Frozen, Frozen, Frozen & Frozen....banyaknye Frozen ye. Anak-anak buah rakan sekolah rendah saya, Ilyana ni pun suka dengan Frozen. Sebab tulah beliau menghadiahkan anak-anak buahnya kek tema Frozen.
Apa nak buat, Frozen menjadi kegilaan ramai sekarang ni. Order kali ni adalah Choc Cake dengan topping Cream Cheese. Kalau kek-kek sebelum ni asyik buttercream je kan, apa kata tukar selera topping cream cheese. Kombinasi kek coklat dan cream cheese memang sepadan. Tak semestinye dengan buttercream atau choc ganache je
Terima kasih banyak-banyak kepada rakan saya Ilyana sebab sudi order serta dengan compliment yang diberikan. Terima kasih juga sebab rajin "Like" gambar-gambar kek saya di facebook
No comments:
Post a Comment