Followers

Tuesday, May 15, 2012

Vanilla Choc Marble Cupcake

Dah lama betul tak update blog..tak sempatlah nak update. Sekarang ni baru ada masa..kali ni nak tempekkan gambar Vanilla Choc Marble Cupcake. Cupcake ni dah sebulan yang lepas saya buat. Saya buat untuk dijual di kedai alatulis saya. Alhamdulillah, ini adalah percubaan pertama membuat kek sebegini rupanye dan agak berjaya dijual di kedai saya. Daripada 11 pek yang saya letak, terjual 9 pek. Setiap satu pek saya letak 2 biji cupcake dengan harga RM1.60/pek. Insya-Allah, dengan harga sebegitu, anda pasti puas hati dengan rasanye kerana cupcake saya menggunakan mentega tulen sepenuhnya.

Resepinya sama seperti entri yang lepas, bezanya setelah adunan anda siap dibancuh, bahagi dua adunan anda. Satu adunan dibiarkan seperti asal, satu adunan lagi anda tambahkanlah serbuk koko dan letakkan adunan anda sebelah menyebelah seperti gambar di bawah..


 Beginilah rupenye kek anda setelah siap dibakar





Close-up sikit..





Bersiap sedia untuk dingap!  




Mmmmm...sedapnye!  




Dah sedia untuk dijual...  Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...