Followers

Thursday, December 24, 2015

Cake Balls


Cake Balls ataupun ada yang memanggilnya Cake Pop adalah kek yang telah dihancurkan dan diubah semula menjadi bentuk bulat. Beza Cake Balls dan Cake Pop adalah Cake Pop diletakkan batang plastik macam lolipop tu. So, jadilah Cake Pop. Cake Balls ni kita cuma letakkan macam tu je atas tray. Kalau anda nak buat kek ni, anda boleh gunakan apa-apa kek yang anda suka. Kalau takde resepi sendiri, beli je cake premix yang dalam kotak tu, cuma tambah minyak dan telur sahaja. Kalau malas sangat nak buat, beli je kek yang dah siap dari mana-mana supermarket atau mana-mana kedai kek. Selain tu, tujuan cake balls ni dibuat adalah jika terdapat lebihan cake crumbs yang banyak atau kek yang tak berapa jadi, bolehla anda modified jadi cake balls ni. So, tiadalah pembaziran cake crumbs dan kek anda yang tak berapa jadi tu bolehla diselamatkan daripada ditongsampahkan winking

Nak tau macam mana nak buat Cake Balls ni....jom tengok cara-caranya kat bawah ni :

1) Hancurkan kek anda sehingga bederai dan campurkan dengan buttercream atau marjerin/mentega yang telah dicairkan secukupnya. Kalau gunakan buttercream jangan cairkan pulak buttercream tu, terus campurkan ke dalam kek yang telah dihancurkan tadi. Kacau sehingga sebati. Tujuan diletakkan buttercream/marjerin/mentega adalah untuk memudahkan kek yang hancur tadi dibulat-bulatkan. Jika sudah ada cake crumbs tak perlulah dihancurkan lagi.

2) Sesudah dikacau sebati, bulat-bulatkan kek yang telah dihancurkan tadi, susun di atas tray, setelah siap, sejukkan ke dalam freezer selama 15 minit.

3) Sementara tunggu cake balls anda sejuk dan keras sedikit, cairkan coklat kesukaan anda.

4) Setelah kek anda disejukkan selama 15 minit, keluarkan dari freezer dan celupkan cake balls anda tadi ke dalam coklat yang telah dicairkan.

5) Setelah semua cake balls habis dicelup, hiaskan mengikut citarasa anda dan sejukkan selama 10 minit ke dalam peti sejuk bahagian bawah, tak perlu dalam freezer dah.

6) Step terakhir, dah sejuk tu apa lagi, ngaplah! Haha! big grin




Selamat mencuba! thumbs up

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...