Followers

Friday, October 18, 2013

Red Velvet untuk Adikku Rashdan

Sempena birthday adik saya yang ketiga iaitu Rashdan, saya buatkan Red Velvet Cake ini untuknya. Dia ni memang penggemar cheese tak kiralah kek itu sendiri maupun topping cream cheese. Birthday cake ini saya memintanya untuk membawanya ke ofis untuk dishare bersama-sama rakan ofisnya. Kira kek promosi jugaklah ni, hehe..http://eemoticons.net




Tak taulah saya berapa ramai staf yang ada di ofisnya, tapi inilah saje ketebalan setiap slice yang boleh dimakan setiap sorang. Tak kisahlah kan, asalkan semua orang dapat merasa http://eemoticons.net

Semoga adik saya dan rakan-rakannya enjoy the cake! http://eemoticons.net 

Monday, October 14, 2013

Choc Buttermilk with Fresh Cream

Oleh kerana biz kek saya ni masih lagi setahun jagung, maka saya perlu memperbanyakkan promosi supaya orang tau saya ada menjual kek dan merasa kek saya terlebih dahulu. Jadinya, semenjak dua menjak ni akan banyaklah kek promosi yang saya akan buat untuk mereka yang saya kenal merasa kek saya. Moga-moga berkat saya bersedekah dengan cara begini, adalah orang yang sudi mengorder dengan saya, In Shaa Allah...http://eemoticons.net





Choc Buttermilk with Fresh Cream ni saya buatkan untuk ibu saudara saya yang bekerja di Petronas, KLCC. Ada majlis makan-makan di ofisnya. Jadi, saya buatkanlah kek ini untuknya. Asalnya memang saya nak bagi free je, bagi semua kawan-kawan ofisnya merasa dulu. Mana tau, kot ada yang bekenan dengan kek saya, bolehla order pulak lepas ni. Tapi, dengan baik hatinya ibu saudara saya kata takpelah dia bayar sebab dia janji nak share bayar dengan rakannya. Saya kata, oklah kalau macam tu, tapi awal-awal saya katakan padanya jangan expect kek saya cantik gile macam kat kedai bakeri tu. Dia kata oklah, dia paham, hehe...http://eemoticons.net






Sebelum dibedakkan dan dicantikkan, inilah rupa kek choc ni sebelum dipakaikan "baju" sepenuhnya, hehe http://eemoticons.net





Bila buat kek besar ni, saya paling teruja nak tengok macam manalah rupa dalamnya bila dah dipotong. Saya minta jasa baik ibu saudara saya untuk snap gambar kek saya selepas dipotong. Jadi, inilah rupanya selepas dipotong...






Alhamdulillah, respon yang menggalakkan yang saya dapat dari rakan-rakanya sekerjanya. Kata mereka, kalau kek ni dapat buat lagi moist lebih baiklah. Akan diusahakanlah untuk memperbaiki resepi kek choc ni, In Shaa Allah...

Walaupun begitu, saya masih boleh menarik nafas lega kerana sekurang-kurangnya kek saya boleh diterima oleh kebanyakan orang http://eemoticons.net

Yang paling menarik, bos tempat ibu saudara saya bekerja tu ada request untuk kek durian...hmmm....mesti nak kena cuba buat ni http://eemoticons.net

Adios! http://eemoticons.net

Friday, October 11, 2013

New York Cheesecake


Kalau hari tu saya buat New York Cheesecake dalam bentuk cupcake, sekarang dalam bentuk kek sebiji pulak. Resepi yang sama saya gunakan, cuma version kek besar pulak. Ini adalah percubaan pertama membuat baked cheesecake dengan biskut digestive ni. Alhamdulillah menjadi pulak. Kek ni saya buat khas untuk adik ketiga saya sebagai upah mengajar saya Adobe Illustrator, hehe..dah lama dia request cheesecake, tapi saya tak buat-buat jugak. Akhirnya, dapat juga dia merasa cheesecake yang saya buatkan untuknya. Sedap katanya, macam yang jual kat kedai, hahaha http://eemoticons.net Puas hati saya bila 1st time kek yang saya buat menjadi http://eemoticons.net

Kecur air liur saya tengok gambar ni, hahaha http://eemoticons.net Lain kali bolehla buat lagi! http://eemoticons.net

Thursday, October 10, 2013

Choc Sour Cream Cupcake with Choc Ganache


Kek kegemaran saya adalah kek yang saya letak sour cream di dalamnya. Cupcake di atas saya buat istimewa untuk penyewa pertama homestay saya di Banjaria Court, Batu Caves iaitu Pn. Faezah. Nak tau details tentang homestay saya, boleh refer blog/fb page saya di sebelah kanan blog ini.

Kenapa beria-ia sangat saya buatkan cupcake ini untuknya? Pertama, dia adalah penyewa pertama saya yang kebetulannya tinggal di Banjaria Court itu juga. Dia menyewa homestay untuk saudara-maranya yang datang dari Johor untuk majlis pertunangan adiknya di KL. Disebabkan rumahnya dah pack sangat dengan sanak-saudara yang datang, maka homestay saya menjadi pilihan untuk ditempatkan saudara-maranya itu.

Mana tau kot ada rezeki saya beliau suka dengan rasa choc cupcake saya ni, mungkin adalah order daripada beliau untuk masa akan datang...sape tau kan..http://eemoticons.net 

Tuesday, October 8, 2013

Baked Cheese Cupcake

Akhir-akhir ni sibuk mencuba pelbagai jenis kek yang tak pernah saya buat sebelum ini. Disebabkan kesibukan tersebut, maka banyak entri yang tertangguh. Kali ini saya persembahkan kepada anda Baked Cheese Cupcake. Jarang-jarang orang buat baked cheesecake dalam cupcake kan? Saya mendapat idea ni dari joyofbaking.com . Nak resepinya search "Individual Cheesecake" dalam website tersebut. Tapi saya tak menggunakan resepi dalam website tu, resepinya saya ambil dari website yang lain sebab lagi bekenan dengan resepi tu berbanding yang ada di joyofbaking tu. Resepi asal adalah New York Cheesecake, sepatutnya resepi kek sebiji, saya tukar jadi version cupcake. Memang sedap! Anda mesti cuba membuatnya. Kalau tak nak buat, saya tolong buatkan pun boleh, hehe http://eemoticons.net  Boleh order dengan saya dengan harga yang cukup istimewa http://eemoticons.net


Cheesecake yang begitu menyelerakan...nyam, nyam!
 
 
 
 
Ini pula keratan rentas cheese cupcake ni...Nampak sedap tak? http://eemoticons.net Kepada penggemar-penggemar cheesecake mesti tak tolak punyelah http://eemoticons.net

Kalau teringin nak rasa, orderlah, jangan tak order! http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...