Order terakhir untuk bulan Februari yang
lalu adalah untuk Pn. Intan yang tinggal di Bandar Sri Damansara.
Beliau mengorder Kek Span Choc + Vanilla Topping Buttercream. Kek ni
kira 2 dalam 1 lah sebab 2 perisa dalam 1 kek. Boleh buat 2 perisa macam
ni sebab kek ni saiznya 2kg. So, disebabkan 1 adunan 1kg, so bolehla
buat 2 perisa yang berlainan sebab saya buat kek ni 2 layer. So, 1 layer
choc, 1 layer vanilla.
Kek ini juga dihiasi dengan deko edible image. Istimewanya deko edible image kali ni adalah dekonye di semua bahagian tepi kek sahaja. Ini adalah permintaan daripada birthday girl Nurul Fateha sendiri. Jadi, Pn. Intan selaku ibunya pun follow jelah macam mana kehendak anak perempuannya yang menyambut kelahirannya yang ke-11 itu. Kartun yang dipilihnya pun pelik juga iaitu kartun Monster High. Inilah pertama kali dengar nama kartun ni. Macam-macam karektor kartun budak-budak sekarang. Banyak betul! Sampai ada yang tak penah dengar pun!
Apa-apa pun semoga Nurul Fateha yang menyambut birthdaynya baru-baru ini gembira dengan birthday keknya dan berpuas hati dengan rasa kek saya. Happy 11th Birthday to Nurul Fateha!
No comments:
Post a Comment