Followers

Thursday, November 12, 2015

Brownies with Choc Ganache for Athirah


Dah abis cite biskut semalam, dah ada balik pasal brownies ek...hihi....Order brownies kali ni memang ada sikit special sebab order ni daripada budak darjah 5! Tak caye? Pecayelah, jangan tak caye. Inilah customer saya yang paling muda iaitu adik Athirah yang baru je berumur 11 tahun dah pandai nak buat surprise untuk mak ayah tercinta, so sweet kan! love struck

Mana la agaknye budak ni tau nak order daripada saya ek....citenye camni....kalau anda masih ingat entri saya pasal Brownies Choc Ganache yang diorder oleh jiran saya Kak Mas pada hujung bulan Oktober lepas, semasa beliau nak hantar anak pompuannye ke sekolah agama, beliau bawak sekali brownies tu ke sekolah, so kebetulan budak ni ada masa jiran saya ni hantar anaknye tu, dapatlah si Athirah ni rasa sikit brownies saya. Dia bekenan, jiran saya Kak Mas ni pun strorylah kat saya budak ni nak order brownies yang sama. So, dia mintaklah nombor budak tu dan bagi kat saya untuk saya hubungi dia sendiri.

Brownies yang biase saya jual saiznya 8 inci, tapi saiz kali ni 10 inci sebab Athirah nak bagi semua saudara-maranya merasa brownies yang sedap ni. Tapi bajetnye agak terhad. Bagus budak ni tau, kumpul duit sendiri dengan adiknya untuk surprisekan mak ayahnya sempena birthday maknya. Oleh kerana saya suka dan terharu dengan usaha dan keikhlasannya untuk memberi sesuatu yang istimewa untuk ibu dan ayahnya, saya kira projek kali ni kira projek amal jelah. Yelah, kita meniaga ni kadang-kadang jangan dikirakan sangat untungnye kan...ada ketikanya kena buat sesuatu yang lebih memberi makna pada seseorang.

Oklah, cukup untuk hari ni, wassalam happy

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...