Followers

Thursday, September 12, 2013

Marble & Red Velvet Cupcake - Edible Image Avengers

Entri kali ini adalah order terbaru yang saya dapat dalam masa terdekat ini iaitu tempahan yang dikehendaki pada 31 Ogos yang lalu. Order kali ini adalah repeat order daripada Kristina. Kristina pernah mengorder cupcake dengan saya pada tahun lepas iaitu Choc Buttermilk dengan edible image "Cars". Asalnya edible image "Avengers" yang diminta, tetapi kerana order pada saat-saat akhir, jadi apa yang ada sajalah di kedai bakeri yang saya boleh dapatkan untuknya. Mungkin tak berpuas hati kerana tahun lepas tak dapat edible image Avengers, maka pada tahun ini beliau membuat order dengan lebih awal. Jadi, sempatlah saya membuat tempahan edible image itu dahulu daripada supplier.



Kali ini Kristina mengorder 2 jenis kek iaitu Marble Cupcake & Red Velvet Cupcake. Gambar di atas adalah gambar marble cupcake sebelum ditouch-up dengan choc buttercream. Saya menggunakan 3 warna untuk marble cupcake ini iaitu merah, biru dan hijau. Untuk pengetahuan anda semua, marble cupcake ini adalah butter cake biasa saja, saya cuma tambahkan warna untuk menjadikan ia berwarna-warni begitu.





 Sebanyak 30pcs Marble Cupcake dengan topping choc buttercream yang telah ditempah oleh Kristina




Gambar Avengers di atas adalah pilihan saya sendiri yang saya dapat daripada internet. Ini adalah pertama kali saya mengorder edible image daripada supplier edible image dan saya amat berpuas hati dengan  kualiti printingnya. Terang dan jelas warnanya.



 

 Untuk red velvet, tempahan sebanyak 30pcs juga untuk anak saudara kesayangannya ini dan sudah pasti toppingnya cream cheese






Kepada sesiapa yang berminat untuk mengorder edible image bolehla order di sini






Diharap Kristina berpuas hati dengan cupcake yang diorder. Teringin juga nak tau apa komennya kerana ini adalah pertama kali saya membuat marble cupcake dengan topping choc buttercream. Tak taulah beliau suka atau tidak...harap-harapnya oklah ye http://eemoticons.net

Monday, September 9, 2013

Red Velvet 30pcs for Tina


Pada bulan Julai yang lalu kawan saya Tina telah mengorder Choc Buttermilk & Red Velvet Cupcake untuk majlis farewell rakan sekerjanya. Kali ini pula Tina membuat order Red Velvet cupcake untuk rakan sekerjanya bagi majlis pot luck.

Semoga rakannya berpuas hati dengan kek saya! http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...