Followers

Wednesday, April 29, 2015

No Bake Oreo Cheesecake for Hawa


Order terbaru untuk bulan April dan juga yang terakhir untuk bulan ini adalah No Bake Oreo Cheesecake untuk rakan saya Cik Puan Hawa. Dia ni memang peminat tegar Oreo Cheesecake. Untuk birthdaynye taun lepas pun beliau mengorder kek yang sama.



Mekasih bebanyak sebab sudi order lagi winking. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak tersayang love struck

Monday, April 20, 2015

Choc Moist Cake Topping Fresh Cream


Assalamualaikum & selamat petang diucapkan pada anda semua pengunjung blog ini....big grin 

Udah minum petang ke? Kalau belum, apa kata kita makan Choc Cake dengan Topping Fresh Cream ni, hihi...drooling Suka mengajak orang untuk menggemukkan badan jelah saya ni yewinking

Takdelah macam tu...saje je post kek kali ni sebab minggu ni takde projek dari customer, kita buatlah projek sendiri. Sambil-sambil nak menghabiskan topping fresh cream yang ada dalam peti, bolehla bereksperimen dengan resepi baru. Masa takde order ni la nak bereksperimen, kalau ada order, busy la pulak nak nyiapkan order kan....




Resepi yang saya eksperimenkan ni bukanlah resepi baru yang saya dapat di internet atau saya dapat dari sesiapa, resepi yang sama yang saya selalu guna selama ni untuk Choc Moist Cake, cuma ada modified sikit untuk meningkatkan lagi kualiti kek saya. Alhamdulillah, menjadi eksperimen saya dan saya amat-amat berpuas hati dengan hasilnye dan confirm saya akan gunakan resepi ni untuk Kek Choc Moist saya untuk order-order saya selepas ini. Ada juga penambahbaikan dari segi bahan, ada beberapa bahan yang saya tukar brandnye untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik.

Yelah, R & D ni penting untuk meningkatkan lagi kualiti produk kita kan...so, dari semasa ke semasa mesti kena buat R & D supaya kualiti produk kita menjadi lebih baik. Selain tu, R & D jugak penting untuk membuat produk baru.

Ada juga nak buat produk baru, tapi tulah, masih lagi dalam peringkat eksperimen. Kalau ada nanti, kita war-warkanlah di sini dan di facebook batting eyelashes





Mmmm....nyam! nyam! Nampak best kan kek ni drooling Buat minum petang ni memang sedap! Topping fresh cream ni memang sedap dengan mana-mana kek pun sebab dia tak muak dan tak berapa manis sebab ianya adalah krim yang diperbuat daripada produk bukan tenusu. Dalam Englishnye Non-Dairy Whipped Cream. Boleh klik sini untuk keterangan lanjut pasal krim ni. Krim ni memang berbeza dengan buttercream yang biase untuk kek-kek birthday tu. Cumanye krim ni lebih sesuai untuk indoor punye majlis sebab krim ni cepat cair. So, kepada sesiapa yang nak order dengan topping macam ni kena bagi info lebih lanjut tentang majlis tu nak buat kat mana dan nak dibawa ke mana kek tu. 


Oklah, sampai sini je, selamat menjamu mata kepada yang tak dapat makan kek untuk minum petang hari ni, haha (jahatnye saya, hihi pirate*) Kalau ada sesape yang teringin nak rasa kek seperti gambar di atas, jangan lupe terus what's app/sms/call saya Faeza di 013-6299 005 call me


Jumpe lagi next entri! wave

Friday, April 17, 2015

Choc Moist Topping Choc Ganache


Mmmmm....nyam! nyam! Nampak sedap kan? Ini bukan kek yang diorder oleh customer, ini kek yang saya saje-saje buat, nak menghabiskan topping choc ganache yang ada, saya buatlah kek choc moist. 

Dah lama tak buat deko bunga ros macam ni atas kek. Jika ada sesiapa berminat nak kek macam ni jangan lupe contact saya Faeza di 013-6299 005.

Adios! big grin

Monday, April 13, 2015

Butter Cupcake Topping Buttercream for Fiza


Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada anda yang menyinggah di blog ini....

Dah lama tak buat butter cake...rindu dengan keharuman kek butter selepas dibakar....selama ni dok buat kek choc je, terasa juga jemunye, tapi nak buat macam mana kan, semuanya di atas permintaan customer.  Kita ni ikutkan je la.

Order kali ni dari rakan saya Fiza yang sudah beberapa kali juga mengorder kek dengan saya tapi first time mengorder Butter Cupcake Topping Buttercream dengan deko choc rice dan M & M. Cuppies ni dibawa ke Lake Garden untuk berkelah bersama rakan-rakan. Lama juga tak pegi ke Lake Garden. Selalunye saya dan keluarga ke Taman Layang-layang, Kepong untuk beriadah. Lebih dekat, sebab selalunye pegi lepas Asar. So, bolehla lepak lama sikit.


Terima kasih kepada Fiza sebab sudi order lagi. Harap berpuas hati ye dengan butter cake saya! batting eyelashes

Wednesday, April 8, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Ahmad


Inilah dia order kek Frozen untuk En. Ahmad yang saya katakan semalam...

Takmo cite banyaklah...macam biase kek yang menjadi pilihan ramai iaitu Choc Moist Topping Buttercream.

Happy Birthday to Puteri, baju pun baju Frozen ye! winking party

Tuesday, April 7, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Dila


Seperti yang saya penah kata pada entri yang lepas, di awal April ini In Shaa Allah ada lagi order untuk kek Frozen. Maka inilah order yang dikatakan...jangan mare ye kepada pembaca blog ni....batting eyelashes ada lagila yang dok request kek Frozen ek...

Kebetulan tarikh 4 April ni adalah tarikh hari lahir anak sulong saya. Ada kek frozen jugak ke untuk dia? Takdelah...anak sulong saya tu lelaki, mana minat Frozen walaupun dia ada jugak tengok cite tu. Biasenye yang mintak kek Frozen ni pompuan. Takde lagi setakat ni yang mintak tu untuk lelaki...macam tak sesuailah pulak kan...winking

Mesti ada yang tanye, buat kek Frozen untuk orang, untuk anak sendiri takde ke? Jawapannye takdelah nampaknye...memang tak sempat nak buat keknye apatah lagi nak buat majlis. Tapi, malamnye tu adalah makan-makan satu famili semua dengan adik lelaki saya sekeluarga dengan umi dan ayah saya.

Jangan tak tau, birthday anak saya sama dengan ayah saya. So, tiap-tiap taun kalau ada kelapangan kitaorang semua pegilah makan-makan sekali untuk sambut birthday anak saya dan atuknye.

Ada juga kek, tapi belilah, haha..untuk sendiri beli orang lain punye kek pulak ek...biaselah tu, anak pun memang dah boring tengok kek saya, dia nak merasa kek orang lain pulak, hihi...lagipun memang tak sempat nak buat sad

Pada 5 April ada lagi order untuk kek Frozen...ha?! Ada lagi?! Layan jelah....big grin

Thursday, April 2, 2015

Choc Moist Cupcake Topping Buttercream for My Auntie - Su


Order terakhir untuk bulan Mac 2015 adalah daripada ibu saudara saya yang tinggal di Puchong yang saya panggil Su mengorder Choc Moist Cupcake Toppping Buttercream sebanyak 50pcs untuk hari lahir anak bongsunya Yasmeen yang berumur 6 tahun. Cuppies ni semua pun disambut di tadikanya bersama-sama rakan-rakan dan cikgu tercinta.




Deko kali ni saya buat tulisan dengan pink fondant dan atas cuppies saya sprinkle dengan strawberry chips dan alphabet sprinkle. Saje try strawberry chips, ada kelainan sikit...happy




Yang ni untuk makan-makan sendiri kat rumah. Ada lagi 9pcs untuk babysitter Yasmeen.




Terima kasih kepada ibu saudara saya Su, first time order dengan saya. Sebelum ni penah rasa yang saya saje-saje bagi je, kali ni beliau mengorder pulak. 


Happy 6th Birthday to my cousin Yasmeen! Harap seronoklah ye dapat banyak cuppies untuk birthday party
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...