Followers

Friday, July 31, 2015

Kek Raya - Choc Sponge Cake Topping Buttercream for Hidayah


Kalau semalam brownie, hari ni kita tengok kek raya pulak. Time-time raya ni sibukla orang dok buat majlis raya kat sekolah, kat ofis dan tak kurang juga yang sibuk buat open house.

Order kedua lepas raya ni adalah daripada Pn. Hidayah, regular customer saya mengorder Choc Sponge Cake untuk majlis hari raya tadika anaknya, Umar Hadeef. Tu sebab ada tulis ikhlas daripada Umar Hadeef. Simple je dekonya, takde fancy-fancy sangat. Asalnya adalah ingat nak lukis-lukis ketupat ke sikit, tapi ntah macam mana tak terlukis pulak ketupat tu, jadi simple macam ni je...mungkin baru baik demam, aura nak melukis tak sampai lagi sad takpelah, next timelah kita cuba lukis ketupat untuk kek raya, kalau ada lagilah kan orang request untuk kek raya...

Oklah, sampai sini je entri kali ni, kita tengoklah kek apa pulak yang bakal mendatang batting eyelashes

Thursday, July 30, 2015

Fudgy Brownie for Suria


Assalamualaikum dan selamat malam...memalam baru ada masa mengupdate blog..almaklumlah, siang sibuk dengan keje lain happy

Sedar tak sedar hari ni dah masuk 14 Syawal rupenye...teramatlah pantas masa berlalu. Raya kali ni nampaknya tak berapa seronok sangat sebab time raye hari tu semua ahli keluarga saya demam, batuk dan selsema kecuali saya sorang. Jadinya, dok memerap jelah di rumah kat kampung. Bila balik KL diaorang semua dah sihat, saya pulak yang demam. Lama jugaklah saya demam, daripada Rabu lepas sampailah Ahad baru ni. 

Dalam demam-demam tu, sempat juga saya menyiapkan Fudgy Brownie ni. Ini adalah order pertama saya untuk brownie. Belum sempat lagi saya masukkan item baru ni dalam senarai harga kek dalam blog. Tak sempat lagi nak mengupdate. Jap lagi kita updatelah ye winking Fudgy Brownie ni adalah order dari Pn. Suria yang duduk dekat je dengan kawasan umah saya. Jadi tak payahlah travel jauh-jauh kan. Ordernye pun sikit je, brownie yang bersaiz 8 inci ini diorder oleh Pn. Suria untuk open house yang diadakan pada Ahad yang lepas.

Alhamdulillah, Pn. Suria berpuas hati dengan rasa brownie saya. Lepas ni bolehla order kek birthday pulak ye! batting eyelashes


Jumpe esok pulak untuk next entry! love struck

Wednesday, July 15, 2015

Choc Moist Cake Topping Buttercream with Edible Image Upin Ipin for Dila


Lagi 2 hari lagi kita akan menyambut bulan Syawal...sekejap betul masa berlalu. Esok saya akan bertolak ke kampung suami di Kuala Kangsar untuk meraikan bulan Syawal yang akan menjelang tiba. 

Di saat-saat akhir nak raya ni saya masih sempat lagi menyiapkan birthday cake untuk Puan Dila yang penah order dah kek dengan saya sebelum ni. Kalau sebelum ni kek Frozen untuk anak perempuannya, kali ni kek Upin Ipin pulak untuk anak lelakinya. Birthday anaknya akan disambut pada hari raya pertama nanti. Puan Dila menyambut Hari Raya Aidilfitri di KL sahaja sebab beliau dan suaminya memang orang KL.




Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca blog ini, ahli keluarga, rakan-rakan dan tak lupa juga customer-customer saya yang selama ini sudi mengorder kek dengan saya. Tanpa sokongan anda semua, tak mungkin saya mempunyai kekuatan untuk menyediakan kek-kek yang sedap dan menarik untuk anda semua love struck


Oklah, sampai sini saje entri terakhir sebelum raye ni...lepas raya kita jumpe lagi! wave 

Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi saya ucapkan big grin Kepada yang memandu bila balik kampung nanti, berhati-hati di jalan raya, ingatlah keluarga tersayang. 


Wassalam happy

Sunday, July 5, 2015

Red Velvet Cake for Shila


Assalamualaikum dan selamat berpuasa dan juga selamat berbuka saya ucapkan kepada yang singgah di blog saya ni. Agak lama juga tidak mengupdate kat sini. Bulan Jun yang lepas cuma 1 order yang saya dapat iaitu kek Upin & Ipin. Maklumlah, hujung bulan lepas kan dah start puasa. Bulan puasa ni jarang orang nak makan kek. Ada juga beberapa orang yang bertanye nak order kek Frozen, tapi semuanya last minit order. Mereka nak yang dah ready made. Tapi, al-maklumlah saya ni cuma buat dari rumah je, so takdelah yang ready made. Semua kek-kek yang saya buat semuanya base on order. Harap anda semua maklum ye.

Bulan puasa dan lebih-lebih lagi sekarang ni dah nak hampir sangat dengan raya, orang lebih sibuk dengan biskut raya. Saya setakat ni belum ada nak buat tempahan untuk biskut raya. Ada juga cubaan membuat biskut raya baru-baru ni, tapi tak nak lagi reveal kat sini sebab masih dalam proses eksperimen. Nanti bila dah betul-betul jadi kita war-warkanlah kat sini ye batting eyelashes. Kalau saya buat pun bukanlah untuk dijual, saje suka-suka buat untuk bawak balik raya ke kampung je nanti happy

Di saat-saat akhir nak sampai penghujung puasa dah ni, ada juga yang mengorder kek untuk birthday. Order pertama untuk bulan Julai adalah daripada Pn. Shila yang dah penah order dengan saya sebelum ni. Order kali ni adalah untuk birthdaynya sendiri sekali dengan ibunya yang tercinta. Mungkin mereka menyambut kelahiran pada bulan yang sama. So, order 1 kek jelah senangkan winking Kek ni akan saya hantar pada petang ini sebelum waktu berbuka. Katanya malam ni sambutan birthdaynya.


Happy Birthday saya ucapkan kepada Pn. Shila dan ibunya. Semoga anda berdua berpuashati dengan kek yang diorder love struck
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...