Followers

Sunday, June 12, 2016

Choc Moist Cupcake with Choc FIlling for Tina


Lagi satu order daripada rakan saya Tina iaitu Choc Moist Cupcake with Choc Filling yang dibawa bersama-sama Red Velvet Cupcake. Biasanya saya letak topping atas cupcake, tapi kali ni lain sikit atas permintaan Tina, beliau menghendaki Choc Filling di dalamnya, bukan Topping Choc. Banyak kan filling choc tu....batting eyelashes

Kepada yang nak order cuppies macam ni boleh whats app Faeza 013-6299 005

Saturday, June 11, 2016

Red Velvet Cupcake for Tina


Red Velvet cupcake untuk rakan saya Tina diorder pada 3 Jun yang lalu sebelum tibanya puasa. Beliau mengorder cuppies ni untuk dibawa pulang ke kampung untuk makan-makan bersama keluarga pada Ahad yang lalu, sehari sebelum hari pertama puasa.

Ada lagi cuppies yang diorder olehnya...cuppies apa? Tengoklah next entri winking

Friday, June 10, 2016

Choc Moist Topping Buttercream 3kg for Safura


Order pertama untuk bulan Jun 2016 iaitu Choc Moist Topping Buttercream 3kg order daripada Pn. Safura untuk anak kembarnya Rayhana & Rayyan yang berumur 7 tahun.

Birthday mereka disambut bersama-sama anak-anak refugees yang terletak di Selayang Baru. Tu sebab Pn. Safura mengorder kek 3kg yang saiznya lebih kurang 14 inci.

Happy Birthday Rayhana & Rayyan! party

Thursday, June 9, 2016

Adudu Boboiboy Cake - Choc Moist Topping Buttercream 2kg for Rashdan


Adudu Boboiboy Cake order daripada adik saya Rashdan untuk birthday anak perempuannya yang berumur setahun. Menyambut birthdaynya pada 28 Mei yang lalu. Birthdaynya disambut pada hari yang sama majlis aqiqahnya. Maaf sesangat kepada adik saya sebab antenanya tak berapa menjadi, lain yang dirancang, lain pulak jadinya rupe antena tu tongue Nak buat nipis kurus je asalnya, bila dah letak krim, jadi tebal la pulak surprise


Apa-apa pun semoga Rufaidah happy dengan keknya & Happy Birthday Rufaidah Humaira' ! party

Wednesday, June 8, 2016

Red Velvet Mini Pack for Dila


Red Velvet Mini Pack order daripada regular customer saya Dila. Mini pack macam ni saya buat atas special request saje ye.

Untuk tempahan whats app Faeza 013-6299 005 call me

Tuesday, June 7, 2016

Robocar Poli Amber Cake - Choc Moist Topping Buttercream 2kg for Anim


Kek seterusnya order daripada adik ipar saya Anim, Choc Moist Topping Buttercream deko Robocar Poli Amber untuk anak sulongnya Sarah Ariana yang berumur 3 tahun. 

Birthdaynya disambut pada 22 Mei yang lalu dan disambut di taska bersama rakan-rakan dan gurunya.


Happy Birthday Sarah Ariana! party

Monday, June 6, 2016

Almond & Walnut Brownies for Fied


Assalamua'laikum dan Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada semua yang menyambut Ramadhan pada tahun 2016 ini. Seperti yang saya katakan pada entri semalam, dessert yang lagi satu yang diorder oleh rakan saya Fied ialah Brownies dengan deko Almond dan Walnut. 

Jangan tenung lama-lama brownies ni, nanti kurang pulak pahala puasa ye winking

Sunday, June 5, 2016

Kek Cheese Meleleh Vanilla for Fied


Assalamua'laikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih boleh menulis di sini. Lama juga tak mengupdate blog, sempat update FB dan IG je, sibuk sikit akhir-akhir ni menyiapkan tempahan kek dan cookies. Alhamdulillah, esok In Shaa Allah kita akan menyambut Ramadhan dan tak lama selepas tu menyambut Hari Raya Aidilfitri pulak. Tahun ini untuk pertama kalinya saya mengambil tempahan biskut raya iaitu Dark Choc Chip Cookies seperti yang saya promokan di blog ni. Dah habis pun tempoh mengambil tempahan untuk cookies, tapi takpe, kepada yang tak sempat mengorder untuk raya, boleh order lagi selepas raya sebab order cookies saya ambil sepanjang tahun, tak terhad pada musim raya saje. 

Habis cite pasal cookies, kita sambung cite pasal kek untuk entri ni. Kek Cheese Meleleh Vanilla order daripada rakan saya Rafidah atau nama glamernye Fied mengorder kek ni untuk birthday rakan-rakan sekerjanya. Kek ni lama dah tempahannya, tempahan diambil pada 18 Mei yang lalu. Entri-entri yang akan menyusul nanti pun tempahan bulan Mei dan ada la sikit tempahan pada bulan Jun. 

Alhamdulillah, rakan-rakan Fied yang menyambut birthday berpuas hati dengan kek saya. Ada lagi satu dessert yang ditempah oleh Fied, nak tau apa, tengok entri esok ye, Bye! batting eyelashes
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...