Followers

Thursday, February 11, 2016

Choc Moist Topping Choc Ganache for Siti


Hari yang sama saya menghantar Brownies kepada rakan saya Fiza, ada lagi 1 order untuk jiran saya iaitu Kak Siti. First time Kak Siti order kek Choc Moist Topping Choc Ganache ni dengan saya. Kak Siti ni tokey kedai runcit dekat belakang umah saya. So, saje-sajelah hari tu masa tengah beli barang kat kedainya, dengan muka tak malunye kita promotelah sikit kek kita, hihi...batting eyelashes dah lama dah bagitau dia saya ada buat kek, baru sekarang ada rezeki saya untuk dapat order darinya. 

Mula-mula masa order katanya untuk makan-makan je sebab cuti panjang CNY ni kan, anak-anak semua memerap kat umah, tau-tau bila masa ambik kek, katanya untuk surprise birthday anaknya pulak....surprise Kita pun deko simple-simple jelah...kalau tak, bolehla kita tulis apa-apa sikit ke kan...Kak Siti cakap takpe, sebab anaknya dah besar, tak kisah sangat simple-simple je pun.

Apa-apa pun terima kasih kepada Kak Siti, tokey kedai runcit Pasar Segar Kita kat Pinggiran Batu Caves ni. Harap-harap Kak Siti sekeluarga sukalah dengan kek saya ye! big grin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...