Followers

Tuesday, March 1, 2016

Minion Butter Cake Topping Fresh Cream with White Choc Glaze



Pada 27 Feb yang lalu adalah birthday anak saya yang bongsu iaitu Ain yang sudah pun berumur 3 tahun. Tanpa dirancang, tercapailah juga hasrat nak buat kek birthday untuk anak sendiri walhal pada hari yang sama saya sibuk nak siapkan kek yang akan dihantar pada keesokan harinya. Anak saya ni suka sangat dengan Minion, selain kartun Mickey Mouse dan Masha & The Bear, Minion ni memang dia suka sangat! Tak sempat nak order custom made edible image, saya beli jelah yang ready made yang jual kat kedai barang bakeri. Kek yang saya buat adalah Butter Cake Topping Fresh Cream dengan White Choc Glaze. Saje-saje jelah White Choc Glaze tu, sambil-sambil nak praktis untuk buat kek untuk customer yang nak dihantar esoknya.



Happy Birthday untuk my little girl Ain!party Dah 3 tahun pun umurnya tahun ni. Sempat juga saya siapkan kek yang tak seberapa ni dalam dok kalut-kalut dengan kek lain, saya gagahkan jugalah untuk siapkan kek ni. Dah tecalit sikit tu, biasalah budak-budak, tak sabar! winking 


Malamnya tu memang saya tak tidolah siapkan kek untuk dihantar pada customer esoknya. Special jugak keknya, nak tau kek apa, baca entri seterusnya esok ye! batting eyelashes

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...