Followers

Monday, March 30, 2015

Choc Moist Topping Fresh Cream with Edible Image Cinderella Movie 2015 for Tina


Dah tengok cite Cinderella Movie 2015 yang baru keluar panggung baru-baru ni? Saya semestinye belum tengok lagi, haha tongue Ada jugak tengok the makingnye kat tv. Nampak macam menarik juga. Dah lama betul tak ke panggung tengok movie. Sejak ada budak kecik ni memang payah sikit kalau nak pegi panggung. Tunggulah si kecik ni besar sikit bolehla bawak sekali tengok wayang dengan abang-abangnye. Kalau masa muda-muda dulu memang saya ni kaki wayang pun. Pantang ada movie baru memang terus serbu je panggung winking

Baru je keluar movie ni, dah pun ada yang minat nak letak gambar atas kek ek...hihi...oklah jugak, asyik dok tengok gambo Frozen je...dah biase sangat happy 





Kek Choc Moist Topping Fresh Cream ni diorder oleh rakan saya Tina yang sekarang pun dah bisnes sendiri dan beliau mengorder kek ni untuk anak bongsunya Amni yang berumur 6 tahun. Macam biaselah, kek ni dibawa ke tadika untuk sambutan birthdaynya.



Happy Birthday to Amni dan terima kasih juga kepada cik puan Tina kerana tak jemu-jemu mengorder kek dengan saya. Sokongan anda selama ini sejak pembabitan saya dalam dunia kek ni amat-amatlah dihargai. Tanpa anda rakan-rakan, keluarga dan customer-customer saya yang pernah merasai kek saya, diucapkan jutaan terima kasih juga. 


Jumpa lagi next entri!  love struck

Sunday, March 29, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Norijah


Ini pula kek ketiga untuk minggu selepas cuti sekolah ini iaitu kek Frozen yang diorder oleh Pn. Norijah untuk anak perempuannya yang berumur 5 tahun juga. Kek ini juga diorder untuk sambutan birthday di tadikanya. Pakat-pakat buat birthday party semuanya lepas cuti sekolah ek...memang syokla nak pegi sekolah sebab sampai-sampai sekolah je ada birthday party. Bagus jugak macam tu kan, sampai sekolah je ada kek birthday....pembakar semangat untuk bersekolah semula setelah seminggu bercuti, tak gitu? happy




Happy Birthday diucapkan kepada Putri Auni Sorfina. Semoga anda seronok dapat kek Frozen yang diidamkan dan terima kasih juga kepada Pn. Norijah sebab sudi order.


In Shaa Allah, jika ada rezeki, ada lagi order yang mendatang untuk kek Frozen pada awal bulan April nanti. Diharap pembaca-pembaca blog ni tak rasa jemu asyik dok tengok kek frozen je kan...sad


Apalah daya saya, sudah itu yang digemari ramai. Saya cuma turutkan saje kehendak customer. Yang penting semua orang gembira dengan kek yang diidamkan dan saya juga tumpang gembira dengan kegembiraan anda semua big grin

Saturday, March 28, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Brenda


Inilah dia kek lagi satu yang diorder oleh Brenda yang saya perkatakan semalam....macam biaselah, untuk birthday budak-budak memang biasenye orang prefer kek choc. Order kek pelik-pelik kang tak makan pulak bebudak tu kan....winking

Dengan tema Frozen juga, cuma yang berbeza bentuknya sahaja. Semalam bulat, hari ni empat segi.





Diharapnya Hui Shin sangat-sangat gembira sebab dapat 2 kek sekali untuk birthdaynya kali ini, dengan tema kartun kegemaran lagi....love struck


Happy 5th Birthday to Hui Shin! Enjoy your cakes! party

Friday, March 27, 2015

Red Velvet with Edible Image Frozen for Brenda


Baru hari tu dok sebut-sebut lama dah takde kek Frozen, sudahnya minggu ni jadi minggu kek Frozen sebab ada 3 kek Frozen berturut-turut minggu ni cool Dah hujung-hujung cuti sekolah baru ada orang order. Tak kisahlah kan, at least boleh rehat sepenuhnya cuti sekolah ni daripada jadi drebar dan membaking winking

Order kali ni daripada seorang customer yang bernama Brenda mengorder Red Velvet untuk anak perempuan kesayangannya Hui Shin yang berumur 5 tahun.




Brenda sebenarnya mengorder 2 kek sekaligus dengan saya, 1 untuk sambutan birthday di rumah, 1 lagi untuk sambutan di tadikanya. Red Velvet ni adalah sambutan untuk di rumahnya.


Kek apa agaknya yang diorder oleh Brenda untuk sambutan di tadika anaknya? thinking

Tunggulah entri esok pulak...hihi...big grin

Wednesday, March 11, 2015

Choc Moist Cupcake Topping Buttercream for Fatin


Order seterusnya untuk bulan Mac 2015 adalah Choc Moist Cupcake Topping Buttercream order dari Fatin student UniKL untuk birthday sepupunya yang menuntut di UIA Gombak. 

Deko macam ni dah penah saya buat sebelum ni, berbeza cuma pada gabungan warnanya sahaja. Kalau hari tu biru dan pink, kali ni purple dan pink. Pilihan warna adalah daripada Cik Fatin sendiri.


Happy Birthday diucapkan kepada Cik Farah. Semoga anda gembira dengan pemberian kek oleh sepupu anda, Fatin love struck

Friday, March 6, 2015

Red Velvet with Edible Image Frozen for Saleem


Sehari selepas dapat order untuk Monster High Theme Cake, keesokannya dapat pulak last minit order daripada rakan baik suami saya iaitu En. Saleem. Beliau mengorder Red Velvet dengan edible image Frozen. Lama juga dah tak dapat order untuk edible image Frozen ni... batting eyelashes

Mesti anda pelik kenapa tertulis di atas kek ni 1 nama, tapi 3 usia? Pelik kan?! thinking  

Kek ni diorder oleh ayahnya untuk 3 orang anak-anak perempuannya. So, 3 orang sambut birthday sekali le ni. Ketiga-tiga anaknya bernama Jannah pada permulaan nama masing-masing. Nama belakang je lain-lain. Tu sebab tulis macam tu. Sampaikan supplier saya yang buat edible image ni pun pelik bila saya suruh tulis macam tu....hihi....big grin Yelah, takkan sorang ada 3 usia pulak kan, haha! Kan pelik tu...cool

Apa-apa pun En. Saleem sekeluarga memang berpuas hati dengan deko dan rasa kek saya. Walaupun pada asalnya beliau nak kek Russian Black & White, tapi disebabkan masalah teknikal pada kek, saya terpaksa menggantikan dengan kek Red Velvet. Mintak maap laaaa bebanyak!! Kesilapan yang berlaku tidak disangka-sangka. Mungkin lain kali boleh saya buatkan untuk mereka kek yang mereka mahukan.

Happy Birthday to all you girls! love struck

Thursday, March 5, 2015

Choc & Vanilla Sponge Cake Topping Buttercream (2 in 1 Cake) with Edible Image Monster High for Intan


Order terakhir untuk bulan Februari yang lalu adalah untuk Pn. Intan yang tinggal di Bandar Sri Damansara. Beliau mengorder Kek Span Choc + Vanilla Topping Buttercream. Kek ni kira 2 dalam 1 lah sebab 2 perisa dalam 1 kek. Boleh buat 2 perisa macam ni sebab kek ni saiznya 2kg. So, disebabkan 1 adunan 1kg, so bolehla buat 2 perisa yang berlainan sebab saya buat kek ni 2 layer. So, 1 layer choc, 1 layer vanilla.





Kek ini juga dihiasi dengan deko edible image. Istimewanya deko edible image kali ni adalah dekonye di semua bahagian tepi kek sahaja. Ini adalah permintaan daripada birthday girl Nurul Fateha sendiri. Jadi, Pn. Intan selaku ibunya pun follow jelah macam mana kehendak anak perempuannya yang menyambut kelahirannya yang ke-11 itu. Kartun yang dipilihnya pun pelik juga iaitu kartun Monster High. Inilah pertama kali dengar nama kartun ni. Macam-macam karektor kartun budak-budak sekarang. Banyak betul! Sampai ada yang tak penah dengar pun! surprise


Apa-apa pun semoga Nurul Fateha yang menyambut birthdaynya baru-baru ini gembira dengan birthday keknya dan berpuas hati dengan rasa kek saya. Happy 11th Birthday to Nurul Fateha! party
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...