Followers

Wednesday, June 17, 2015

Choc Moist Cupcake with Nutella Filling


Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam yang akan menyambutnya esok, In Shaa Allah happy 

Sebelum masuk bulan puasa ni, saya telah membuat satu projek iaitu membuat cupcake yang mempunyai filling di dalamnya. Kenapa saya buat eksperimen ni? Sebab awal bulan hari tu ada dapat request daripada customer nak order Choc Moist Cupcake dengan inti Nutella. Tapi, belum confirm lagi, sekadar bertanya saje. Sementara ada masa terluang ni, baik saya buat siap-siap eksperimennya sebelum bermulanya bulan puasa. Kalau dah start puasa, lambat pulak nak ngabiskan keknya. Itupun, ada jugak saya berikan kat jiran-jiran untuk merasa. Kalau nak makan semua tak abisnye. Bukan tak sedap, tapi sebab dah selalu sangat makan, anak-anak pun tak berapa nak makan sangat. Biaselah, dah selalu bau kek kat umah ni winking

Sebetulnya, saya tak penah buat lagi cupcake ada inti. Penah ada sekali buat Banana Cupcake dengan inti Choc Ganache tapi method yang saya gunakan adalah dengan membuang sedikit kek di permukaannya dan mengisi intinya. Disebabkan saya tak berapa suka menggunakan method ni sebab agak membazir, jadi saya cubalah meletakkan intinya sebelum kek dibakar.




Alhamdulillah, menjadi eksperimen saya meletakkan inti Nutella ke dalam cupcake sebelum cupcake dibakarthumbs up Nampak macam sikit kan intinya? Tapi masih terasa choc Nutellanya ketika anda menikmati cupcake ni winking Maklumlah, first time kan, tak berapa pandai nak estimate nak letak banyak mana. Next time kalau nak buat betul-betul saya rasa kena banyakkan sikit intinya barulah ada umph! big grin drooling


Begitulah citenya tentang projek saya sebelum bulan puasa ni....batting eyelashes


Akhir kata, Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada saudara mara, rakan-rakan, customer-customer saya dan tak lupa kepada semua pembaca blog saya. Semoga dipermudahkan untuk kita semua menjalani ibadah yang begitu istimewa ini happy dan rasanya macam nak bukak order untuk kek raya. Kalau ada nanti saya war-warkanlah ye!


Wassalam love struck

Tuesday, June 9, 2015

Kek Gula Hangus - Khas untuk Umi



Kek Gula Hangus, atau dengan nama lain Kek Sarang Semut kerana tekstur keknye yang seakan-akan sarang semut. Cuti sekolah ni saya tak ke mana-mana. Duduk je lepak kat umah dengan anak-anak. Suami macam biaselah keje di kedai. Lagipun kereta ada problem sikit, takleh bawak jalan jauh sebab ekzosnye bocor, minyak hitam pun bocor, compressor air-cond pun dah kong dan macam-macam masalah lagilah. Masalah-masalah ni semua dah lama, tapi disebabkan kekurangan bajet nak repair, menyebabkan plan nak repair tu ditangguhkan sampailah sekarang. Pagi tadi barulah hantar ke bengkel untuk direpair semua masalah tu. Sementara cuti sekolah ni kan, takdelah pakai kete sangat. Ada pinjam kete umi saya dulu sementara kete saya masih di bengkel. 



Berbalik pada cite Kek Gula Hangus tadi, umi saya sangat sukakan kek ni. Jadi, dalam bulan lepas kalau tak silap saya, umi saya ada request suruh saya buatkan kek kegemarannya ini untuk beliau. Maka, beberapa hari yang lepas barulah saya berkesempatan membuat kek ni untuknya sebab bulan lepas saya ada agak banyak order untuk disiapkan. Gambar ni adalah percubaan membuat kek ni untuk kali ke-3. Dah 2 kali buat sebelum ni saya buat untuk makan-makan untuk saya sekeluarga. Suka juga anak-anak saya dengan kek ni rupenye. Keknya lembut dan kenyal dan tak terlalu manis. Memang tak muak makan kek ni. Saya pada asalnya memang tak minat sangat kek ni, tapi sebab dok tengok kat blog orang lain bercerita pasal kek gula hangus ni, teringin pulak nak mencuba. Bila dah cuba, terus jatuh suka pulak love struck. Tambahan pulak, umi saya juga suka, seronok dapat buat kek ni untuk umi kesayangan saya.


Nak resepi? Boleh je...resepi ni saya ambil dari buku "Kompilasi Hidangan Kek" tulisan Chef Noraini.


RESEPI KEK GULA HANGUS
Sumber asal : Buku "Kompilasi Hidangan Kek" Chef Noraini


Bahan A :
250g gula pasir/gula kastor
225g air
75g mentega


Bahan B :
*125g tepung gandum
*1 sudu teh soda bikarbonat
*1 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur gred A
75g susu pekat

* Ayakkan bersama terlebih dahulu


Cara-cara membuatnya :

1) Gula hangus : Masukkan gula pasir/gula kastor dalam periuk. Panaskan atas api hingga cair dan perang. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga gula tadi menjadi lebih cair.

2) Padamkan api dan masukkan mentega. Kacau hingga ia larut. Angkat dan biarkan ia sejuk.

3) Pukul telur dengan hand mixer, kalau takde hand mixer, pakai whisk pun boleh. Takyah pukul sampai kembang sangat. Agak-agak dalam 2 minit macam tu dah cukup. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul hingga sebati.

4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati dengan senduk kayu. 

5) Akhir sekali, masukkan gula hangus dan gaul hingga sebati.

6) Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat atau empat segi bersaiz 7 inci sebab adunannya tak banyak sangat. Kalau nak guna acuan 8 inci boleh jugak, tapi keknya jadi rendah sikit. Kalau nak kek tu tinggi macam dalam gambar di atas, lebih baik guna acuan 7 inci. Barulah nampak sarang semut tu banyak sikit kan winking

7) Masukkan ke dalam oven dengan suhu 170-180 darjah celcius, bergantung pada jenis oven dan bakar selama 40-45 minit.



Kalau ikut pembacaan saya di kebanyakan blog, tips yang selalu diberikan selepas siap adunan, kena peram sehingga beberapa jam untuk mendapatkan sarang semut yang cantik. Bagi saya pula dan ini tips dari umi saya sendiri yang dah biase buat masa dia tengah rajin masa muda dulu, katanya tak penah pulak dia peram dulu sebelum bakar. Biasenye dia terus bakar je. Saya pun cubalah terus bakar kek tu selepas saje adunan dibancuh. Masa mula-mula buat hari tu memang ada peram sejam, kali ni takde peram pun, elok je jadi sarangnye  big grin Sama je hasil sarangnya walaupun tak peram. Tapi, untuk anda yang tak penah cuba, boleh cuba kedua-dua cara dan tengok sendiri hasilnya. Kalau dalam buku Chef Noraini, dia suruh peram 30minit je. So, tepulanglah pada anda nak guna method yang mana. Kalau nak tau, kenalah cuba sendiri winking 

Lagi satu, kek ni memang cepat masak. So, pandai-pandailah adjust suhu oven jangan bagi panas sangat dan  jangan bakar lama sangat. Bakar dalam 40-45 minit cukup dah. Kalau oven saya (jenama Europa) saya set suhu 180 darjah celcius, tak payah bukak kipas, bakar dalam masa 40 minit dah masak.

Seperkara lagi, kalau anda nak tau kek anda jadi ke tak, kalau teksturnya lembut macam kek span je dan lubang-lubangnya tak macam dalam gambar di atas, maknenye kek anda tak berapa jadilah tu. Tapi, keknya masih boleh dimakan, jangan anda buang pulak ye, membazir pulak. Rupe tak jadi, tak semestinye takleh makan. Tak baik membazir kan...



Selamat mencuba! happy

Saturday, June 6, 2015

Choc Moist Cake Topping Buttercream with Edible Image Upin & Ipin for Fikri


Permulaan order untuk bulan Jun 2015 ini saya dapat last minit order dari seorang customer yang bernama En. Fikri dari Ampang. Seawal 9.30 pagi saya mendapat call dari beliau. Malam tadi jam 8.30 malam saya hantar kek yang ditempah olehnya. 

Beliau menempah Kek Choc Moist Topping Buttercream untuk hari lahir anaknya yang bernama Niyaz dan Awliya. Kedua-dua anak lelaki dan perempuannya menyambut kelahiran yang ke 2 tahun. Saya rasa anak En. Fikri ni mungkin kembar juga sebab menyambut tahun kelahiran yang sama. 

Nasib baik bukan Frozen lagi ye kali ni winking


Happy 2nd Birthday saya ucapkan kepada Niyaz dan Awliya. Semoga En. Fikri sekeluarga berpuas hati dengan kek saya happy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...