Followers

Thursday, May 19, 2016

Princess Theme - Choc Moist Topping Cream Cheese for Pn. Shila


Order daripada regular customer saya Pn. Shila mengorder kek tema Princess. Kek adalah Choc Moist Topping Cream Cheese.

Happy Birthday Trisya! party

Wednesday, May 18, 2016

Nutella Brownies for Amy


Kalau baru ni Plain Brownies untuk Mother's Day, kali ni Nutella Brownies untuk Pn. Amy pula. Beliau mengorder brownies ni untuk makan-makan di ofisnya.

Alhamdulillah, beliau dan rakan-rakan ofisnya menyukai rasa brownies saya. Lain kali bolehla order lagi ye! batting eyelashes

Tuesday, May 17, 2016

Bollywood Theme - Sponge Vanilla Cake Topping Choc Ganache for Atika


Untuk pertama kalinya dapat order kek edible image tema Bollywood. Kata tuan yang mengorder iaitu Atika, kek ni untuk sebuah kelab. Kelab peminat Madhuri Dixit kot...winking

Semoga ahli kelab peminat Madhuri Dixit ni berpuas hatilah dengan kek saya! happy

Monday, May 16, 2016

Mother's Day Brownies for Ika


Order kedua untuk Mother's Day adalah Plain Brownies order daripada Ika yang rumah ibunya di belakang rumah saya je. Ika sebenarnya order kek ni jauh dari Johor Bharu. Tapi ibunya menetap di Gombak.

Terima kasih kepada Ika sudi order dari kejauhan batting eyelashes

Sunday, May 15, 2016

Mother's Day Red Velvet Cake for Justina


Mother's Day baru ni saya dapat 2 order, 1 kek, 1 brownies. Kek dalam gambar adalah Red Velvet order daripada Justina untuk ibunya yang tercinta.

Terima kasih kepada Justina sudi order. Harap ibu Justina gembira dengan surprise cake ni! love struck

Friday, May 6, 2016

Walnut Brownies for Zara


Walnut Brownies order daripada Pn. Zara yang tinggal jauh di Cheras datang ke Gombak mengambil sendiri browniesnya. Order ni pun order bulan lepas juga, order untuk 30 April 2016.

Terima kasih kepada Pn. Zara yang sanggup datang dari Cheras semata-mata untuk brownies ni dan Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan rasa brownies saya, lain kali boleh order lagi! batting eyelashes

Thursday, May 5, 2016

Plain Choc Moist Cupcake


Dah lama tak bersiaran di sini...hampir terlupa nak update pasal cuppies plain choc moist ni. Sebabnya sekarang ni sibuk dengan cookies, sampai lupe nak update blog, dok update fb dengan ig je...sorilah ye, nak pakai pc ni bukan senang, kena berebut dengan anak, kita nak pakai, dia pun nak pakai jugak.

Plain Choc Moist Cupcake ni bukanlah order dari customer, order ni daripada anak saya sendiri, haha big grin Anak sendiri pun nak kena order jugak....mmmm....almaklumlah, mamanya sibuk je dengan order kek, dengan anak sendiri pun kena set date jugak. Anak saya request cuppies untuk bawa ke sekolah untuk aktiviti di kelasnya. Cikgunya dah siapkan topping dan rakan-rakan pulak tolong bawak sprinkles. Lama dah buat cuppies ni, 21 April hari tu, terlepas pandang pulak nak post pasal cuppies ni kat sini.

Nanti kita update pasal cookies pulak kat next entri ek, bye! love struck
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...