Followers

Monday, February 29, 2016

Plain Brownies in Individual Papercup for Fiza


Order pada 25 Feb yang lalu, lagi Plain Brownies untuk rakan saya Fiza. Awal bulan hari tu dah order, kali ni order lagi sebanyak 3 kotak dan kali ni beliau meminta saya letak dalam papercup untuk makan-makan di ofisnya. 

Sebenarnya ada lagi 2 kotak yang beliau order untuk dibawa pulang ke kampung yang saya hantar ke rumahnya pada 26 Feb, tapi saje tak nak post kat sini sebab gambarnya sama je macam entri lepas.

Mekasih banyak-banyak Fiza for supporting me! big grin

Sunday, February 21, 2016

Kek Batik Choc Biskut Marie


Kek Batik Choc Biskut Marie, bukanlah kali pertama membuatnya, tapi untuk tahun 2016 ni memang first timelah buat sebab ada customer yang request, jadi kita cuba-cuba buatlah. Dah lama betul tak buat kek batik choc ni, yang selalu dok buat sebelum ni kek batik cheese je. 

Ni pun sebenarnya dah kali kedua membuatnya sebab mula-mula buat tu macam tak berapa kena resepinya. Second time buat ni Alhamdulillah, nampaknya saya berpuashati dengan rupa dan rasanye.

Kepada sesiapa yang berminat nak order bolehla whats app saya, Faeza 013-6299 005 call me

Saturday, February 20, 2016

Kek Cheese Meleleh Vanilla a.k.a Snowy Cheesecake for Linda


Semalam jamu mata dengan Butter Cupcake dengan Choc Ganache, hari ni jamu mata dengan Vanilla Sponge Cake dengan Topping Cream Cheese deko Cheddar Cheese. Nama glamer untuk kek macam ni ialah Kek Cheese Meleleh atau dikenali juga sebagai Snowy Cheesecake.

Diorder oleh Pn. Linda untuk anniversarynya. Hari tu dah penah order Vanilla Sponge Cake jugak untuk birthday anaknya dengan tema Frozen. 

Terima kasih kepada Pn. Linda sebab sudi order untuk kedua kalinya, Happy Anniversary, semoga bahagia selalu hingga ke akhir hayat love struck

Friday, February 19, 2016

Butter Cupcake Topping Choc Ganache Deko M & M for Nuha


Kalau entri lepas kita tengok Kek Choc Moist dengan Topping Choc Ganache, kali ni kita tukar selera sikit, topping yang sama cuma keknya je yang berbeza iaitu Butter Cupcake. Nak menambahkan lagi seri dan kesedapan masa makan cuppies ni kita tambahkan lagi dengan M & M!dancing

Tengok je cuppies dah nampak best kan! big grin Birthday cupcakes di atas diorder oleh Pn. Nuha iaitu rakan sekerja kepada rakan sekolah saya Fiza. Hari tu Pn. Nuha dah penah merasa Butter Cupcake ni semasa rakan saya Fiza bawak ke Lake Garden untuk makan-makan dengan rakan-rakan sekerjanya. Tu yang jadi Pn. Nuha tertau pasal kek saya, haha! batting eyelashes

Cuppies ni jauh saya hantar ke SK Bukit Jelutong. Cuppies ni semua diorder sempena birthday anak Pn. Nuha dan disambut di sekolah anaknya. Tu yang saya terus hantar ke sekolahnya. 

Diharap Pn. Nuha, anak kesayangannya dan tak lupa juga cikgu-cikgu serta rakan-rakan anak beliau berpuas hati dengan cuppies saya! love struck

Thursday, February 11, 2016

Choc Moist Topping Choc Ganache for Siti


Hari yang sama saya menghantar Brownies kepada rakan saya Fiza, ada lagi 1 order untuk jiran saya iaitu Kak Siti. First time Kak Siti order kek Choc Moist Topping Choc Ganache ni dengan saya. Kak Siti ni tokey kedai runcit dekat belakang umah saya. So, saje-sajelah hari tu masa tengah beli barang kat kedainya, dengan muka tak malunye kita promotelah sikit kek kita, hihi...batting eyelashes dah lama dah bagitau dia saya ada buat kek, baru sekarang ada rezeki saya untuk dapat order darinya. 

Mula-mula masa order katanya untuk makan-makan je sebab cuti panjang CNY ni kan, anak-anak semua memerap kat umah, tau-tau bila masa ambik kek, katanya untuk surprise birthday anaknya pulak....surprise Kita pun deko simple-simple jelah...kalau tak, bolehla kita tulis apa-apa sikit ke kan...Kak Siti cakap takpe, sebab anaknya dah besar, tak kisah sangat simple-simple je pun.

Apa-apa pun terima kasih kepada Kak Siti, tokey kedai runcit Pasar Segar Kita kat Pinggiran Batu Caves ni. Harap-harap Kak Siti sekeluarga sukalah dengan kek saya ye! big grin

Wednesday, February 10, 2016

Plain Brownies for Fiza


Plain Brownies order daripada rakan saya Fiza untuk majlis makan-makan sempena CNY 2 hari lepas. 

Thanx Fiza sudi order lagi!bee

Tuesday, February 9, 2016

Heart Shape Choc Sponge Cake Topping Buttercream for Kak Mas


Pertama sekali saya nak ucapkan Happy Chinese New Year kepada yang menyambut Tahun Baru Cina 2016. Cuti sekolah untuk Tahun Baru Cina kali ni lama betul, 9 hari....kepada yang nak ambil kesempatan untuk bercuti panjang bersama-sama keluarga elok sangatlah gunakan cuti ni untuk cuti-cuti Malaysia ataupun cuti-cuti oversea, hihi winking Saya nampaknya pulang ke kampung suami sahaja hari ni dan In Shaa Allah akan kembali semula ke KL pada hari Jumaat. Lagipun masa cuti CNY ni memang takde order melainkan Ahad lepas dan semalam. Nasib baik semua order boleh settle sebelum CNY sebab kedai jual barang bakeri pun tutup sampai Khamis, Jumaat baru bukak balik. So, elok juga takde yang mengorder masa cuti panjang ni, kalau ada pun saya terpaksa menolak sebab nak beli barang-barang kek pun tak boleh kan...

Oklah, berbalik pada order untuk entri kali ini, order untuk 2 hari lepas daripada jiran saya Kak Mas. Beliau mengorder kek ni untuk ulangtahun perkahwinannya.

Terima kasih Kak Mas sudi order kek bentuk love tema purple dan biru. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kepada Kak Mas, semoga kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat love struck

Monday, February 8, 2016

Cake Ball Pink


Sehari sebelum saya buat brownies untuk rakan saya Kavita baru ni, saya buatlah lagi Cake Ball macam sebelum ni sebab ada lagi lebihan kek yang dah lama teperap dalam peti. Kalau dibiarkan lagi lama alamat ke tong sampahlah jawabnye tongue

Bezanya kali ni saya gaulkan lebihan kek tu dengan cream cheese sebab ada lebihan cream cheese daripada order Kek Batman baru ni. Kalau hari tu saya salut dengan Dark Choc, kali ni guna choc color pink yang berperisa strawberry pulak. Ni pun nak menghabiskan stok yang ada jugak ni sebelum sampai tarikh expired big grin.




 Camnilah rupenye dalam cake ball ni, jom layan! drooling

Sunday, February 7, 2016

Birthday Brownies for Kavita


Birthday Choc Chip Brownies kali ni adalah order daripada rakan sekolah saya Kavita yang dah pun beberapa kali order brownies yang sama dengan saya. Order ni adalah surprise untuk birthday abangnya. 


Terima kasih banyak-banyak ye Kavita sudi order lagi! love struck

Saturday, February 6, 2016

Thomas & Friends Butter Cake & Cupcake Topping Buttercream for Fini



Entri yang lepas pasal biskut, entri kali ni berbalik semula pada order kek. Macam biaselah, saya ni banyak dapat order kek edible image cuma setiap kali tu lain-lain tema je. Tema kali ni adalah Thomas & Friends. Order daripada customer saya Pn. Fini yang dah penah order cupcake hantaran dengan saya sebelum ni. Butter Cake Topping Buttercream ni adalah untuk birthday anaknya yang berumur 2 tahun.




 Selain whole cake, Pn. Fini juga mengorder Butter Cupcake sebagai tambahan kepada whole cake.

Next entri, next cake....babaiiii!! peace sign

Friday, February 5, 2016

Dark Choc Chip Cookies for my Brother Rashdan


Sape suka tengok Boboiboy? Kalau anak-anak kita sekarang memang sukalah Boboiboy ni kan. Kali ni dapat banyak sikit order untuk Dark Choc Chip Cookies ni. Sebelum ni ada orang order sebalang dua je kita tak postlah kat sini. Order yang banyak ni datangnya dari staff Boboiboy. Camna pulak boleh dapat order dari staff sana pulak ye....nak bagitau rahsia ni, hihi...sebenarnya adik lelaki saya adalah salah seorang staff Boboiboy winking. Bila dia rasa biskut saya sedap, dia mintak saya buatkan sample untuk member-member ofisnya merasa. Sesudah bagi sample, terus diaorang order sampai 10 balang. Alhamdulillah, kali ni rezeki daripada buat biskut pulak. Asal buat biskut ni main-main je, tak sangka pulak ramai yang suka big grin. Maka bertungkus-lumus jugalah menyiapkan beratus-ratus biskut ni. Buat biskut ni memang lagi penat daripada buat kek. Tu sebab sebelum ni tak berapa minat buat biskut, tapi bila dah dapat order macam ni, rasa seronoklah pulak hee hee





Kepada sesiapa yang berminat nak order cookies ni bolehla whats app saya, Faeza 013-6299 005. Order dibuka sepanjang tahun. 




Boboiboy The Movie tak lama lagi nak keluar dah tu, jangan lupe bawak anak-anak ke panggung 3 Mac nanti! peace sign
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...