Followers

Friday, April 26, 2013

Basic Butter & Choc Cupcake for Christine

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca-pembaca blog dan blogger-blogger di alam maya sana. Sudah lama tidak mengupdate blog dan begitu rindu untuk menguploadkan juga gambar-gambar kek yang telah diorder oleh pelanggan-pelanggan saya. Pelanggan saya taklah ramai tapi bolehla untuk permulaan. Setelah 2 bulan melahirkan anak ketiga, maka barulah sekarang betul-betul ada mood nak menulis di blog yang baru setahun jagung ni. Tempahan cupcake basic butter & choc cupcake ni dah lama iaitu pada bulan Disember 2012 yang lalu. Diorder oleh Christine iaitu rakan sepejabat kepada rakan saya Tina yang dah banyak kali order dengan saya sebelum ni.
















Tempahan kali ni hanyalah cupcake kosong untuk perayaan Krismas yang disambut di gereja yang dihadirinya. Memandangkan pada ketika ini saya tengah sarat mengandung 7 bulan, maka agak mudah mendapat tempahan sebegini, tak perlu apa-apa topping, bancuh, bakar dan siap untuk dipek dan dihantar terus kepada customer. Sebanyak 75pcs butter cupcake & 75pcs choc cupcake ditempah. Kepada Christine jika ada terbaca entri ini, jutaan terima kasih diucapkan dan saya mendapat feedback daripada rakan saya Tina yang Ms. Christine begitu berpuas hati dengan cupcake saya walaupun resepi yang saya gunakan kali ni adalah resepi butter & choc cupcake yang basic sahaja bersesuaian dengan bajetnya yang agak rendah, namun beliau tetap berpuas hati dengan rasa cupcake saya. Harapnya adalah lagi repeat order jika sudi   Adios!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...