Followers

Monday, September 22, 2014

Choc Cake Topping Buttercream with Edible Image Ultraman for Mira



Baru je cuci mata dengan kek hantaran, dah balik kek birthday ek...takpelah, rezeki jangan ditolak kan...kek apa pun yang kita buat untuk customer, yang penting, kita puas hati, customer pun puas hati. Order ni dihantar pada hari yang sama iaitu 13 September bersama-sama dengan kek Pn. Hana. Jadinye, pada 13 September tu ada 3 biji kek la kena deliver. Jauh-jauh pulak tu semua, pagi ke Kinrara untuk Pn. Hana, petang ke Taman Bukit Permai (berdekatan dengan Pandan Indah) untuk Pn. Mira pulak.



Pn. Mira mengorder Choc Cake untuk anak lelakinya yang berumur 3 tahun yang minat karektor Ultraman. Saya kecik-kecik dulu suka jugak tengok Ultraman ni. Tapi, pada masa tu takde macam-macam jenis macam sekarang. Sekarang ni dah banyak sangat jenis Ultraman, sampai saya sendiri pun tak penah dengar. 

Bila tak tau tu, anak-anak lelaki sayalah yang saya jadikan rujukan sebab diaorang lebih ariflah bab-bab cite gitu kan...kita orang tua ni manalah nak tau sangat http://eemoticons.net 



Oklah....selesai untuk entri ni, jumpe esok pulak untuk kek yang seterusnye....


Chow! http://eemoticons.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...