Jadi ke bunga yang saya buat ni? Bolehla kan, untuk beginner macam saya ni http://eemoticons.net




Kek ni dihantar ke Kinrara pada 13 September dan beliau ada order lagi satu butter cake untuk makan-makan dan dihantar pada hari yang sama jugak. Nak tau camna rupe kek yang lagi satu? Sila tengok esok ye http://eemoticons.net 

Friday, September 19, 2014

Rainbow Butter Cake Topping Buttercream with Edible Image Gambar Family for Ila


Order kedua di bulan September 2014 adalah dari Pn. Ila yang tinggal berdekatan juga dengan kawasan rumah saya iaitu Taman Greenwood telah menempah Rainbow Butter Cake untuk hari lahir suaminya yang telahpun berangkat ke Lubnan atas urusan kerjanya sebagai seorang askar. Kebetulan hari lahir suaminya adalah hari yang sama keberangkatannya ke Lubnan, beliau saje-sajelah nak bagi surprise kek kepada suaminya sebab setahun lepas ni baru mereka akan berjumpa semula.




Rainbow Cake yang diorder bukanlah rainbow cake biase 6 layer tu. Disebabkan beliau nak 1kg je, saya bagilah option rainbow cake ada 3 warna sahaja. Beliau pun kata oklah, janji ada warna. Saya memilih warna merah, oren dan hijau untuk kek ni.









Terima kasih kepada Pn. Ila kerana sudi order dan lain kali bolehla order lagi! http://eemoticons.net 

Thursday, September 18, 2014

Choc Cupcake Topping Choc Ganache for Ezura


Order pertama untuk September 2014 ini adalah Choc Cupcake dengan topping Choc Ganache. Last minute order yang saya dapat pada 05/09/14 yang lepas. Nasib naik tak bertembung lagi dengan order-order yang lain. Kalau tak, tak dapatlah saya nak melaksanakan hajat Pn. Ezura untuk memberikan cupcake kepada anak perempuannya yang berumur 6 tahun. Beliau tinggal di Taman Melewar, Gombak. Memang dekat je dengan rumah saya, 15 minit dah sampai.

Cupcake ni adalah untuk sambutan hari lahir anaknya. Seawal 7.30 pagi 07/09/14 saya hantar ke rumahnya sebab kek tu nak dibawa bersama ke Bukit Tinggi. Sambut birthday di sana agaknye...

Semoga Pn. Ezura berpuas hati dengan kek saya! http://eemoticons.net 

Wednesday, September 10, 2014

Russian Black & White Cake - Happy Birthday to Me! ;-)


Happy Birthday to me today! http://eemoticons.netDah tua-tua macam ni pun nak sambut birthday kan http://eemoticons.net  haha...bukanlah nak sambut sangat pun, saje je cari alasan nak buat kek yang special mecial ni, hihi...http://eemoticons.net

Alhamdulillah, sempena hari lahir saya di bulan September ni, saya buatlah kek birthday untuk saya sendiri iaitu Russian Black & White Cake. Tercapai jugak hasrat nak buat kek ni, walhal dah lama betul nak buat, tak buat-buat. Dok bertangguh, baru sekarang ada kesempatan membuatnya. 

Grand gile namanye kan! http://eemoticons.net Tak taulah sape asalnye yang merekacipta design dan nama kek ni tapi memang dah ramai cuba buat kek ni dan kebanyakannya menjadi. Memang tak susah pun nak membuatnya, cuma biaselah, agak remeh buat keje dengan coklat-coklat ni. Tapi, bila dah siap, memang puas ati! Nak makan pun sayang. Itu pun takde hias apa-apa pun atas kek. Memang tuang choc ganache semata-mata. Nak tau resepi dan cara membuatnya boleh refer kat SINI




Kenapa saya buat kek ni awal lagi sebelum birthday saya? Sebabnye minggu ni memang saya banyak order untuk disiapkan. Jadinye, kebetulan minggu lepas takde order, kita buatlah kek untuk diri sendiri...asyik buat kek birthday orang je, nak jugak untuk diri sendiri kan...tapi nampak comotlah sikit cekelat-cekelat kat cake board tu. Tolong abaikan kecomoton tu ye. Untuk sendiri makan ni biaselah, tak berapa nak rajin nak elok-elok sangat, hihi...janji makan sedap! http://eemoticons.net 

Bermula 6hb September yang lepas saya start sibuk dah membaking. Kek Russian ni saya buat 4hb lagi, esoknye saya deko. Jadi, untuk minggu ini sehinggalah 15/09/14 barulah saya free. Order untuk minggu ni sudah pun ditutup.

Nak tau kek-kek apa yang saya dok sibukkan sepanjang minggu sebelum cuti sekolah ni? Tengok, jangan tak tengok (macam rancangan tv pulak, haha... http://eemoticons.net   )

Thursday, September 4, 2014

Carrot Walnut Cupcake


Selepas membuat Carrot Walnut Cake seperti yang telah diceritakan pada entri yang lepas, saya pun membuat Carrot Walnut Cake ni dalam versi cupcake untuk diberikan kepada ahli keluarga saya dan rakan-rakan jiran yang meminati Carrot Cake. Cuppies ni saya buat sebelum order daripada Pn. Syahira.

Sementara takde order ni bolehla buat kek untuk makan-makan sendiri. Ada sesiapa berminat? Jangan lupe contact http://eemoticons.net 

Monday, September 1, 2014

Choc Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Syahira


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57! Kepada anda yang bekerja, seronoklah anda dapat bercuti lagi hari ni sebab cuti merdeka jatuh pada hari Ahad. Dapatlah extra 1 hari lagi boleh rehat-rehat kan...tapi saya tetap dengan kerja-kerja membaking saya. Khamis lepas dapat order dari customer baru saya, Pn. Syahira yang tinggal di Ampang. Beliau dapat contact saya dari mudah.my.

Tema Frozen juga menjadi pilihan anak-anak Pn. Syahira. So, jangan anda merasa bosan dengan kek-kek saya ye. Asyik tema Frozen je...mesti ada yang cakap macam tu kan...tapi nak buat macam mana, dah itu permintaan customer, kita buat jelah. Yang penting semua orang gembira dan puas hati dengan kek saya http://eemoticons.net 




Saya tak pasti Pn. Syahira dapat merasa ke tak kek saya sebab beliau kena outstation ke Johor semalam. Jadi, anak-anaknya, saudara-mara serta para tetamu yang datang birthday party anak-anak jelah yang dapat merasa nampaknye. Tapi, saya dah mintak tuan rumah yang menyambut kek saya semalam untuk tinggal sedikit untuk Pn. Syahira merasa. Kalau ada rezeki untuk beliau, In Shaa Allah adalah tu ye. Kalau takde, mungkin lain kali boleh order lagi! http://eemoticons.net 


Semoga anak-anak Pn. Syahira gembira dengan kek yang ditempah oleh ibu mereka. Happy Birthday diucapkan kepada Afiq & Nurul Aqilah http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...