Followers

Wednesday, October 28, 2015

Red Velvet Frozen for Nabila


Kek ketiga untuk hujung minggu baru-baru ini adalah Red Velvet Frozen untuk Pn. Nabila yang first time order dengan saya. Beliau ni business woman jugak macam saya batting eyelashes Bezanya, saya jual kek, beliau jual tudung dan baju. Kalau sape-sape yang suka shopping online tu bolehla ke FB page dan IG Pn. Nabila yang nama butiknya INNOURRA, samalah macam yang tulis atas kek tu winking

Alhamdulillah, saya mendapat feedback yang baik juga daripada beliau.

Oklah, kita jumpe lagi next entri! love struck

Tuesday, October 27, 2015

Chanel Cake - Choc Moist Cake Topping Buttercream for Myra


Pada hari Sabtu baru ni saya sebenarnya ada 2 kek untuk deliver. Kek yang pertama adalah kek bentuk love yang dihantar pada pukul 9 pagi ke Kinrara, Puchong. Kek kedua adalah kek tema Chanel yang diorder oleh Cik Myra yang duduk sekitar Gombak juga. Beliau mengambil sendiri keknya di Prima Sri Gombak.




Selalunya bila dapat order selain daripada edible image memang saya rasa seronok sangat sebab dapat buat sesuatu yang lain daripada biasa. Bukan buat kek edible image tak seronok, apa-apa order kek yang saya dapat semua saya rasa seronok, cumanya bila dapat lain daripada biase tu, seronoknya extra sikitlah, hihi....batting eyelashes Kedua-dua kek pada Sabtu yang lepas adalah tema kek yang belum pernah saya buat sebelum ini. 

Terima kasih saya ucapkan kepada Myra kerana sudi share gambar di atas semasa birthday partynya. Memang best dapat tengok gambar kek yang kita buat di majlis birthday. Untuk info semua, aksesori lain atas kek tu bukan daripada saya ye, itu adalah daripada customer sendiri winking




Alhamdulillah, setelah berpenat lelah menyiapkan 2 kek sabtu lepas, dapatlah saya feedback yang amat-amat positif dan buat saya jadi tak mengantuk semasa nak menyiapkan kek seterusnya untuk hari Ahad. Saya dapat whats app ni pukul 2 pagi tuuu....haha...orang lain semua dah tido, kita sibuk lagi kat dapur winking


Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada Myra kerana sudi order, share gambar dan bagi feedback yang begitu memberangsangkan big grin

Monday, October 26, 2015

Heart Shape Cake - Butter Cake Topping Buttercream for Hani


Kali terakhir saya dapat order daripada Pn. Hani adalah pada bulan Mei yang lalu iaitu kek merisik berbentuk 4 segi. Kali ni ada request special sikit, saya dikehendaki membuat kek yang berbentuk love atau pun dengan nama lain Heart Shape Cake.




First time buat kek bentuk love ni....bila dah first time tu of courselah kena beli loyang baru pulak kan...takpelah kena beli lain pun, next time mungkin ada yang berminat juga nak kek yang bentuk macam ni. Butter Cake ini ditempah istimewa sempena hari lahir suami Pn. Hani.


Terima kasih Pn. Hani sudi order lagi dan terima kasih juga request bentuk kek macam ni happy Ada juga kelainan daripada biasa! big grin

Wednesday, October 21, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Robocar Poli for Hidayah


Pada Khamis lepas iaitu pada 15hb Oktober yang lalu Pn. Hidayah dah pun mengorder Kek Big Hero 6 untuk birthday anaknya Umar Hadeef yang dibawa ke tadika. Tiba-tiba Sabtu lepas saya dapat lagi last minit order daripada beliau untuk mengorder lagi satu kek birthday untuk anaknya Umar Hadeef juga.



Ada juga saya bertanyakan kepada Pn. Hidayah kenapa tak order sekali je hari tu, katanya last minit planning nak sambut birthday dengan ahli keluarga di rumah pulak. Tu yang order kedian pulak Kek Robocar Poli ni. Edible image ni yang ready made sebab tak sempat nak order dengan supplier. Nasib baiklah ada stok Robocar Poli ni. Kalau tak, tepakselah ambik imej kartun yang lain.



Mekasih banyak-banyak kepada Pn. Hidayah order 2 kek untuk bulan ni. Semoga selamat melahirkan anak beliau yang ketiga nanti  happy

Tuesday, October 20, 2015

Choc Moist Topping Cream Cheese with Edible Image Pocoyo for Shila


Kek kedua yang saya hantar ahad baru ni adalah Choc Moist Topping Cream Cheese tema Pocoyo. Order daripada regular customer saya Pn. Shila untuk anak lelakinya yang berumur setahun.




Terima kasih banyak-banyak kepada Pn. Shila sudi order lagi happy

Monday, October 19, 2015

Red Velvet Frozen for Kavita


Assalamua'laikum dan selamat pagi! happy Pepagi lagi dah update blog ek...sementara ada masa ni dan budak-budak pun tak mengacau. Hari ni cuti jerebu lagi...seronok la budak-budak ni cuti. Tapi, apa-apa pun memang mengharapkan jerebu ni hilang secepat mungkin. Yelah, tak bagus kan untuk kesihatan semua. 

Berbalik pada cite kek, Alhamdulillah, semalam saya dapat 3 order kek. Kek pertama yang saya deliver awal pagi semalam adalah Red Velvet Frozen.



Kek ni diorder oleh rakan sekolah saya Kavita yang sebelum ni penah order brownies dan choc chip cookies je. Kali ni beliau cuba order kek pulak untuk ibunya dan anak perempuannya Nikesha.

Diharap beliau berpuas hati dengan Red Velvet saya seperti mana beliau berpuas hati dengan brownies dan choc chip cookies saya love struck

Friday, October 16, 2015

Big Hero 6 2D Fondant Deco - Vanilla Sponge Cake Topping Buttercream for Hidayah


Dah lamanya rasanye tak main fondant winking Kali ni dapat juga menguli dan mewarna fondant walaupun takdelah apa sangat dekonye. Order terbaru yang saya dapat kali ni adalah daripada regular customer saya iaitu Pn. Hidayah mengorder Vanilla Sponge Cake Topping Buttercream dengan tema kartun Big Hero 6. Muka Baymax Big Hero 6 adalah idea deko daripada Pn. Hidayah sendiri. Macam sebelum-sebelum ni, kek ni dibawa ke tadika anaknya, Umar Hadeef untuk disambut birthdaynya bersama rakan-rakan dan guru di tadikanya.




Happy 5th Birthday untuk Umar Hadeef dengan Baymax Big Hero Sixnye! party

Sunday, October 11, 2015

Pandan Choc Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen & Wayne Rooney for Niza


Wayne Rooney, adalah nama yang asing bagi saya. Mana taknye, saya bukanlah peminat bola sepak. Even bola sepak kebangsaan pun saya tak minat. Senang cite, saya memang tak minat bola. Jadi, mana taunye pulak nama pemain terkenal Manchester United Wayne Rooney ni?! Ha...dah tentulah tanye encik suami, hihi... batting eyelashes dia memanglah peminat bola sepak. Biaselah, kebanyakan lelaki memang suka bola.




Order semalam daripada Pn. Niza dari Sg. Pusu, Gombak mengorder Kek Span Pandan dan Coklat Topping Buttercream untuk 2 orang anaknya Kimi dan Mira. Sorang suka bola, sorang suka Frozen. So, digabungkan sekali jadilah macam kek dalam gambar di atas winking Camna pulak ada 2 perisa dalam 1 kek....boleh je, kalau kek span, boleh kita adjust 2 perisa macam ni. So, jadilah ia kek 2 dalam 1 happy Sesuailah kek ni untuk 2 orang, ada 2 perisa jugak.




Terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Niza sudi order dan bagi feedback serta rekemen kat 
kawan-kawan love struck

Saturday, October 10, 2015

Pandan Sponge Cake Topping Fresh Cream for Hartini


Pada hari yang sama saya menghantar kek kepada Pn. Suhaila pada pagi 4 Oktober yang lalu, tengahari pada hari yang sama, dapatla saya whats app dari rakan saya Tina merangkap regular customer saya nak order kek untuk esok harinya. Biaselah dapat order last minit macam ni kan...Beliau mengorder Pandan Sponge Cake Topping Fresh Cream bagi pihak kakaknya di Jepun. Haa....jauh gitu ordernye kan, dari Jepun lagi, haha..



Deko kek simple-simple je, saya deko dengan almond flakes dan kelapa kering. Memang sesuailah dengan Kek Span Pandan kan....saya sendiri pun teliur nengok kek ni, haha...kek span ni memang sedap kalau topping dengan fresh cream, tak manis sangat dan tak muak. Packing untuk kek kali ni agak special sikit. Maklumlah, kiriman istimewa daripada isteri tercinta dari Jepun untuk suami tersayang di Malaysia. Nasib baik pagi hari nak hantar tu masih sempat lagi cari kotak dan reben. Last minit rakan saya ni bagitau nak kotak kek special, so nampaklah macam hadiah sikit kan...Saya pun oklah memenuhi permintaannya yang tak susah mana pun sebab saya tau mana nak cari benda-benda tu semua winking







Terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Hartini yang sudi order dari kejauhan untuk suami tersayang yang saya deliver keknya ke Wisma Berita, Angkasapuri. Terima kasih juga kepada En. Hasshim serta staf-staf Angkasapuri yang berkesempatan merasa kek saya dan berpuas hati dengan kek saya. 



Happy Birthday saya ucapkan kepada En. Hasshim, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta sehingga ke akhir hayat love struck

Friday, October 9, 2015

Choc Sponge Cake Topping Cream Cheese with Edible Image Frozen & Cinderella for Suhaila


Order kedua bulan Oktober dihantar ke Taman Industri Bolton untuk Pn. Suhaila. Keknya adalah Choc Sponge Cake Topping Cream Cheese bertemakan Elsa Frozen & Cinderella. Ada lagi yang berminat dengan gabungan yang macam ni ye batting eyelashes






Terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Suhaila kerana sudi order dan memberi feedback positif tentang kek saya. Happy Birthday juga saya ucapkan kepada Princess Wafa yang menyambut birthdaynya yang ke 6 tahun.

Harap Princess Wafa happy dengan Kek Elsa Frozen & Cinderellanye! party

Thursday, October 8, 2015

Rainbow Cake Topping Buttercream with Edible Image Sherrif Callie for Dilla


Assalamua'laikum dan selamat petang Khamis kepada semua pembaca blog ini happy 

Permulaan order untuk bulan Oktober 2015 adalah Rainbow Cake bertemakan kartun Sherrif Callie. Kebetulan order pertama ni dihantar pada 1 Oktober. Memang betul-betul pada awal bulan winking Ni pertama kali saya tau pasal kartun Sherrif Callie. Yelah, anak-anak saya yang dah besar ni dua-dua lelaki, so banyak tau kartun untuk lelaki jelah. Yang pompuan ni belum tau sangat kartun-kartun yang dia minat. Paling ketara nampak dia minat sangat Mickey & Minnie Mouse je. Lain-lain yang dia suka haiwan macam kucing dan beruang dan apa-apa jelah haiwan yang cute di mata dia batting eyelashes




Rainbow Cake ni saya hantar ke UIAM untuk Pn. Dilla. Diharap Auni yang berusia 4 tahun ni puas hatilah dengan kek yang dihadiahkan oleh ibunya. Rainbow Cake dibawa ke tadika Auni untuk disambut bersama-sama rakan dan cikgunya.

Happy Birthday Auni! party
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...