Minggu ni minggu yang amat busy dengan kek. Kalau awal-awal bulan hari tu banyak mengookies dan membrownies, kali ni kita sibuk semula dengan mengekek. Ada 4 biji kek dan 3 brownies yang saya buat pada minggu ni dan semuanya dideliver pada hari Khamis yang lepas. Memang penat gilelah, sampai tak tido dibuatnye Tapi takpe, kali ni walaupun agak penat, rasa berbaloi-baloi sebab dapat job yang tak penah saya dapat sebelum ni.
Kek Choc Moist Topping Buttercream deko bunga-bunga memang dah lama saya tunggu nak buat. Adalah dah hari tu buat bunga-bunga untuk kek hantaran, tapi bunganya sikit je. Kali ni dapat penuh atas kek! Memang best! Walaupun agak terkial-kial juga nak siapkan bunga sebanyak tu, maklumlah, kita bukannya pakar sangat bab bunga ni Tapi, Alhamdulilllah, dapat juga siapkan dengan jayanya.
Selain kek bunga-bunga, ada lagi 1 kek yang diorder oleh Cik Halimah iaitu
No Bake Blueberry Cheesecake.
Terima kasih kepada Cik Halimah sudi bagi feedback!
No comments:
Post a Comment