Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari di tahun 2015 ni ye...cepat betul masa berlalu...rasa macam baru je masuk tahun baru, dah masuk bulan baru dah...
Alhamdulillah, masuknye bulan 2 ni adalah order dari rakan ibu saudara saya, Pn. Lyana yang bekerja di KLCC menempah kek Choc Moist Topping Cream Cheese untuk makan-makan sendiri je. Disebabkan untuk makan-makan sendiri je, saya pek dalam bekas aluminium 8" x 8" sebanyak 2 pek sebab yang lagi 1 pek nak diberikan pada orang lain untuk merasa.
Terima kasih banyak-banyak kepada Pn. Lyana kerana sudi order...diharapnya berpuashati dengan kek saya dan semoga ada lagi order yang mendatang dari Pn. Lyana!
No comments:
Post a Comment