Followers

Monday, November 30, 2015

Brownies Plain & Brownies Choc Ganache for Fiza


Semalam kek bunga dan blueberry cheesecake. Dah ada balik brownies, jangan marah aaa...haha...big grin Selingan sebelum order kek yang seterusnya batting eyelashes

Order brownies kali ni daripada rakan saya Fiza yang dah biase order kek dengan saya. Beliau mengorder brownies ni untuk majlis doa selamat kakaknya.

Next cake....esok pulak ye! big grin

Sunday, November 29, 2015

Choc Moist Topping Buttercream Deko Bunga & No Bake Blueberry Cheesecake for Halimah


Minggu ni minggu yang amat busy dengan kek. Kalau awal-awal bulan hari tu banyak mengookies dan membrownies, kali ni kita sibuk semula dengan mengekek. Ada 4 biji kek dan 3 brownies yang saya buat pada minggu ni dan semuanya dideliver pada hari Khamis yang lepas. Memang penat gilelah, sampai tak tido dibuatnye winking Tapi takpe, kali ni walaupun agak penat, rasa berbaloi-baloi sebab dapat job yang tak penah saya dapat sebelum ni.




Kek Choc Moist Topping Buttercream deko bunga-bunga memang dah lama saya tunggu nak buat. Adalah dah hari tu buat bunga-bunga untuk kek hantaran, tapi bunganya sikit je. Kali ni dapat penuh atas kek! Memang best! Walaupun agak terkial-kial juga nak siapkan bunga sebanyak tu, maklumlah, kita bukannya pakar sangat bab bunga ni tongue Tapi, Alhamdulilllah, dapat juga siapkan dengan jayanya.




Selain kek bunga-bunga, ada lagi 1 kek yang diorder oleh Cik Halimah iaitu 
No Bake Blueberry Cheesecake. 




Terima kasih kepada Cik Halimah sudi bagi feedback! big grin

Monday, November 23, 2015

Brownies with Choc Chip & Dark Choc Chip Cookies for Kavita





Semalam entri pasal kek, hari ni dah balik brownies dan cookies....semalam tu selingan je, hihi...sementara tunggu order kek yang sebenar-benarnya, haha...batting eyelashes


Order daripada rakan saya Kavita lagi. Cookies untuk officematenye yang mengidam nak makan cookies sedap, maklumlah, tengah pregnant, memang biase ngidam nak makan yang sedap-sedap kan....brownies pulak untuk sambutan birthday anak sedarenye.

Mekasih Kavita sudi order lagi! big grin

Sunday, November 22, 2015

Rainbow Cake 3 Color with Fresh Cream


Rindu nak tengok kek? Adalah kek rainbow 3 kaler ni, saje-saje buat untuk makan-makan famili. Kalau saje-saje buat camni, biaselah, misi ngabihkan topping, hihi winking

Apa-apa pun dah selamat dirembat oleh kami sekeluarga, dalam masa 2 hari je dah abis! Haha...satu famili semua suka makan kek sekarang ni, tu yang cepaaaatttt je abis! big grin

Saturday, November 21, 2015

Brownies with Choc Ganache for Kak Mas


Saalam bersiaran lagi di petang Sabtu yang indah ini happy Oleh kerana bulan Novermber ni banyak membrownies dan mengookies, anda yang singgah sini dapat cuci mata dengan brownies dan cookies jelah ye. Takde order kek ke? Adaaaa....tungguuuu entri akan datang ye batting eyelashes 

Brownies Choc Ganache ni order daripada jiran saya Kak Mas. Last minit gile punye order, petang pukul 6 order, malamnya 9.30 dah nak makan...nasib baikla sempat ke kedai barangan bakeri sebab kedai tutup pukul 8. Lagipun brownies ni tak perlu nak hias bagai. So, bolehla siap dalam masa sejam dua. Ada juga saya betanye, nape last minit sangat, katanya anak pompuannya ada balik umah daripada Bangi. Pagi esoknye dah nak ke Bangi semula. Saje dia order nak bagi anaknya merasa. Yelah, sekali-sekala anaknya balik, nak le hidang something special kan....gitulah citenye...

Mekasih Kak Mas sudi order lagi! big grin

Saturday, November 14, 2015

Brownies with Choc Chip for Myra


Awal November ni saya dok dapat order brownies dan cookies sahaja. Belum ada lagi order kek-kek biase. Takpelah, brownies pun rezeki juga kan batting eyelashes Order Brownies dengan Choc Chip ni adalah daripada customer saya Myra yang dah penah order Kek Chanel baru-baru ini. Brownies ni untuk birthday rakannya yang bernama Syemy.




Terima banyak-banyak kepada Myra sudi share feedback dan gambar love struck

Friday, November 13, 2015

Brownies with Almond & Nutella for Kak Liza





Aik, brownies lagi....entri semalam brownies, entri hari ni pun brownies batting eyelashes Jangan bosan ye tengok brownies, hihi....2 brownies ni sebenarnya saya buat dan hantar pada hari yang sama saya buat untuk Athirah yang saya ceritakan pada entri semalam. Order ni seminggu yang lepas dah. So, jumaat lepas saya kena buat 3 brownies pada hari yang sama.

Repeat order daripada Kak Liza. Order ni cuma selang 3 hari je daripada order yang sebelumnya. Yang lagi 2 Brownies Almond tu order pada Hari Deepavali, selang 3 hari juga daripada order Jumaat lepas. Kata Kak Liza semua brownies ni untuk menjamu saudara-maranya yang datang berkunjung ke rumahnya pada Jumaat dan Hari Deepavali yang lepas. Sedap la tu kot ek kalau dah order sampai 3 kali!!! big grinHihi...harapnye begitulah ye batting eyelashes 

Itu saje untuk entri kali ni, jumpe lagi di lain masa! love struck

Thursday, November 12, 2015

Brownies with Choc Ganache for Athirah


Dah abis cite biskut semalam, dah ada balik pasal brownies ek...hihi....Order brownies kali ni memang ada sikit special sebab order ni daripada budak darjah 5! Tak caye? Pecayelah, jangan tak caye. Inilah customer saya yang paling muda iaitu adik Athirah yang baru je berumur 11 tahun dah pandai nak buat surprise untuk mak ayah tercinta, so sweet kan! love struck

Mana la agaknye budak ni tau nak order daripada saya ek....citenye camni....kalau anda masih ingat entri saya pasal Brownies Choc Ganache yang diorder oleh jiran saya Kak Mas pada hujung bulan Oktober lepas, semasa beliau nak hantar anak pompuannye ke sekolah agama, beliau bawak sekali brownies tu ke sekolah, so kebetulan budak ni ada masa jiran saya ni hantar anaknye tu, dapatlah si Athirah ni rasa sikit brownies saya. Dia bekenan, jiran saya Kak Mas ni pun strorylah kat saya budak ni nak order brownies yang sama. So, dia mintaklah nombor budak tu dan bagi kat saya untuk saya hubungi dia sendiri.

Brownies yang biase saya jual saiznya 8 inci, tapi saiz kali ni 10 inci sebab Athirah nak bagi semua saudara-maranya merasa brownies yang sedap ni. Tapi bajetnye agak terhad. Bagus budak ni tau, kumpul duit sendiri dengan adiknya untuk surprisekan mak ayahnya sempena birthday maknya. Oleh kerana saya suka dan terharu dengan usaha dan keikhlasannya untuk memberi sesuatu yang istimewa untuk ibu dan ayahnya, saya kira projek kali ni kira projek amal jelah. Yelah, kita meniaga ni kadang-kadang jangan dikirakan sangat untungnye kan...ada ketikanya kena buat sesuatu yang lebih memberi makna pada seseorang.

Oklah, cukup untuk hari ni, wassalam happy

Wednesday, November 11, 2015

Dark Choc Chip Cookies for Kavita, Kak Lin & Kak Mas


Semalam entri pasal brownies, kali ni kita tengok Dark Choc Chip Cookies pulak. Kalau bukan musim raya, memanglah orang takde nak order biskut sangat kan, walhal, kalau bukak order, ada je yang nak membeli, hihi....saya belum lagilah penah ambik order biskut untuk raya, sebab biskut ni pun baru je start buat lepas raya puasa hari tu. Kalau nak ambik order untuk raya, mungkin untuk raya taun depanlah kot...hihi...kita tengoklah camna batting eyelashes

Dark Choc Chip Cookies ni dibuat untuk raya Deepavali semalam. Minggu lepas lagi rakan saya Kavita ni mengorder. Hari tu beliau dah penah order sebalang cookies untuk rasa selepas saya war-warkan kat FB pasal cookies ni. Alhamdulillah, kena dengan citarasanya big grin

Bila dah suka, apa lagi, untuk Deepavali ni 4 balang sekali beliau order big grin Terima kasih Kavita for ordering. Ada lebih-lebih cookies ni saya bagilah jiran-jiran terdekat merasa. So, antara jiran yang bekenan tu Kak Lin dan Kak Mas. So, saya buatkanlah untuk diaorang sekali, sorang sebalang.

Kepada sape-sape yang nak order untuk kunyah-kunyah boleh je order cookies ni ye batting eyelashes

Whats app saya Faeza 013-6299 005. Chow! cool

Tuesday, November 10, 2015

Brownies with Choc Ganache & Nutella for Kak Liza


Order pertama untuk bulan November kita mulakan dengan brownies. Brownies deko Choc Ganache & Nutella ni order daripada Kak Liza, rakan kepada jiran saya Kak Mas yang order Brownies deko Choc Ganache bulan lepas. Kak Liza ni duduk di Ukay Perdana. So, brownies ni saya hantarlah ke rumahnya di Ukay Perdana. Camna pulak Kak Liza yang duduk Ukay Perdana boleh tau pulak saya di Gombak ni? 

Alkisahnya, Kak Mas jiran saya ni pegi promote kat whats app group pasal kesedapan brownies saya tu siap dengan gambar semua sekali. Social media sekarang memang mudahnya nak mengviralkan sesuatu kan winking Tapi ingat, siasat dulu apa-apa info yang kita nak viralkan tu betul ke tak, jangan main share je. Kalau nak viralkan kesedapan brownies yang saya buat ni takpe, virallah sebanyak mana yang boleh, haha big grin

Orait, cukup sampai kat sini je cite pasal brownies yang sedap sehingga menjilat jari ni, bye! wave

Monday, November 9, 2015

Red Velvet Mini Pack for Saleem


Order terakhir untuk bulan Oktober yang lepas iaitu Red Velvet Cake Mini Pack saiz 7 inci. Order ni memang betul-betul order terakhir untuk bulan Oktober sebab kek ni diberi pada tuannya pada 31/10/15.

Order daripada rakan baik husband saya, Saleem order 2 pek je Red Velvet Mini pack sebab nak ilangkan mengidam nak makan Red Velvet drooling Kalau ikutkan jarang-jarang saya buat mini pack macam ni sebab saya jual base on adunan, 1 adunan dapatlah 4 pek. Maknenye kalau nak untung, saya kena juallah semua 4 pek tu. Kalau nak 1 ke, 2 je ke, memang biasenye saya tak buat. Tapi, disebabkan ini adalah special request daripada rakan baik husband, saya buat jugaklah walaupun sebenarnya beliau nak 2 pek je. 

Cadangnya naklah war-warkan kat sape-sape dekat-dekat rumah, kot ada yang nak lebih 2 pek tu, sudahnye, tak sempat pun nak bagitau sape-sape, dah habis lagi 2 pek tu kitaorang makan sekeluarga big grin Kebetulannya husband dan anak-anak memang suka Red Velvet, so kata husband tak payah juallah, kita makan sendiri je. Dalam masa 1 hari sahaja habis dua-dua pek tongue 

Kesimpulannya, sekali-sekala bagilah ahli keluarga sendiri seronok jugak kan, asyik buat untuk orang je, haha....itulah kata-kata keramat yang selalu keluar dari mulut anak-anak winking Diaorang selalu jeles tengok kita dok buat kek cantik-cantik untuk orang lain, untuk diaorang takde pun....yelah sangat takde, saje je nak suruh kita buat selalu untuk diaorang. Tak boleh macam tu, nanti 1 famili kena kencing manis! 

Dessert memang sedap, tapi biarlah seimbang dengan makanan lain jugak happy

Kita stop sini dulu, jumpe lagi esok! love struck
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...