Followers

Tuesday, September 29, 2015

My Birthday Cake! - Creamy Cheezy Choc Sponge Cake


Selepas update blog semalam, tiba-tiba tertinggal pulak satu entri ni...patutnya update yang ni dulu baru pasal projek Raya Haji, ini dah terbalik pulak. Tak kisahlah mana dulu mana kedian kan, janji kita ada post kat sini. Untuk pengetahuan anda semua, pada 10 September yang lalu adalah hari lahir saya. Dah tua-tua camni pun nak sambut birthday jugak ye...bukan selalu pun dapat buat kek untuk diri sendiri. Dok buat untuk orang je, tengah ada masa ni kita buatlah kek untuk diri sendiri pulak batting eyelashes





Kek ni saya namakan Creamy Cheezy Choc Sponge Cake. Macam canggih beno namanye ye....nape namanye gitu sebab keknya adalah Kek Span Coklat berfillingkan Cream Cheese dan bertoppingkan Fresh Cream. Buat ni pun sebab nak abiskan filling cream cheese dan topping fresh cream tu. Biasanye kalau buat projek sendiri ni biasalah sambil-sambil nak habiskan stok yang ada. Simpan pun buat apa kan, nanti dah rosak dan expired, membazir pulak. Kebetulan kena pulak ada benda alah ni semua masa birthday saya, kita pun buatlah. Bahan deko pun guna apa yang ada je, takde yang sengaja beli pun untuk kek ni. Tu sebab buat kek span je, butter takde, ada telur je, kita buatlah kek span je. Tapi jangan ingat kek span tak sedap tau. Kalau dengan fresh cream ni saya lebih suka dengan kek span sebab teksturnya lembut, ringan dan tak muak. Tambah pulak ada filling cream cheese, mmmm, memang lazat! drooling

Agak terlambat saya buat kek ni sebenarnya, bukan pada exact date birthday saya pun....kek ni dibuat 10 hari selepas birthday saya. Nak buat pada minggu birthday tu tak sempat sebab ada order yang nak disiapkan. Tapi tak kisahlah buat bila-bila kan, janji boleh makan, haha winking

Kek yang saya buat kali ni laku keras jugak, haha...selain saya yang banyak makan jugak, anak-anak pun nampak selera betul makan kek ni, biasenye diaorang jarang-jarang nak makan kek yang ada topping fresh cream macam ni. Tak tau la kali ni diaorang rasa sedap pulak kot....


Apa-apa pun, puas hati taun ni dapat buat kek birthday untuk diri sendiri, simple tapi sedap! big grin

Monday, September 28, 2015

Projek Raya Haji - Minnie Mouse Cake, Brownies & Dark Choc Chip Cookies


Akhir-akhir ni dah makin lambat mengupdate blog...taklah busy mana, tapi kadang-kadang tak jumpe masa yang sesuai nak ngadap pc, hihi...winking Tapi masih oklah, entri ni takdelah ketinggalan sangat, ketinggalan sikit je, haha...

Kali ni kita nak post pasal order untuk Hari Raya Haji baru ni. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kan. Hari ni pun budak sekolah dicutikan sebab jerebu teruk. Nasib baiklah semalam hujan lebat, Alhamdulillah, dapatlah hilangkan sikit jerebu yang teruk ni.

Tak banyak pun order untuk Hari Raya Haji baru ni. Kek Minnie Mouse - Choc Moist dengan Buttercream Oreo, Dark Choc Chip Cookies dan juga Brownies.

Kek Minnie Mouse diorder oleh regular customer saya, Pn. Faezah, Biskut Choc Chip untuk adik-adik saya dan juga Brownies untuk rakan saya Kavita.

Terima kasih kepada semua yang sudi order. Sekolah pun dah bermula semula, jagalah kesihatan masa musim jerebu ni terutamanya kesihatan anak-anak. Kita orang tua ni pun sama kena jaga kesihatan jugak. Kalau mak bapak tak sihat, sape yang nak jaga anak pulak kan....happy


Oklah, sekian untuk entri kali ni...kita jumpe bulan Oktober pulak untuk kek yang seterusnya  batting eyelashes

Chow! wave

Tuesday, September 22, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Upin & Ipin for Pn. Mazlinda


Order kedua untuk bulan Sept'15 adalah daripada Pn. Mazlinda yang tinggal di Jalan Gurney, KL mengorder Kek Choc Moist Topping Buttercream bertemakan Upin Ipin.

Happy Birthday untuk Haiqal & Akif, harapnye seronok la dapat kek kartun kegemaran ! big grin

Monday, September 21, 2015

Red Velvet with Edible Image Mickey & Minnie Mouse for Ida


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ni (kalau adalah, hihi tongue )
Sudah hampir menghampiri Hari Raya Haji rupenye...begitu pantas masa berlalu. Baru je cuti Merdeka dan Hari Malaysia, lagi beberapa hari cuti Hari Raya Haji pulak....kebetulan kena pulak dalam cuti sekolah, memang ramailah yang bercuti dan pulang ke kampung.




Kek pembuka tirai bulan 9 ni diorder oleh seorang customer baru yang bernama Ida yang keknya saya hantar ke apartment di Jalan Kuching. Kek birthday untuk anak perempuannya yang berumur setahun memang suka sangat dengan Mickey & Minnie Mouse. 


Terima kasih kepada Pn. Ida sudi order dan terima kasih juga kerana berpuas hati dengan kek saya love struck

Tuesday, September 8, 2015

Choc Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Ultraman & Brownies with Almond Sprinkle for Erin


Order pada hari merdeka yang lepas iaitu pada 31 Ogos saya mendapat 3 order daripada rakan saya Erin. Beliau mengorder 2 biji kek 1kg dan 2kg iaitu Choc Sponge Cake Topping Buttercream dengan edible image Ultraman untuk anaknya Rifqi yang berumur 5 tahun. Gambar yang mula-mula tu yang 1kg. Kenapa ada 2 kek? Yang 1kg untuk dibawa ke tadika, yang 2 kg untuk dibawa ke nursery





Disebabkan kek untuk dibawa ke tadika hanyalah 1kg, maka Erin mengorder juga Brownies dengan Almond Sprinkle yang dah siap dipotong untuk cikgu-cikgu di tadika. Takut tak cukup katanya untuk cikgu-cikgu. Tu yang tambah sikit dengan brownies.


Maka selesailah semua misi membaking di sepanjang seminggu sebelum merdeka. Kepada yang bercuti baru-baru ni seronoklah ye dapat pegi melancong bersama keluarga atau pulang ke kampung.

Saya cuma menyambut merdeka dengan kek-kek saya jelah. Nak bejalan, takde kesempatan dan bajet lagi. Walaupun sebenarnya banyak order saya dapat pada bulan merdeka ni bersamaan dengan bulan Syawal dan Zulkaedah 1436. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki sebanyak ini. Mungkin pada orang lain apalah sangat setakat 22 order sebulan, tapi pada saya sepanjang pembabitan saya dalam membaking kira banyak le tu untuk sebulan kan. Bermula pada 2012 dulu, nak dapat order sebulan sekali pun susah, tapi sejak tahun 2014, Alhamdulillah, tiap-tiap minggu ada je order. Mungkin sebab sebelum ni saya takde buat marketing sangat. Yelah, baru nak mula, takut nak war-warkan sangat. Bila dah buat marketing sikit, dengan izin Allah, adalah order kalau tak tiap-tiap minggu pun at least adalah tiap-tiap bulan.

Walaubagaimanapun, banyak lagi perkara-perkara yang saya perlu perbaiki terutamanya dari segi deko dan daya kreativiti mesti dipertingkatkan lagi.

Akhir kata, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada semua customer, rakan-rakan, jiran dan saudara-mara saya yang selama ini menyokong dan memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat kek untuk anda semua. Tanpa sokongan anda semua saya takkan ada keyakinan dan keberanian untuk meneruskan biz ini. Segala kekurangan saya minta halal dan doakan saya semoga saya terus sukses! happy

Monday, September 7, 2015

No Bake Oreo Cheesecake with Edible Image Ultraman & Brownies with Almond Sprinkle for Fied


Hari tu saya dapat order No Bake Oreo Cheesecake daripada seorang customer bernama Brenda. Kali ni ada lagi saya dapat order kek yang sama dengan edible image gambar Ultraman. Order ni juga pada 30 Ogos yang lalu, sama tarikh dengan red velvet cupcakes pada entri semalam. Kek ni diorder oleh rakan saya Rafidah yang saya panggil Fied. Birthday cake ni adalah untuk 2 orang anaknya yang berumur 7 dan 2 tahun.




Salah seorang daripada anaknya meminati racing cars, so saya letakkan juga edible image racing cars di keliling kek.




Selain Oreo Cheesecake, Fied juga mengorder Brownies dengan Almond Sprinkle untuk dihadiahkan kepada adiknya tak silap saya sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-8.



Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya Fied kerana sudi order 2 item sekali. Harap tak serik untuk order lagi! batting eyelashes

Sunday, September 6, 2015

Red Velvet Cupcakes for Kak Lin


Dah lama juga tak buat Red Velvet. Kali ni adalah peluang buat sebab dapat order dari jiran saya Kak Lin. Beliau mengorder 25pcs Red Velvet Cupcakes pada 30 Ogos yang lalu iaitu sehari sebelum merdeka. Cuppies ni dibawa ke majlis perkahwinan anak saudaranya. Dalam gambar ada 20pcs je, mana lagi 5pcs? Lagi 5pcs dah saya asingkan untuk diaorang makan sendiri batting eyelashes

Cuppies ni semua bukan untuk hantaran ye, ini adalah sebagai buah tangan untuk pihak pengantin lelaki kerana majlis yang dihadiri adalah majlis perkahwinan di pihak lelaki.

Terima kasih Kak Lin sebab sudi order!  love struck

Saturday, September 5, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Frozen & Cinderella for Dila


Pada 29 Ogos yang lepas, saya dapat order daripada Pn. Dila lagi sekali. Sebelum ni dah 2 kali order dengan saya. Ini adalah order yang ketiga. Terima kasih Pn. Dila kerana tak jemu-jemu order kek dengan saya happy 

Order kali ni pelik sikit sebab ada 2 kartun sekali iaitu Frozen dan Cinderella. Sebabnya anak Pn. Dila ni minat dengan dua-dua kartun sekali. So, kepada sesape yang berminat nak combine 2 gambar kartun sekali, boleh takde masalah, bisa diatur winking

Friday, September 4, 2015

Butter Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Izat


Frozen kembali lagi! winking Kek Butter Topping Buttercream ini diorder oleh En. Izat pada 28 Ogos yang lalu untuk birthday anak perempuannya Nurizzati Sofea yang berumur 5 tahun yang minat sungguh dengan Frozen. Kek ni ditempah khas dari Gombak tapi dibawa pulang ke Gua Musang kerana anak dan isteri En. Izat tinggal di sana. Jauh juga kek saya bejalan, haha big grin



Kata En. Izat, Nurizzati dah lama request kek Frozen ni, bila dah dapat tu memang seronok betul. Pulak bawak dari Gombak pulak. Kalau anda perasan, kat tepi-tepi kek ni ada gambar Frozen yang pakai tudung! Ha, jangan tak tau, sekarang ni ramai yang mengedit gambar Frozen jadi bertudung. Kepada sesape yang nak gambar Frozen bertudung, bolehla order, takde masalah happy

Thursday, September 3, 2015

Mickey Mouse Cake - Choc Moist Topping Buttercream for Justina


Lama dah tak mengupdate blog. Almaklumlah, mula Selasa lepas sampailah hari merdeka memang sibuk menyiapkan order. Nilah baru ada kesempatan mengupdate di sini selain di FB dan IG. Kek Mickey Mouse ni diorder oleh Pn. Justina pada 25 Ogos yang lepas untuk anaknya Adam Shah yang berumur 4 tahun.

Seperti biasa, keknya adalah Choc Moist Topping Buttercream, kek kegemaran ramai pada abad ini, haha big grin

Selesai order kek Mickey Mouse, kita tengok kek apa pulak lepas ni batting eyelashes
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...