Followers

Tuesday, March 29, 2016

Chanel Cake - Choc Moist Topping Buttercream for Siti Hawa


Kek seterusnya untuk bulan Mac 2016 adalah Chanel Cake, dalamnya Choc Moist Topping Buttercream diorder oleh Cik Siti Hawa. Kek ni adalah untuk dirinya sendiri dan idea deko juga adalah dari birthday girl sendiri.


Happy Birthday yang ke-18 diucapkan kepada Siti Hawa! partySemoga berpuas hati dengan rasa kek ye! big grin

Hello Kitty Cake - Vanilla Sponge Cake Topping Buttercream for Zaitun


Hello Kitty Cake ini pula diorder pada Ahad lepas oleh customer baru saya, Pn. Zaitun yang tinggal di Taman Selasih. Beliau mengorder kek ini untuk ibu saudaranya (mungkin....winking) yang minat dengan Hello Kitty agaknye.


Idea deko adalah daripada Pn. Zaitun sendiri, semoga beliau berpuas hati dengan deko yang dikehendaki dan tak kurang pentingnya menyukai rasa kek saya! batting eyelashes

Monday, March 28, 2016

oc Moist Cake Topping Buttercream with Edible Image Sofia The First for Hani


Order kedua kek Sofia The First iaitu pada Jumaat lepas dan kek ini dihantar ke Kinrara, diorder oleh regular customer saya Pn. Hani untuk birthday anak perempuannya Heidi Zara yang berusia 8 tahun.


Happy Birthday Heidi Zara! partySemoga enjoy dengan kek choc moistnye! big grin

Sunday, March 27, 2016

Choc Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Sofia The First for Nuraini


Minggu ni saya dapat 2 kek dengan tema yang sama iaitu Sofia The First. Order pertama adalah pada Khamis lepas daripada Pn. Nuraini yang tinggal dekat je dengan rumah iaitu Taman Batu Muda. Beliau mengorder Choc Sponge Cake Topping Buttercream untuk anak perempuannya Amni yang berusia 4 tahun.

Happy Birthday Amni! party 

Wednesday, March 23, 2016

Butter Cake Topping Cream Cheese Deko Fondant Ribbon & Golden Crown for Aida


Seperti mana yang saya katakan semalam, order kedua yang saya dapat sabtu lepas adalah Butter Cake Topping Cream Cheese deko fondant reben dan golden crown. Order daripada regular customer saya juga merangkap rakan sekolah menengah saya iaitu Aida. Keknya saya hantarkan ke rumah ibunya seperti mana biase di Taman Batu Muda, Gombak. Order kali ni ada kelainan sikit, ada reben besar dan ada golden crown di atasnya berserta nombor 10 yang juga dibuat daripada fondant.  Kalau order yang lepas saya berpeluang buat bunga warna silver, kali ni dapat buat crown warna gold pulak. 


Terima kasih banyak-banyak ye Aida sudi order lagi dan beri kepercayaan pada saya untuk buat kek deko yang sebegini.

Tuesday, March 22, 2016

My Little Pony Equastria Girls Cake - Choc Moist Topping Buttercream for Dila


Sabtu lepas saya ada 2 order kek dan kedua-duanya adalah daripada regular customer saya. Kek pertama adalah kek edible image tema My Little Pony Equastria Girls. Rupenye My Little Pony ni ada version gegurl jugak rupenye. Kalau tak customer yang request, memang tak tau pun tongue Yang saya tau My Little Pony yang kuda padi tu jelah. My Little Pony ni memang kartun klasik. Masa kecik-kecik dulu ini adalah salah satu kartun favourite saya love struck. Tapi sekarang ni memang macam-macam kartun ada, sampaikan ada tu tak penah dengar pun surprise. Dulu-dulu tak banyak sangat kartun macam zaman sekarang.


Apa-apa pun terima kasih kepada Pn. Dila yang tak jemu-jemu order kek yang sama setiap kali. Diharap Nurul Natasha Nadyra seronok dapat kek kartun kegemarannya! Happy Birthday! party

Thursday, March 17, 2016

Butter Macadamia Cake


Butter Macadamia Cake...mungkin agak pelik di pendengaran anda. Tapi, kalau anda biasa makan White Choc Macadamia Cake kat Secret Recipe, ha, lebih kurang tulah kek ni. Taklah pelik mana pun tongue Kek ni saje-sajelah saya buat untuk makan-makan sekeluarga sebab ada lebihan fresh cream dan kacang macadamia daripada order-order yang lepas. Sambil-sambil try resepi baru untuk kek butter jugak ni. Sebab ada sesetengah customer komen kek butter saya ni tak berapa lembut sangat, jadi saya cubalah resepi lain yang boleh membuatkan kek butter saya ni lembut sikit. Alhamdulillah, resepi butter cake yang baru saya cuba ni nampaknya ada kelainan sikit daripada resepi saya sebelum ni. Diharapnya customer akan lebih berpuashati dengan kek butter saya selepas ini ek love struck

Nak story sikit pasal Macadamia Cake ni. Kalau ikut research saya di internet, Macadamia Cake ni memang macam-macam version, ada yang buat kek span, ada yang buat kek butter, malahan ada juga yang buat kek choc. Kenapa namanya Macadamia Cake, sebab dalam krim antara layer kek ada diletakkan kacang macadamia. Takdelah macam istimewa sangat kan....cumanya yang buat jadi macam kek ni nampak grand, harga kacang macadamia ni agak mahal dari kacang-kacang lain seperti pecan, walnut dan almond. Frosting atau toppingnya juga boleh buat macam-macam juga sama ada fresh cream, butter cream, choc ganache hatta cream cheese pun takde masalah, ikut citarasa masing-masing.

Ha...dah paham kan cite pasal Macadamia Cake....kalau dah tau dan paham, pada sape-sape yang berminat dengan kek yang ada kacang macadamia di dalamnya, bolehla whats app saya Faeza 013-6299 005 untuk order! call me

Tuesday, March 15, 2016

Kek Batik Choc Biskut Marie for Nabila


Baru ni brownies untuk rakan saya Fiza, kali ni kek batik choc pulak untuk student UKM yang tinggal di Kolej Tun Syed Nasir, Jalan Temerloh, berhampiran dengan Taman Tasik Titiwangsa. 

Setakat ni 2 orang dah student mengorder kek batik choc saya. Sesuailah dengan bajet mereka sebagai student, hanya RM40 untuk sebekas plastik saiz 8 inci, murah dan sedap! thumbs up


Kepada sesiapa lagi yang berminat untuk mengorder Kek Batik Choc Biskut Marie ini, boleh whats app saya Faeza 013-6299 005 untuk feedback segera! call me

Monday, March 14, 2016

Plain Brownies in Individual Papercup (2) for Fiza


3 lagi Plain Brownies yang dipek secara individu dalam papercup diorder lagi sekali oleh rakan saya Fiza. Awal tahun 2016 ni adalah order brownies yang paling kerap dan yang paling banyak saya dapat kali ni daripada orang yang sama. 


Terima kasih banyak-banyak Fiza kerana menyukai brownies saya dan order dan lagi, dan lagi, dan lagi! dancing

Sunday, March 13, 2016

Kek Spongebob Squarepants - Choc Moist Topping Buttercream for Suhaili


Order seterusnya untuk minggu ini adalah Kek Spongebob Squarepants! big grin Spongebob Squarepants adalah di antara kartun kegemaran ramai juga. Tapi, saya first time dapat order kartun Spongebob ni. Order Choc Moist Topping Buttercream ini adalah daripada Pn. Suhaili daripada Sunway mengambil sendiri kek ni di Gombak kerana beliau membawa kek ni ke Janda Baik untuk bercuti di sana. Sambil-sambil tu sambutlah birthday anaknya sekali. Harap-harap kek ni sampai di sana dengan keadaan seperti mana saya beri padanya sebab bila travel ni almaklumlah, dengan cuaca yang panas membakar sekarang ni, risau jugak takut cair pulak krimnya. 


Apa-apa pun terima kasih kepada Pn. Suhaili yang first time order dengan saya dan harap anaknya seronok dan gembira menyambut birthday dengan kek Spongebobnya! party

Saturday, March 12, 2016

Kek Hantaran Fondant Tema Silver Blue - Butter Cake Topping Buttercream for Faezah


Hari ni bermulalah cuti sekolah untuk bulan Mac 2016. Maka ramailah yang melangsungkan perkahwinan di musim cuti sekolah macam ni. Saya juga tidak ketinggalan untuk merasa membuat Kek Hantaran Fondant tema Biru Silver order daripada regular customer saya Pn. Faezah yang tinggal di Kg. Baru mengorder Butter Cake Topping Buttercream untuk kek hantaran yang istimewa ini.



Pertama kali dapat order buat bunga ros fondant, dah lah first time buat bunga ros fondant, color silver pulak tu, memang puas hati betullah buat job ni! Ini antara projek tak tido malam jugalah ni. Taklah susah sangat membuatnya tapi disebabkan tak tengok betul-betul video kat youtube tu, maka jadi lamalah pulak proses membuat bunga ros di atas. Belajar dari En. Youtube je ke? Tak pecaye? Memang saya belajar kat Youtube je nak buat bunga ros fondant ni. Alhamdulillah, bunga ros silver ni menjadi dengan jayanya! dancing Kat Youtube sekarang ni macam-macam boleh belajar. Tapi apa-apa pun berguru dengan chef-chef yang berpengalaman seperti pergi ke kelas bakeri semua adalah lebih baik kerana ilmu yang kita akan dapat tu akan lebih jelas dan lebih detail. Tapi, jika anda takde masa dan mempunyai bajet yang agak terhad seperti saya, belajarlah daripada internet je buat masa terdekat ni winking


Terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Faezah yang memberi kepercayaan kepada saya sekali lagi untuk membuat kek fondant untuk hantaran. Hari tu kek spiderman fondant, kali ni kek hantaran pulak. Terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang dan pengalaman yang begitu berharga buat saya love struck

Monday, March 7, 2016

Dark Choc Chip Cookies for Rashdan


Lepas kek, biskut pulak ye...kali ni saya dapat banyak sikit order daripada adik saya Rashdan yang bekerja sebagai animator di Boboiboy. Sebanyak 20 balang pulak kali ni order daripada staf Boboiboy.

Terima kasih kepada adik saya Rashdan, ada masa nanti kita pegi tengok Movie Boboiboy ramai-ramai sekeluarga! Anda semua dah tengok ke movie tu? batting eyelashes Bolehla bawak anak-anak tengok movie ni cuti sekolah nanti. 


Supportlah movie kita, wajah kita! thumbs up

Sunday, March 6, 2016

Choc Moist Topping Fresh Cream for My Auntie Su Zan


Dalam keluarga terdekat saya ada 2 orang ahli keluarga yang lahir pada 29 Februari iaitu ibu saudara saya Rahbiah dan sepupu saya Hanina. Kek Choc Moist Topping Fresh Cream kali ni untuk sepupu saya Hanina yang diorder oleh ibunya iaitu ibu saudara saya. Ibu saudara saya yang saya panggil Su Zan ni adalah adik kepada ibu saudara saya yang bagi surprise cake kat ibu saudara saya Rahbiah tu. Kenapa kek yang sama? Sebab ibu saudara saya yang buat surprise tu pegi whats app gambar kat ibu saudara saya Su Zan ni. Tulah sebab dia nak order jugak kek untuk anaknya. 


Terima kasih banyak-banyak Su Zan sudi order dengan saya dan terima kasih juga kerana berpuas hati dengan rasa kek saya. Next time boleh order lagi ye! big grin

Saturday, March 5, 2016

Kek Batik Choc Biskut Marie for Sufiyan


Semalam Choc Moist, hari ni kek batik choc pulak diorder oleh Sufiyan, seorang student UniKL, duduk dekat je dengan kawasan rumah saya. Kek batik ni dihantar pada hari yang sama dengan kek birthday aunty saya iaitu pada 29 Feb.

Sampai sini je untuk hari ni, lain kali bersiaran lagi! wave

Friday, March 4, 2016

Choc Moist Topping Fresh Cream for My Aunty Rahbiah


Kek seterusnya selepas kek drum semalam, kali ni kita kembali semula kepada kek kegemaran ramai iaitu Choc Moist dengan Topping Fresh Cream untuk birthday ibu saudara saya yang tinggal di Wangsa Maju. Kek ni sebenarnya surprise birthday cake daripada ibu saudara saya yang seorang lagi iaitu adik kepada tuan empunya kek. Date birthdaynye memang special sebab boleh jumpe 4 taun sekali je. Apa tidaknya, tarikhnya adalah 29 Feb! Kalau bukan taun lompat, memang tak jumpelah winking





Terima kasih saya ucapkan kepada ibu saudara saya Padzilah sudi order surprise birthday cake ni dan Happy Birthday to my Aunty, semoga panjang umur, murah rezeki, 4 taun lagi kita buat kek lain pulak ye! love struck

Thursday, March 3, 2016

Fondant Drum Cake - White Choc Macadamia Cake for Ayu


Seperti yang dijanjikan di entri 2 hari lepas, inilah kek special yang saya cakap yang dok kalut-kalut sangat nak buat semasa tarikh birthday anak pompuan saya tu. Kek Fondant dengan deko drum! First time buat drum macam ni. Hari tu buat patung pengantin untuk kek hantaran, kali ni buat drum pulak untuk kek birthday. Dalamnya ialah White Choc Macadamia Cake. Keknye ialah kek butter, layer di dalam filling buttercream dan kacang macadamia. Biasenya White Choc Macadamia Cake ni keknye orang buat kek span je, tapi disebabkan kek ni nak disalut dengan fondant, kenalah guna kek butter, kalau tak, tombanglah kek! Kek tak jadi apa, drum pun ntah ke mana winking

Apa-apa pun terima kasih kepada Cik Ayu memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat kek yang special ni. Terima kasih juga dengan feedback yang diberikan, Alhamdulillah, beliau berpuas hati dengan rasa kek dan designnye batting eyelashes


Ada lagi kek menanti esok...check it out! cool

Tuesday, March 1, 2016

Minion Butter Cake Topping Fresh Cream with White Choc Glaze



Pada 27 Feb yang lalu adalah birthday anak saya yang bongsu iaitu Ain yang sudah pun berumur 3 tahun. Tanpa dirancang, tercapailah juga hasrat nak buat kek birthday untuk anak sendiri walhal pada hari yang sama saya sibuk nak siapkan kek yang akan dihantar pada keesokan harinya. Anak saya ni suka sangat dengan Minion, selain kartun Mickey Mouse dan Masha & The Bear, Minion ni memang dia suka sangat! Tak sempat nak order custom made edible image, saya beli jelah yang ready made yang jual kat kedai barang bakeri. Kek yang saya buat adalah Butter Cake Topping Fresh Cream dengan White Choc Glaze. Saje-saje jelah White Choc Glaze tu, sambil-sambil nak praktis untuk buat kek untuk customer yang nak dihantar esoknya.



Happy Birthday untuk my little girl Ain!party Dah 3 tahun pun umurnya tahun ni. Sempat juga saya siapkan kek yang tak seberapa ni dalam dok kalut-kalut dengan kek lain, saya gagahkan jugalah untuk siapkan kek ni. Dah tecalit sikit tu, biasalah budak-budak, tak sabar! winking 


Malamnya tu memang saya tak tidolah siapkan kek untuk dihantar pada customer esoknya. Special jugak keknya, nak tau kek apa, baca entri seterusnya esok ye! batting eyelashes
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...