Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi, kita sudah pun hampir selesai menunaikan kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadhan 2014. Hari ni hari kedua terakhir sebelum berakhirnya Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada Ramadhan yang lalu untuk semua orang, In Shaa Allah. Sudah ramai yang berangkat ke kampung bermula daripada semalam lagi. Saya sekeluarga je yang masih tinggal di KL, menanti waktu untuk pulang ke Kuala Kangsar, kampung suami saya. Sememangnya tiap-tiap tahun akan beraya kat sana.
Bulan puasa ni memang takde order sangat. Yelah, orang lebih menumpukan pada lauk-pauk dan kuih-muih untuk berbuka berbanding kek. Tapi, tak sangka pulak di saat-saat akhir nak habis Ramadhan ni, ada juga order dari rakan saya Erin. Beliau mengorder Banana Cupcake untuk makan-makan bersama keluarga dan saudara-mara di kampung.
Order kali ni pelik sikit. Kalau hari tu beliau order sebiji Banana Cake dengan topping choc ganache. Kali ni, choc ganachenya kat dalam cupcake. Macam-macam method sebenarnya yang boleh dibuat untuk mengisi filling di dalam cupcake. Antaranya adalah memotong sedikit bahagian atas cupcake dan mengisi filling ke dalamnya. Cara ni saya taklah berapa suka sangat, tapi sebab takde cara lain dah yang sesuai untuk mengisi filling, saya gunakan jugaklah cara ni.
Kenapa saya tak suka? Sebab cara ni agak membazir kek kerana bahagian atas cupcake yang telah dipotong tu mesti dipotong lagi untuk menutup permukaan cupcake tu. Kalau tak, tak muatlah nak letak cover dia balik kan...Tapi takpelah, lain kali saya akan gunakan cara lain yang lebih praktikal dan tak membazir. Kali ni terpaksa sebab ini percubaan pertama, nak buat eksperimen dulu tak sempat dah.
No comments:
Post a Comment