Followers

Tuesday, April 19, 2016

Cake Ball with Choc Coating & Colourful Sprinkle


Cake Ball datang lagi! big grin Kalau dah buat cake ball ni mestilah ada lebihan kek. Bila ada lebihan kek, ada dark choc compound, lebihan buttercream atau cream cheese serta sprinkles yang berwarna-warni, maka lengkaplah segala bahan-bahan yang diperlukan untuk cake ball.

Cara-cara nak buat cake ball ni boleh klik sini ye!

Jumpe lagi next entri! wave

Monday, April 18, 2016

Butter Cake Topping Buttercream for Najma


Butter Cake Topping Buttercream deko rosette merah dan turqoise keliling kek order daripada Pn. Najma untuk birthday ibunya yang tercinta. Kek ni saya hantar semalam ke rumah Pn. Najma di Taman Greenwood Indah. Memang dekat sangatlah dengan rumah saya, dalam 10 minit je dah sampai winking


Happy Birthday saya ucapkan kepada ibu Pn. Najma, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki love struck

Thursday, April 14, 2016

Red Velvet Cupcake dengan Hershey's Choc Chips & Love Sprinkles


Dah lama tak buat Red Velvet cupcake....tengah takde job ni bolehla buat kudapan untuk suami dan anak-anak sendiri pulak, takdelah budak-budak dok komplen mama ni asyik buat kek untuk orang je. Dah ada masa ni, baik cepat-cepat buat, kalau tidak, ntah bila pulak kan winking




Deko untuk makan-makan sendiri ni simple je, ada lebih Hershey's Choc Chips, kita letak jelah atas cuppies tu. Nak bagi cantik lagi kita tabur love sprinkles bagi nampak menarik sikit. Saje buat 2 design sebab yang swirl aiskrim tu untuk makan terus, yang swirl rose tu untuk simpan makan kedian pulak sebab kalau yang nak simpan tu buat design swirl aiskrim, tak muat pulak nak letak dalam tupperware, benyek pulak swirl tu kene penyek dengan penutupnya winking


Kepada yang berminat nak order Red Velvet Cupcakes macam dalam gambar boleh whats app saya, Faeza 013-6299 005 untuk feedback segera! cool call me

Wednesday, April 13, 2016

Vanilla Sponge Cake & Cupcakes Topping Buttercream with Edible Image My Little Pony for Zana


Order seterusnya untuk bulan April 2016 adalah Vanilla Sponge Cake Topping Buttercream dengan edible image My Little Pony untuk Pn. Zana.




Bersama-sama whole cake di atas, Pn. Zana juga mengorder cupcake yang sama untuk cikgu-cikgu sekolah tadika anaknya Aish. Kek dan 25pcs cupcake ni semua dihantar terus ke Tadika Comel Niya, Taman Selaseh Fasa 1. Saya tak berpeluang pun mengenali Pn. Zana kerana Pn. Zana telah menghantar anaknya ke tadika lebih awal. Jadi, saya passkan je kepada cikgu tadika tersebut.


Happy Birthday untuk Aish, semoga gembira dengan kek My Little Pony! love struck

Tuesday, April 5, 2016

Butter Cake Topping Fresh Cream for My Auntie


Kalau hari tu saya buatkan kek birthday untuk ibu saudara saya yang bernama Rahbiah yang diorder oleh ibu saudara saya yang seorang lagi iaitu Padzilah, kali ni tebalik pulak, ibu saudara saya Rahbiah pula yang menghadiahkan surprise cake untuk adiknya Padzilah. Birthdaynya adalah pada 2 April. 

Happy Birthday to my auntie Cik Lah! Semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur happy.

Monday, April 4, 2016

Boboiboy Cake - Choc Sponge Cake Topping Buttercream for Erin


Boboiboy Kuasa 5! Kepada sesiapa yang dah tengok movie Boboiboy mesti tau apa yang saya katakan ni winking Order edible image bertemakan Boboiboy The Movie 2016 diorder oleh rakan saya Erin yang akan bersalin anak yang ke-3 esok In Shaa Allah, mengorder kek ni untuk anak lelakinya yang kedua, Raszieqin yang berumur 4 tahun.




Kepada sesiapa yang belum menonton movie hebat ni, bawaklah anak-anak anda menontonnya bersama, memang tak rugi tengok movie ni, penuh dengan aksi! thumbs up Setanding dengan movie kartun luar negara. Kalau tak pecaye, bolehla tengok sendiri ye! winking

Sunday, April 3, 2016

Choc Moist Topping Buttercream for Zainab


Order pada 31 Mac yang lalu iaitu Choc Moist Topping Buttercream seberat 2kg order daripada customer baru saya Pn. Zainab. Beliau mengambil sendiri kek ini di Taman Sri Gombak.

Simple deko sahaja kek untuk Muhammad Faiq Kameel. Happy Birthday! party
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...