Followers

Tuesday, August 25, 2015

Oreo Cake (Choc Moist Topping Oreo Buttercream) with Edible Image Transformers for Brenda


Semalam anda dah tengok Oreo Cheesecake, hari ni Oreo Cake pulak, order daripada Pn. Brenda untuk birthday anak lelakinya Jun Kang. Seperti yang saya katakan semalam, Pn. Brenda mengorder 2 kek untuk birthday anaknya, 1 untuk makan kat umah, 1 untuk dibawa ke sekolah. Keknya adalah Oreo Cake! party

Mesti ada yang tanya, tak sama ke dengan kek semalam, semalam kan oreo jugak...haa...ni nak explain sikit...semalam tu Oreo Cheesecake, kali ni Oreo Cake. Bunyi macam sama kan, tapi tak serupa sebenarnya.

Kali ni memang pesta Kek Oreo, dua-dua kek berasaskan Oreo winking Oreo Cake adalah Kek Choc Moist dengan Topping Oreo Buttercream. Lain sikit daripada biasa buttercream yang saya buat kali ni. Buttercream biase yang macam saya buat selalu, bezanya saya campurkan crushed oreo ke dalam buttercream tu. So, jadilah Oreo Buttercream. Taklah pelik mana kan big grin

Kalau semalam dengan edible image Ultraman, untuk Oreo yang kedua ni edible image Transformers pulak. 


Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Pn. Brenda sebab sudi order lagi. Diharap kali ni pun beliau berpuas hati dengan kek saya seperti order yang lepas love struck

Monday, August 24, 2015

No Bake Oreo Cheesecake with Edible Image Ultraman for Brenda


Bulan April 2015 yang lepas Pn. Brenda penah mengorder 2 kek dengan saya iaitu Red Velvet dan Choc Moist Topping Buttercream. Kali ni beliau mengorder 2 kek juga untuk anak lelakinya Jun Kang yang berusia 4 tahun. Seperti order untuk kakaknya hari tu, 2 kek diorder sebab 1 nak makan kat umah, 1 lagi untuk dibawa ke sekolah. Kek untuk dimakan kat umah adalah No Bake Oreo Cheesecake dengan edible image Ultraman. 

Kek untuk dibawa ke sekolah kek apa pulak ye? Tungguuuu.....batting eyelashes

Sunday, August 23, 2015

Rainbow Cake 3 Color (1kg) for Huzaifah


Hari tu Rainbow Cake, kali ni Rainbow Cake lagi. Tapi Rainbow Cake kali ni ada 3 color je - Merah, Biru & Purple sebab Pn. Huzaifah menghendaki kek seberat 1kg sahaja. Rainbow Cake kalau nak 1kg je boleh, tapi memang dapat 3 color jelah sebab kalau buat lebih daripada tu takut layer kek tu nipis sangat.


Terima kasih kepada Pn. Huzaifah sebab sudi order, diharap tak serik lagi untuk order kek yang lain pulak! winking

Tuesday, August 18, 2015

Minnie Mouse Cake - Choc Moist Topping Buttercream for Anim


Inilah dia kek untuk Sarah yang saya katakan semalam! Minnie Mouse Cake! Hari tu kalau anda ingat saya ada buat Mickey Mouse Cake kan. Kali ni pasangannya pulak, Minnie Mouse winking Anak saya Ain yang sebaya dengan anak sedara saya ni pun suka dengan Mickey & Minnie Mouse. Kebetulan sama pulak citarasa diaorang ni, dua-dua pompuan pulak tu, beza 2 bulan je anak saya dan anak adik ipar saya tu.




Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar ni, dalamnya adalah Kek Choc Moist. Kek yang menjadi pilihan ramai untuk birthday kanak-kanak party




Akhir kata, mekasih saya ucapkan kepada adik ipar saya Anim dan tak lupa juga adik lelaki saya Tajul kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjayakan majlis aqiqah dan birthday ini. Semoga semua pihak berpuas hati dengan kek yang saya sediakan happy


Wassalam love struck

Monday, August 17, 2015

Marble Butter Cupcake untuk Doorgift & Makan-makan for Anim


2 hari lepas saya ada kata saya dapat order cupcake yang paling banyak dalam sejarah penglibatan saya dalam bidang baking membaking ni. Haa, inilah dia ordernya! Sebanyak 200pcs Marble Cupcake untuk doorgift. 100pcs saya warnakan biru putih dan lagi 100pcs saya warnakan pink putih. Ini adalah permintaan daripada adik ipar saya sendiri Anim. Doorgift ni semua adalah untuk majlis aqiqah untuk 2 orang anak sedara, sorang laki, sorang pompuan. Tu yang ada 2 color, biru dan pink.







Untuk pengetahuan anda semua, majlis aqiqah ni disekalikan dengan majlis birthday anak sedara juga iaitu anak sulong kepada adik ipar saya tadi, Sarah Ariana namanya berumur 2 tahun. Majlis aqiqah ni pulak untuk adik lelakinya yang baru berumur 2 bulan, Saif Akif. Anak sedara saya Sarah ni memang suka sangat dengan Mickey & Minnie Mouse, sebab tu saya letak kat topping tu sprinkle Mickey Mouse happy


Untuk birthday Sarah takkan takde kek kot...eehh...mestilah ada...saya juga tukang membuatnya, hihi...batting eyelashes Nak tau kek apa untuk birthday Sarah? Tengok entri esok ye, bye! big grin

Saturday, August 15, 2015

Fudgy Brownies & Choc Moist Cake Topping Buttercream with Edible Image Upin Ipin for Mazlina



Order seterusnya adalah daripada Pn. Mazlina pada 9 Ogos untuk Fudgy Brownies dan order pada 10 Ogos untuk Choc Moist Topping Buttercream bertemakan Upin Ipin. 2 jenis kek sekali diordernya. Brownies untuk makan-makan sempena birthday anak-anaknya Mira & Juan, Kek Upin Ipin pulak untuk anak lelakinya Muhammad Farizuan yang berumur 6 tahun dan kek ini dibawa ke tadika untuk sambutan bersama rakan-rakan dan guru.




Terima kasih bebanyak kepada Pn. Mazlina di atas kepercayaan puan kepada saya untuk menyediakan dessert dan kek yang sedap untuk anak-anaknya. Sememangnya budak-budak memang sukakan makanan yang manis-manis, jangan terlebih sudahlah ye, kena kencing manis pulak. Jangan ingat budak-budak takleh kena kencing manis tau! Sekarang ni macam-macam penyakit boleh dapat kat kanak-kanak atau orang dewasa kalau pemakanan tak dijaga dengan baik. Ingatan jugak la untuk diri sendiri sebab sejak pandai buat kek dan dessert ni memang banyak juga saya dan keluarga makan yang manis-manis ni. Yelah, kadang-kadang buat eksperimen, kenalah makan jugak kan...kalau tak makan, tak tau pulak nak nilai macam mana confused


Selepas ini ada projek besar menanti....order cupcake yang paling banyak saya dapat big grin Kita cite kedianlah pasal tu ye. Semestinye di next entrilah....babai dulu wave

Friday, August 14, 2015

Butter Cupcake Topping Buttercream Deko M & M dan Choc Moist Cupcake Topping Choc Ganache for Fiza


Butter Cupcake Topping Buttercream Deko M & M dan Choc Moist Cupcake Topping Choc Ganache ini juga order pada 8 Ogos diorder oleh rakan sekolah saya Fiza yang dah beberapa kali juga mengorder cupcake dengan saya.

Takde apa yang istimewa sangat pada order kali ni sebab sebelum ni pun penah ada order yang sama daripada tuan yang sama.

Terima kasih Fiza sudi order lagi. Saya memang rasa gembira sangat kerana anda sekeluarga menyukai cuppies saya batting eyelashes


Tengok apa pulak kek untuk entri esok....daa....love struck

Thursday, August 13, 2015

Rainbow Cake Topping Buttercream with Edible Image Ultraman for Fiza


Dah lama tak dapat order untuk Rainbow Cake. Dahlah lama tak dapat, dapat pulak kena buat Rainbow Cake bentuk 4 segi sebab inilah pertama kali saya buat Rainbow Cake bentuk 4 segi. Biasenye bentuk bulat sebab biasenye orang mintak bentuk bulat. Kali ni dapat request 4 segi, kita buatlah 4 segi pulak.







Rainbow Cake Topping Buttercream dengan Edible Image Ultraman ini adalah order daripada Pn. Fiza pada 8 Ogos yang lalu, tinggal di Gombak ni jugak berhampiran dengan Giant Batu Caves. So, takdelah kena deliver jauh-jauh. Dalam 10 minit je boleh sampai. 


Terima kasih kepada Pn. Fiza sebab sudi order dan Alhamdulillah kata Pn. Fiza kek sedap dan licin habis! big grin Terima kasih juga kerana sudi share gambar semasa majlis hari lahir anaknya, Danial.


Happy 7th Birthday Danial! party

Wednesday, August 12, 2015

Choc Moist Topping Fresh Cream with Edible Image Zoo Moo for Tina


Lamanye dah tak update blog...tak sempat nak cerita-ceriti kat sini. Sempat update FB dengan IG je. Yelah, FB dengan IG pakai handphone pun boleh. Kalau blog ni kot mana pun selesa pakai pc jugak. Lebih selesa nak menaip winking      



Order ni adalah pada 7 Ogos yang lalu...dah seminggu dah order ni rupenye. Punyelah tak nyempat nak mengupdate. Sibuk sangatlah katakan menyiapkan bermacam-macam order. Start minggu lepas sampailah minggu ni tak berenti lagi oven tu berasap big grin Alhamdulillah, murah rezeki saya bulan 8 ni happy Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan rezeki ini untuk saya sekeluarga.

Walaupun kadang-kadang tu sampai tak tido malam menyiapkan order, tapi itu memang lumrahlah sebagai seorang baker yang bekerja dari rumah. Yelah, kita bukan ada pekerja macam kat kedai-kedai kek tu. Semua kita kena buat. Rumahtangga lagi nak diuruskan. Mujurlah saya ni seorang surirumah sepenuh masa. Kalau tak cukup tido pun masih boleh ganti lagi sekejap di siang hari. Sekejap je tau, bukan berjam-jam macam tido malam tu winking Sebab siang hari saya jadi drebar untuk anak-anak saya. Dalam sehari 7 kali saya keluar masuk umah menghantar dan mengambil anak sekolah. So, jangan ingat surirumah ni goyang kaki je, boleh layan drama kat tv ke kan....kita pun busy jugak macam orang keje kat pejabat tu.

Membebel panjang pulak ye batting eyelashes Sekali-sekala story panjang sikit...hihi...

Berbalik pada order kali ni. Order adalah daripada regular customer saya merangkap rakan saya jugalah yang dah banyak kali dah order kek dengan saya. Terima kasih banyak-banyak ye Tina order dengan aku selama ni. Tapi order kali ni untuknya saya rasa pelik sikit dekonya. Yelah, pertama kali saya kena deko edible image gambar kecik-kecik macam tu atas kek. Dekat sejam jugalah saya menung kat kek tu memikir camnalah aku nak deko ni. Memang kering idea langsung kali ni. Ada ketikanya macam tulah. Tambah pulak saya ni bukanlah orang yang kreatif sangat. Deko saya kebanyakannya simple-simple je. Saya memang tak suka deko yang serabut sangat. Tapi, kalau ada special request daripada customer saya buatlah. Kalau cantik pada dia, tak berapa cantik pada kita pun, asalkan customer suka, kita ikutkan je. Customer always right kan big grin


Oklah, sekian saje bebelan untuk kali ni. Kita membebel esok dengan entri kek yang lain pulak. 

Jangan lupe esok dan hari-hari seterusnya cool Ada beberapa lagi kek yang menunggu untuk dipostingkan kat sini.


Adios! wave

Monday, August 3, 2015

Kek Bola - Choc Moist Topping Buttercream for Ainur


Semalam kan saya kata ada dapat 2 kek istimewa untuk birthday. Semalam Kek Mickey Mouse, hari ni kita tengok kek yang kedua iaitu Kek Bola! Dalamnya pun kek Choc Moist Topping Buttercream.

Diorder oleh Pn. Ainur untuk birthday anaknya yang berumur 2 tahun. Katanya anaknya suka betul dengan bola. Sebab tulah agaknya beliau request kek bentuk bola macam ni.


Happy 2nd Birthday Nadzmi! partyHarap seronok dapat bola yang kali ni bukan untuk ditendang, tapi untuk dimakan big grin

Sunday, August 2, 2015

Kek Mickey Mouse - Choc Moist Topping Buttercream for Ziela


Selepas 2 order selepas raya yang lalu iaitu Brownie & Kek Span Coklat, saya dapat 2 lagi order yang istimewa untuk hari ni. Mula-mula kita tengok Kek Mickey Mouse! Seronok betul dapat job macam ni, maklumlah, first time dapat buat kek bentuk Mickey Mouse big grin

Kek ni diorder oleh customer baru saya, Pn. Ziela yang beliau ambik sendiri kek ni di Gombak. Kek dalamnya adalah Choc Moist Topping Buttercream. Kek ni diorder untuk anaknya Muhammad Umar yang berumur setahun.

Diharap Pn. Ziela berpuas hati dengan deko seperti yang diminta dan yang paling penting Muhammad Umar seronok dapat kek karektor kegemarannya! 

Happy 1st Birthday Muhammad Umar! Enjoy your cake! party
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...