Seperti yang dijanjikan di entri 2 hari lepas, inilah kek special yang saya cakap yang dok kalut-kalut sangat nak buat semasa tarikh birthday anak pompuan saya tu. Kek Fondant dengan deko drum! First time buat drum macam ni. Hari tu buat patung pengantin untuk kek hantaran, kali ni buat drum pulak untuk kek birthday. Dalamnya ialah White Choc Macadamia Cake. Keknye ialah kek butter, layer di dalam filling buttercream dan kacang macadamia. Biasenya White Choc Macadamia Cake ni keknye orang buat kek span je, tapi disebabkan kek ni nak disalut dengan fondant, kenalah guna kek butter, kalau tak, tombanglah kek! Kek tak jadi apa, drum pun ntah ke mana
Apa-apa pun terima kasih kepada Cik Ayu memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat kek yang special ni. Terima kasih juga dengan feedback yang diberikan, Alhamdulillah, beliau berpuas hati dengan rasa kek dan designnye
Ada lagi kek menanti esok...check it out!
No comments:
Post a Comment