Followers

Thursday, May 1, 2014

Choc Sour Cream Cupcake with Love Sprinkle for Doorgift


Lagi-lagi Choc Sour Cream Cake...takde kek lain ke nak buat? Mesti ada yang tanye macam tu kan...apa nak buat, ini adalah jenis kek coklat yang paling saya suka buat dan kek yang paling sedap yang pernah saya buat. Pada sayalah...tak taulah kalau orang lain macam mana. Tapi, daripada feedback yang saya dapat, nampaknya kebanyakannya suka dengan rasa kek saya. Ada juga yang komen, tapi bukan dari segi rasa, cuma dari segi teksturnya saje yang ada sesetengah orang yang tak berapa puas hati. Tapi takpe, akan saya cuba perbaiki lagi resepi kek coklat saya supaya dapat memuaskan hati semua orang dan diri saya sendiri. Biaselah, benda-benda makan ni memang kena selalu R & D untuk meningkatkan lagi kualiti makanan kita. Itu penting sebenarnya feedback daripada customer supaya kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada. So, kalau ada yang bagi feedback negatif tu, jangan cepat melatah, kaji semula resepi kita di mana silapnya. Mesti ada sebab kenapa orang komen begini dan begitu.



Panjang pulak mukaddimahnya ye..http://eemoticons.net Sori, sekali-sekala membebel panjang sikit. Cupcake yang saya buat kali ni bukanlah ditempah. Ditempah jugak tapi tak berbayar. Kirenye tempahan sponsor la ni. Tempahan ni adalah dari permintaan umi saya sendiri untuk tambahan doorgift majlis perkahwinan adik lelaki saya pada 19 April yang lalu. Cuppies ni saya buat sehari selepas saya menyiapkan tempahan yang lepas iaitu Choc Sour Cream Cake dengan Choc Ganache tu.




Untuk pengetahuan anda semua, inilah pertama kali saya membuat cupcake untuk doorgift majlis perkahwinan iaitu sebanyak 50pcs. Penat rupenye menyiapkan doorgift. Rasakan! Haha...baru kau tau penat buat keje-keje camni ek..http://eemoticons.netBermula tengah malam membaking sampailah 7.30 pagi barulah siap packing semuanya. Almaklumlah, saya sorang je yang buat semuanya, memanglah lambat. Dah siap semua memang lega gile. Adik kawin punye pasal, tak kisahlah tak tido malam pun http://eemoticons.net 





Sticker comel ni bukan saya yang buat ye. Saya cuma tolong tempekkan je.
Umi saya yang tempahkan.






Apa-apa pun saya harap tetamu yang menerima cuppies saya ni menikmati keenakan kek ini seadanya. Moga-moga adalah yang sudi order sebab ada jugak saya letakkan sticker saya di sebelah kanan kotak doorgift ni. Kalau takde pun takpe, yang penting, saya dah menyediakan kek yang terbaik untuk dinikmati semua orang.


Kepada yang nak kawin tu, ada yang berminat nak tempah cuppies? Bolehla calling-calling Faeiza's Cakes 013-6299 005. Selamat bercuti dan Selamat Hari Pekerja. Adios! http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...