Followers

Friday, January 29, 2016

Batman Cake - Choc Sponge Cake Topping Cream Cheese for Shahira


Order 2 hari lepas daripada Cik Shahira yang jauh keknya saya hantar ke Seksyen 24, Shah Alam. Dah la jauh, malam-malam pulak tu. Nasib baiklah encik suami ada untuk deliverkan batting eyelashes

Kalau tema-tema sebelum ni ada Ultraman, Spiderman dan Ironman, kali ni tiba giliran Batman pula. Simple deko 2D fondant, permintaan daripada customer sendiri, katanya letak je logo Batman kelawar tu atas kek dan tak perlu tulis apa-apa pun. Tak pasti juga tuan punye kek ni lelaki atau pompuan, yang saya tau, birthday kek ni untuk remaja berusia 19 tahun. 

Apa-apa pun terima kasih kepada Shahira yang first time order, harap berpuas hati dengan kek yang diorder cool

Tuesday, January 26, 2016

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Ultraman for Emma


Ultraman, superhero yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Bertahun lamanya superhero legend ni menjadi kegemaran ramai. Begitulah juga dengan order kali ni yang diorder oleh Pn. Emma untuk birthday anaknya yang berumur 2 tahun, gambar Ultraman menjadi penghias kek hari lahir Harith Wafri. 

Happy Birthday Harith Wafri! Semoga menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Jumpa lagi next entri! bee

Monday, January 25, 2016

Sponge Vanilla Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Linda


Kek seterusnya untuk Januari 2016 adalah kek Frozen diorder oleh customer baru saya Pn. Linda yang saya hantar keknya ke Sentul. Beliau mengorder Kek Span Vanilla dengan Topping Buttercream. Kata anaknya kek cantik sampai sayang pulak nak makan winking

Kek seterusnya untuk entri esok pun kek edible image jugak, see ya! happy

Sunday, January 24, 2016

Fondant No. 5 Spiderman Cake - Choc Moist Topping Cream Cheese for Faezah



Kek berbentuk nombor adalah antara kek favourite yang biase diorder oleh orang ramai. Tapi, inilah 1st time saya dapat order kek berbentuk nombor daripada regular customer saya Pn. Faezah. Dah la bentuk nombor 5, kena balut pulak keseluruhan kek dengan fondant. Memang agak sukar nak menyiapkan kek Choc Moist Topping Cream Cheese bersaiz 13" x 15" ni yang seberat 2.5kg lebih kurang. Tapi takpe, saya memang suka sangat kalau dapat order pelik-pelik macam ni. Satu pengalaman yang amat berharga kepada saya big grin.




Biasenye gambar macam ni kita guna edible image kan untuk letak atas kek. Kali ni tidak, kita guna fancy card je untuk ditempekkan ke atas kek sebagai hiasan. Lagipun ni kek fondant, bolehla pakai kertas biase je, lebih save bajet. Cumanye taklehla makan, sebelum makan tu kenalah dialihkan dulu kertas Spiderman tu. Design yang saya buat adalah pilihan daripada customer sendiri.

Esok kita tengok kek lain pulak ye, sayonara love struck

Monday, January 18, 2016

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Ultraman for Ain


Order kedua Januari 2016 adalah Kek Edible Image Ultraman untuk Pn. Ain yang pertama kali order dengan saya. Macam biase, Kek Choc Moist Topping Buttercream kegemaran ramai yang menjadi pilihan Pn. Ain untuk birthday anak keduanya, Muhammad Amir Fikri.

Terima kasih Ain sudi order, harap berpuashati dengan rasa kek dan deko love struck

Sunday, January 17, 2016

Minnie Mouse Cake - Choc Moist Topping Buttercream for Saleem


Assalamua'laikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Lambatnya bersiaran untuk order pertama 2016 ni. Maklumlah, dah start sekolah ni biaselah, agak lambat nak update blog. Kalau entri yang lepas kita perkenalkan item baru untuk dijual pada tahun ini, entri kali ni adalah tentang order pertama untuk Januari 2016 dan sekaligus order pertama untuk tahun ni. Takde apa yang special sangat, Kek Minnie Mouse yang dah pun penah saya buat untuk adik ipar saya tahun lepas. Bezanya kali ni untuk rakan baik suami pulak. Dalamnya Choc Moist dengan Topping Buttercream. 

Order ni adalah pada 10 Januari yang lalu, dah seminggu dah order ni, baru sempat mengupdate minggu ni. 2 hari lepas pun ada lagi 1 order, nak tau kek apa, macam biase, tunggu esok untuk next entri batting eyelashes

Wednesday, January 6, 2016

Congo Bar


Seperti yang saya katakan pada entri semalam, tahun 2016 ni takde lagi order dari customer, tapi ada kek baru yang saya cuba iaitu Congo Bar! Mesti anda dah biase kan dengar Congo Bar ni...nama lain yang diberi pada Congo Bar ni adalah Blondies. Kirenye adik-beradik Brownies jugakla. Bezanya Brownies warna coklat, Congo Bar/Blondies ni warna putih. Kalau nak resepi, anda bolehla cari kat Encik Google ye. Banyak orang tempek resepi Congo Bar ni. Saya pun gunakan resepi yang kat internet je, takde yang istimewa pun. Cuma ada sesetengah bahan tu saya ubah sikit ikut selera saya terutamanya gula, memang saya kurangkan sikit sebab choc chips tu dah manis kan, so keknye takyahlah manis sangat. Kalau betul-betul ikut resepi memang manisnye mak aiii!!! surprise Tak tahan saya! 

Oklah, sampai kat sini je entri kedua tahun 2016. Harga Congo Bar boleh rujuk di tab "Jenis & Harga Kek" kat blog ni.

Undur diri dulu, babai!! cool

Tuesday, January 5, 2016

Chanel Red Velvet Cake for Faezah


Selamat Tahun Baru 2016! peace sign Apa khabar anda semua di tahun baru ini? Saya biase-biase je. Hari ni masuk hari kedua sekolah dibuka. Kepada yang ada anak darjah 1 tu mesti dok kelam-kabut lagi menguruskan anak yang baru pertama kali masuk ke sekolah rendah. Saya? Anak saya darjah 5 dan darjah 2. So, takde masalah sangatlah bukak sekolah ni. 

Entri pertama untuk 2016 ni bukan nak cerita pasal order pertama tahun ni, tapi order terakhir untuk tahun 2015. Chanel Red Velvet Cake ni diorder pada 31 Disember 2015 oleh regular customer saya Pn. Faezah. Ngam-ngam hujung bulan 12 dan juga hujung tahun.

Untuk 2016 ni masih belum ada order baru, tapi In Shaa Allah akan ada item baru yang akan dijual. Nak tau apa? Tunggu next entri....


Baiiiii!!! wave
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...