Followers

Tuesday, October 27, 2015

Chanel Cake - Choc Moist Cake Topping Buttercream for Myra


Pada hari Sabtu baru ni saya sebenarnya ada 2 kek untuk deliver. Kek yang pertama adalah kek bentuk love yang dihantar pada pukul 9 pagi ke Kinrara, Puchong. Kek kedua adalah kek tema Chanel yang diorder oleh Cik Myra yang duduk sekitar Gombak juga. Beliau mengambil sendiri keknya di Prima Sri Gombak.




Selalunya bila dapat order selain daripada edible image memang saya rasa seronok sangat sebab dapat buat sesuatu yang lain daripada biasa. Bukan buat kek edible image tak seronok, apa-apa order kek yang saya dapat semua saya rasa seronok, cumanya bila dapat lain daripada biase tu, seronoknya extra sikitlah, hihi....batting eyelashes Kedua-dua kek pada Sabtu yang lepas adalah tema kek yang belum pernah saya buat sebelum ini. 

Terima kasih saya ucapkan kepada Myra kerana sudi share gambar di atas semasa birthday partynya. Memang best dapat tengok gambar kek yang kita buat di majlis birthday. Untuk info semua, aksesori lain atas kek tu bukan daripada saya ye, itu adalah daripada customer sendiri winking




Alhamdulillah, setelah berpenat lelah menyiapkan 2 kek sabtu lepas, dapatlah saya feedback yang amat-amat positif dan buat saya jadi tak mengantuk semasa nak menyiapkan kek seterusnya untuk hari Ahad. Saya dapat whats app ni pukul 2 pagi tuuu....haha...orang lain semua dah tido, kita sibuk lagi kat dapur winking


Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada Myra kerana sudi order, share gambar dan bagi feedback yang begitu memberangsangkan big grin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...