Followers

Sunday, May 31, 2015

Carrot Walnut Cake with Edible Image for Adi


Setelah sekian lama menunggu, akhirnya ada juga yang berminat nak order Carrot Walnut Cake dengan saya big grin Bukan semua orang suka carrot cake kan. Order adalah daripada En. Adi, rakan kepada suami saya. Deko edible image gambar anaknya sahaja. Kali ni lain sikit wordingnya...biasenye orang lebih prefer tulis "Happy Birthday" atau "Selamat Hari Jadi". Tapi En. Adi nak saya tuliskan "Sanah Helwah" yang membawa maksud yang sama macam Happy Birthday, cumanya ia dalam Bahasa Arab.




Diharap En. Adi suka dengan kek carrot saya ye! batting eyelashes Risau jugak nak tau feedbacknya...takut orang tak bekenan dengan stail carrot cake saya. Carrot Walnut Cake saya ni memang agak berbeza daripada carrot cake biase. Kalau yang biase, orang selalu letak carrot saje atau carrot dengan walnut dan tambahannya kismis. Carrot Cake saya memang lain. Selain carrot dan walnut, saya ada letakkan kelapa kering dan nenas dalam tin. Bukan sikit-sikit nenas dan kelapanya tau. Memang boleh nampak chunky-chunky nenas dan kelapa keringnya memang terasa betul! drooling

Tujuan saya tambah nenas tu sebab nak tambahkan kelembapan pada kek. Sebab sesetengah carrot cake ni agak kering. Saya juga menggunakan 4 biji telur untuk satu resepi. Kalau anda google, banyak resepi guna 2 biji telur je. Pada saya, kek jadi tak cukup moist dengan 2 biji telur. Resepi Carrot Walnut Cake ni memang saya modified untuk memenuhi citarasa saya. Diharap tuan yang mengorder berpuas hati jugalah ye. Lagipun saya kurang menggemari kismis, sebab tulah saya letak nenas yang saya rasa lebih membuat saya seronok nak makan carrot cake dan juga kelapa kering untuk memberikan kelainan kepada rasa carrot cake saya. Walhal, pada asalnya saya bukanlah penggemar carrot cake sebab di fikiran kita ni dok pikir apalah letak sayur dalam kek kan....macam tak kena je....tambah pulak saya ni jenis tak suka sangat makan sayur. Tapi, carrot memang antara sayur favourite. Tu yang at last boleh jugaklah terima kek ada carrot. 

Tak suka carrot cake? Jangan risau, anda tak rasa pun ada carrot dalam tu, nampak je ada carrot tapi memang takde rasa carrot macam kita selalu makan dengan nasi tu. Bila dah blend jadi kek ni memang lain.


Oklah, sampai sini je entri yang agak panjang untuk kali ni. Nampaknye penutup order bulan Mei ni memang istimewa buat saya...harap-harap adalah yang berminat lagi ye nak order carrot cake! happy

Saturday, May 30, 2015

Fondant Mickey & Minnie Mouse Cupcake - Butter Cake Topping Buttercream for Safura


Hari ni dah 30 Mei 2015. Maka bermulalah cuti sekolah selama 2 minggu. Mesti seronok kepada sesiapa yang dah merancang untuk bercuti dan melancong bersama keluarga ataupun pulang ke kampung. Saya? Rasenye tak ke mana kot...husband agak buzy dengan kerja-kerjanya. Maklumlah, staf yang selalu membantunya tu cuti bersalin. Bulan puasa nanti baru masuk balik. 



Order kali ni saya deliver ke Damansara Height untuk Pn. Safura yang mengorder Butter Cupcake Topping Buttercream untuk birthday anak kembarnya. Anak kembarnya ni seorang lelaki dan seorang perempuan. Seronoknye dapat kembar sepasang kan! batting eyelashes Selalunye orang kalau kembar jantina yang sama...jarang-jarang nak dapat kembar sepasang. Sebab tulah deko ni satu Mickey Mouse dan satu lagi Minnie Mouse. Kali ni nampak macam jadi sikit kot kan...winking




Apa-apa pun kata Pn. Safura, anak-anaknya suka dengan design yang saya buat. Packing individually dalam beg plastik untuk diberikan kepada rakan-rakan anak-anaknya di tadika dan tak lupa gurunya sekali.


Terima kasih kepada Pn. Safura kerana sudi order. Happy Birthday to the Twins! party

Sunday, May 24, 2015

Choc Moist Cake Topping Cream Cheese with Edible Image Frozen for Shila


Frozen datang lagi batting eyelashes...order kali ni adalah daripada Pn. Shila yang tinggal di Kampung Simpang Tiga, Gombak mengorder Choc Moist Topping Cream Cheese seberat 2kg untuk anak perempuannya Adriana Batrisya yang menyambut hari kelahirannya yang ke-4 hari ini. 

Delivery hari ni berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada Pn. Shila kerana sudi menjemput ke majlis hari lahir anaknya. Tapi, oleh kerana ada hal lain di luar, saya terpaksa menolak. Terima kasih juga dengan doorgift yang diberikan dan diharap berpuashati dengan rasa kek dan deko.

Happy Birthday Adriana Batrisya! party

Monday, May 18, 2015

Fondant Minnie Mouse Cupcake - Marble Butter Cake & Choc Moist Cake for Anim


Assalamualaikum dan selamat petang happy Hari ni kita tengok kek yang lain sikit dari biase. Kek kali ni adalah deko fondant berbentuk muka Minnie Mouse dengan hiasan bunga pink di atasnye. Tipikal Minnie Mouse memanglah biasenye reben atas kepalanye kan. Tapi, saya nak buat lain sikit, instead of letak reben, kita letak bungalah batting eyelashes

Ada ke rupe Minnie Mouse ye? Hihi...tongue Orang 1st time buat muka Minnie Mouse, rasanye tak berapa jadi mukanye ni...Asalnye memang saya dah print daripada Google gambar asal muka Minnie Mouse, tapi muka yang saya print tu agak kecik, salah estimatelah pulak sebab suruh husband printkan. Malam nak buat tu baru dia bawak balik. Nak gunanye malam tu jugak. So, tak sempatlah nak print lain. Apa yang saya buat, saya lukislah sendiri guna bahagian pangkal nozzle yang ada bentuk bulat tu, saya lukislah sendiri. Kata suami saya macam tak berapa jadi je...takpelah, percubaan pertama, next time kena prepare awal-awal gambar-gambar yang macam ni, so bentuknye lebih tepat.

Order ni saya buat 2 hari yang lalu iaitu Sabtu baru ni, semalam saya handover kepada tuan yang mengorder iaitu adik ipar saya. Beliau mengorder cuppies ni untuk birthday anaknye pada 20hb Mei ini nanti.




Ada 2 jenis kek yang diorder iaitu Marble Butter Cake & Choc Moist Cake dengan kedua-duanye topping buttercream. Tak lupe juga fondant Minnie Mouse di atasnya. Cuppies ni semua saya pek satu-satu dalam plastik dan saya seal sebab cuppies ni semua nak diisi dalam goodie bag.


Terima kasih saya ucapkan kepada adik ipar saya Anim sebab sudi order. Mintak maaf di atas segala kekurangan, semoga Sarah yang akan berumur 2 tahun 20 Mei nanti, gembira dengan cuppies yang berbentuk muka Minnie Mouse ni! love struck

Saturday, May 16, 2015

Orange Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Ultraman Zero for Zuha


Akhirnya beralih tema jugak kali ni daripada dok Frozen je, layan Ultraman Zero pulak winking. Kalau birthday untuk budak laki biasenye memang bukan Frozen. Setakat ni, belum penah lagi saya terima order kek Frozen untuk lelaki. 

Order kali ni daripada Pn. Zuha mengorder Orange Sponge Cake Topping Buttercream dengan edible image Ultraman Zero. Seawal 8.00 pagi semalam saya hantar kek ni ke Smart Reader Taman Bullion Mewah, Batu Caves. Nasib baik dekat, takdelah kena keluar awal sangat. Sambutan birthdaynya bermula 9.00 pagi.

Happy Birthday diucapkan kepada adik Aariz Syahmi. Diharap adik seronok dapat kek Ultraman kegemaran adik dan gembira menyambutnya dengan rakan-rakan Smart Reader party 

Terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Zuha kerana sudi order love struck

Friday, May 15, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Arm


Semalam Frozen, hari ni Frozen...tu yang saya kata demam Frozen ni takkan kebah sampai bila-bila, haha...big grin Kek semalam untuk Jumaat minggu lepas, kek entri hari ni untuk Sabtu minggu lepas. Kek Choc Moist Topping Buttercream ni diorder oleh En. Arm yang tinggal di Taman Batu Muda, Batu Caves. Memang dekat sangatlah dengan rumah saya.


 

Terima kasih kepada En. Arm sebab sudi order dan Happy Birthday diucapkan kepada Putri Dania Amalin!party Mesti seronok tuan puteri yang sorang ni dapat kek Frozen ye sebab jenuh ayahnye mencari di serata tempat kek Frozen ni untuk dihadiahkan kepada puteri kesayangannye. Alhamdulillah, rezeki saya, En. Arm terjumpe iklan saya di mudah.my. Maka, selesailah pencarian kek Frozen En. Arm happy

Nasib baik saya sempat cari edible image Frozen dan menyiapkan keknye sebab ni kire order last minit jugak ni...rabu lepas order, sabtu nak deliver. 

Kepada Putri Dania Amalin, jangan lupe ucapkan terima kasih kepada ayah ye! Baibai wave

Thursday, May 14, 2015

Rainbow Butter Cake Topping Cream Cheese with Edible Image Frozen for Nurul Fatihah


Rasanye demam Frozen ni takkan kebah sampai bila-bila....Frozen tetap menjadi pilihan ramai. Iklan saya di mudah.my tu pun untuk kek edible image Frozenlah paling ramai orang cari. Sori ye jika posting saya banyak betul berkaitan dengan kek Frozen winking

Saya buat pun semuanye di atas permintaan customer. Kalau anda rasa bosan cuci mata dengan kek Frozen, tak usahlah tengok ye, hihi...batting eyelashes




Order kali ni adalah daripada seorang customer baru saya iaitu Pn. Nurul Fatihah mengorder Rainbow Butter Cake untuk anak perempuan kesayangannye yang berumur 4 tahun. Rainbow Cake biasenye 6 warna, tapi untuk kali ni saya buat 4 warna sahaja sebab Pn. Nurul Fatihah tak nak kek yang tinggi-tinggi, takut susah nak potong katanye. Saya kata ok je nak buat 4 warna, takde masalah. Untuk mengelakkan kek yang tidak terlalu tinggi saya buat 4 layer bersamaan dengan 4 warna saiz 9 inci. 


Happy 4th Birthday kepada adik Azfar Nur Qaseh. Semoga Pn. Nurul Fatihah sekeluarga berpuashati dengan kek saya. 


Adios! cool

Wednesday, May 13, 2015

Kek Merisik - Butter Cake Topping Buttercream for Hani


Assalamualaikum...bertemu lagi kite dalam blog yang tak seberapa ni...hihi...macam pengacara kat tv pulak winking Selalunye kek ni orang order untuk majlis-majlis seperti pertunangan, perkahwinan ataupun birthday. Jarang-jarang sekali orang order kek untuk majlis merisik. Lagipun, merisik sekarang ni tak ramai orang buat dah, kalau ada pun bukanlah secara rasmi. Pada saya, apa-apa majlis pun boleh je kek ni, takde masalah.

Order ni adalah daripada regular customer saya Pn. Hani. Masih setia dengan kek favouritenye iaitu Butter Cake Topping Buttercream. 

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hani kerana tidak jemu-jemu mengorder dari saya. Semoga berpuas hati ye dengan deko kali ni happy

Next entri...esokla pulak ye....wassalam...batting eyelashes

Sunday, May 3, 2015

Choc Moist Cake & Cupcake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Kak Fa


Order pertama untuk bulan Mei 2015 adalah kek Frozen lagi daripada rakan saya Kak Fa yang tinggal dekat je dengan kawasan perumahan saya. Order ni saya hantar pada 1 Mei yang lepas bersamaan dengan Hari Pekerja. Orang lain dok relek je kat umah, saya pulak sibuk bekerja menyiapkan kek. Begitulah rutin saya, tebalik dengan orang lain, hari biasa tak keje, hari minggu keje. Tapi kalau nak kata betul-betul saya tak keje hari biase tak jugak. Rutin saya hari biase selain membuat keje umah, saya juga drebar untuk anak-anak saya, hihi... winking Adalah jugak kadang-kadang dapat order pada hari biasa, tapi biasenye orang akan buat majlis birthday pada hari minggu. Hari biase ni kalau ada majlis di sekolah atau di ofis.





Selain kek Frozen sebijik, ada juga diorder 25pcs cupcake kek yang sama




Happy Birthday kepada Hana yang menyambut kelahirannya yang ke-4. Kata rakan saya ni, anak pompuannya ni memang fanatik dengan Frozen. Diharap Hana seronok gile dapat kek birthday karektor kartun kegemarannya big grin 


Terima kasih saya ucapkan kepada Kak Fa kerana sudi order. Harap tak serik untuk order lagi batting eyelashes
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...