Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57! Kepada anda yang bekerja, seronoklah anda dapat bercuti lagi hari ni sebab cuti merdeka jatuh pada hari Ahad. Dapatlah extra 1 hari lagi boleh rehat-rehat kan...tapi saya tetap dengan kerja-kerja membaking saya. Khamis lepas dapat order dari customer baru saya, Pn. Syahira yang tinggal di Ampang. Beliau dapat contact saya dari mudah.my.
Tema Frozen juga menjadi pilihan anak-anak Pn. Syahira. So, jangan anda merasa bosan dengan kek-kek saya ye. Asyik tema Frozen je...mesti ada yang cakap macam tu kan...tapi nak buat macam mana, dah itu permintaan customer, kita buat jelah. Yang penting semua orang gembira dan puas hati dengan kek saya
Saya tak pasti Pn. Syahira dapat merasa ke tak kek saya sebab beliau kena outstation ke Johor semalam. Jadi, anak-anaknya, saudara-mara serta para tetamu yang datang birthday party anak-anak jelah yang dapat merasa nampaknye. Tapi, saya dah mintak tuan rumah yang menyambut kek saya semalam untuk tinggal sedikit untuk Pn. Syahira merasa. Kalau ada rezeki untuk beliau, In Shaa Allah adalah tu ye. Kalau takde, mungkin lain kali boleh order lagi!
1 comment:
Salam.. sedapnya nampak kek ni..
Boleh kita tukar2 link?
Kami dari www.shopperstreet.blogspot.com
Post a Comment