Followers

Saturday, March 12, 2016

Kek Hantaran Fondant Tema Silver Blue - Butter Cake Topping Buttercream for Faezah


Hari ni bermulalah cuti sekolah untuk bulan Mac 2016. Maka ramailah yang melangsungkan perkahwinan di musim cuti sekolah macam ni. Saya juga tidak ketinggalan untuk merasa membuat Kek Hantaran Fondant tema Biru Silver order daripada regular customer saya Pn. Faezah yang tinggal di Kg. Baru mengorder Butter Cake Topping Buttercream untuk kek hantaran yang istimewa ini.



Pertama kali dapat order buat bunga ros fondant, dah lah first time buat bunga ros fondant, color silver pulak tu, memang puas hati betullah buat job ni! Ini antara projek tak tido malam jugalah ni. Taklah susah sangat membuatnya tapi disebabkan tak tengok betul-betul video kat youtube tu, maka jadi lamalah pulak proses membuat bunga ros di atas. Belajar dari En. Youtube je ke? Tak pecaye? Memang saya belajar kat Youtube je nak buat bunga ros fondant ni. Alhamdulillah, bunga ros silver ni menjadi dengan jayanya! dancing Kat Youtube sekarang ni macam-macam boleh belajar. Tapi apa-apa pun berguru dengan chef-chef yang berpengalaman seperti pergi ke kelas bakeri semua adalah lebih baik kerana ilmu yang kita akan dapat tu akan lebih jelas dan lebih detail. Tapi, jika anda takde masa dan mempunyai bajet yang agak terhad seperti saya, belajarlah daripada internet je buat masa terdekat ni winking


Terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Faezah yang memberi kepercayaan kepada saya sekali lagi untuk membuat kek fondant untuk hantaran. Hari tu kek spiderman fondant, kali ni kek hantaran pulak. Terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang dan pengalaman yang begitu berharga buat saya love struck

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...