Followers

Tuesday, September 29, 2015

My Birthday Cake! - Creamy Cheezy Choc Sponge Cake


Selepas update blog semalam, tiba-tiba tertinggal pulak satu entri ni...patutnya update yang ni dulu baru pasal projek Raya Haji, ini dah terbalik pulak. Tak kisahlah mana dulu mana kedian kan, janji kita ada post kat sini. Untuk pengetahuan anda semua, pada 10 September yang lalu adalah hari lahir saya. Dah tua-tua camni pun nak sambut birthday jugak ye...bukan selalu pun dapat buat kek untuk diri sendiri. Dok buat untuk orang je, tengah ada masa ni kita buatlah kek untuk diri sendiri pulak batting eyelashes





Kek ni saya namakan Creamy Cheezy Choc Sponge Cake. Macam canggih beno namanye ye....nape namanye gitu sebab keknya adalah Kek Span Coklat berfillingkan Cream Cheese dan bertoppingkan Fresh Cream. Buat ni pun sebab nak abiskan filling cream cheese dan topping fresh cream tu. Biasanye kalau buat projek sendiri ni biasalah sambil-sambil nak habiskan stok yang ada. Simpan pun buat apa kan, nanti dah rosak dan expired, membazir pulak. Kebetulan kena pulak ada benda alah ni semua masa birthday saya, kita pun buatlah. Bahan deko pun guna apa yang ada je, takde yang sengaja beli pun untuk kek ni. Tu sebab buat kek span je, butter takde, ada telur je, kita buatlah kek span je. Tapi jangan ingat kek span tak sedap tau. Kalau dengan fresh cream ni saya lebih suka dengan kek span sebab teksturnya lembut, ringan dan tak muak. Tambah pulak ada filling cream cheese, mmmm, memang lazat! drooling

Agak terlambat saya buat kek ni sebenarnya, bukan pada exact date birthday saya pun....kek ni dibuat 10 hari selepas birthday saya. Nak buat pada minggu birthday tu tak sempat sebab ada order yang nak disiapkan. Tapi tak kisahlah buat bila-bila kan, janji boleh makan, haha winking

Kek yang saya buat kali ni laku keras jugak, haha...selain saya yang banyak makan jugak, anak-anak pun nampak selera betul makan kek ni, biasenye diaorang jarang-jarang nak makan kek yang ada topping fresh cream macam ni. Tak tau la kali ni diaorang rasa sedap pulak kot....


Apa-apa pun, puas hati taun ni dapat buat kek birthday untuk diri sendiri, simple tapi sedap! big grin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...