Lamanye dah tak update blog...tak sempat nak cerita-ceriti kat sini. Sempat update FB dengan IG je. Yelah, FB dengan IG pakai handphone pun boleh. Kalau blog ni kot mana pun selesa pakai pc jugak. Lebih selesa nak menaip
Order ni adalah pada 7 Ogos yang lalu...dah seminggu dah order ni rupenye. Punyelah tak nyempat nak mengupdate. Sibuk sangatlah katakan menyiapkan bermacam-macam order. Start minggu lepas sampailah minggu ni tak berenti lagi oven tu berasap Alhamdulillah, murah rezeki saya bulan 8 ni Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan rezeki ini untuk saya sekeluarga.
Walaupun kadang-kadang tu sampai tak tido malam menyiapkan order, tapi itu memang lumrahlah sebagai seorang baker yang bekerja dari rumah. Yelah, kita bukan ada pekerja macam kat kedai-kedai kek tu. Semua kita kena buat. Rumahtangga lagi nak diuruskan. Mujurlah saya ni seorang surirumah sepenuh masa. Kalau tak cukup tido pun masih boleh ganti lagi sekejap di siang hari. Sekejap je tau, bukan berjam-jam macam tido malam tu Sebab siang hari saya jadi drebar untuk anak-anak saya. Dalam sehari 7 kali saya keluar masuk umah menghantar dan mengambil anak sekolah. So, jangan ingat surirumah ni goyang kaki je, boleh layan drama kat tv ke kan....kita pun busy jugak macam orang keje kat pejabat tu.
Membebel panjang pulak ye Sekali-sekala story panjang sikit...hihi...
Berbalik pada order kali ni. Order adalah daripada regular customer saya merangkap rakan saya jugalah yang dah banyak kali dah order kek dengan saya. Terima kasih banyak-banyak ye Tina order dengan aku selama ni. Tapi order kali ni untuknya saya rasa pelik sikit dekonya. Yelah, pertama kali saya kena deko edible image gambar kecik-kecik macam tu atas kek. Dekat sejam jugalah saya menung kat kek tu memikir camnalah aku nak deko ni. Memang kering idea langsung kali ni. Ada ketikanya macam tulah. Tambah pulak saya ni bukanlah orang yang kreatif sangat. Deko saya kebanyakannya simple-simple je. Saya memang tak suka deko yang serabut sangat. Tapi, kalau ada special request daripada customer saya buatlah. Kalau cantik pada dia, tak berapa cantik pada kita pun, asalkan customer suka, kita ikutkan je. Customer always right kan
Oklah, sekian saje bebelan untuk kali ni. Kita membebel esok dengan entri kek yang lain pulak.
Jangan lupe esok dan hari-hari seterusnya Ada beberapa lagi kek yang menunggu untuk dipostingkan kat sini.
Adios!
No comments:
Post a Comment