Seperti yang saya katakan pada entri semalam, tahun 2016 ni takde lagi order dari customer, tapi ada kek baru yang saya cuba iaitu Congo Bar! Mesti anda dah biase kan dengar Congo Bar ni...nama lain yang diberi pada Congo Bar ni adalah Blondies. Kirenye adik-beradik Brownies jugakla. Bezanya Brownies warna coklat, Congo Bar/Blondies ni warna putih. Kalau nak resepi, anda bolehla cari kat Encik Google ye. Banyak orang tempek resepi Congo Bar ni. Saya pun gunakan resepi yang kat internet je, takde yang istimewa pun. Cuma ada sesetengah bahan tu saya ubah sikit ikut selera saya terutamanya gula, memang saya kurangkan sikit sebab choc chips tu dah manis kan, so keknye takyahlah manis sangat. Kalau betul-betul ikut resepi memang manisnye mak aiii!!! Tak tahan saya!
Oklah, sampai kat sini je entri kedua tahun 2016. Harga Congo Bar boleh rujuk di tab "Jenis & Harga Kek" kat blog ni.
Undur diri dulu, babai!!
No comments:
Post a Comment