Followers

Wednesday, July 15, 2015

Choc Moist Cake Topping Buttercream with Edible Image Upin Ipin for Dila


Lagi 2 hari lagi kita akan menyambut bulan Syawal...sekejap betul masa berlalu. Esok saya akan bertolak ke kampung suami di Kuala Kangsar untuk meraikan bulan Syawal yang akan menjelang tiba. 

Di saat-saat akhir nak raya ni saya masih sempat lagi menyiapkan birthday cake untuk Puan Dila yang penah order dah kek dengan saya sebelum ni. Kalau sebelum ni kek Frozen untuk anak perempuannya, kali ni kek Upin Ipin pulak untuk anak lelakinya. Birthday anaknya akan disambut pada hari raya pertama nanti. Puan Dila menyambut Hari Raya Aidilfitri di KL sahaja sebab beliau dan suaminya memang orang KL.




Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca blog ini, ahli keluarga, rakan-rakan dan tak lupa juga customer-customer saya yang selama ini sudi mengorder kek dengan saya. Tanpa sokongan anda semua, tak mungkin saya mempunyai kekuatan untuk menyediakan kek-kek yang sedap dan menarik untuk anda semua love struck


Oklah, sampai sini saje entri terakhir sebelum raye ni...lepas raya kita jumpe lagi! wave 

Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi saya ucapkan big grin Kepada yang memandu bila balik kampung nanti, berhati-hati di jalan raya, ingatlah keluarga tersayang. 


Wassalam happy

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...