Followers

Friday, December 28, 2012

Butter Cupcake with Choc Ganache

Dah lama tak buat butter cupcake. Saje-saje buat ni sebab nak abiskan stok choc ganache. Banyak pulak leftover choc ganache kali ni. Malas nak simpan-simpan, nanti ntah bila nak habiskan. Tengah rajin ni baik buat le





Sekali-sekala buatla butter cupcake dengan topping choc ganache. Asyik kek coklat je, boring jugak. Sedap jugak kek butter topping ngan choc ganache. Nak tau sedap ke tak, cubalah sendiri. Ataupun nak lebih mudah, order je dengan tuan punye blog, hehe...  Agak pelik deco choc ganache tu kan..guna nozzle bulat #807, tu yang nampak pelik. Saje je guna nozzle ni, asyik nozzle bunga-bunga je, sekali-sekala guna design simple, tukar selera Tapi kot mana pun design bunga-bunga lagi cantik. Untuk makan-makan sendiri bolehla buat design simple gini. Ke ada yang minat design macam ni ye? Ntahlah, masing-masing punya citarasa tak sama kan..

Jumpa lagi di next entry!

Wednesday, December 12, 2012

Choc Buttermilk & Red Velvet Untuk Adikku, Raihan

Entri kali ni tak jauh beza dengan entri yang lepas, kek yang sama iaitu Choc Buttermilk & Red Velvet Cupcake untuk adik saya, Raihan yang belajar di Sepang. Yang ini untuk kawan-kawannya merasa. Bahagian dia tak payahlah nak berbekas-bekas macam ni kan . Saje-saje buat sebab ada lebihan cream cheese dan choc ganache daripada order yang lepas. Tengah bersemangat nak buat ni baiklah buat, lagipun, cream cheese takleh simpan lama, cepat expired. Daripada membazir buang je cream cheese tu, baik la kita habiskan. Hajat nak bagi kawan-kawan adik merasa kek saya ni dah lama, cuma asyik bertangguh je disebabkan faktor kemalasan dan tidak bersemangat jugak . Ha, buat kek ni nak kena jugak dengan timingnye, kang tak jadi, membazir pulak, tak gitu...

Diharapnye member-member adik saya tu sukalah dengan kek saya  Chow!

Saturday, December 1, 2012

Choc Buttermilk & Red Velvet Cupcake for Najjah

Setelah sekian lama takde order, barulah sekarang ada order, itupun daripada seorang kawan yang penah order sebelum ni iaitu Najjah. Kali ni order 2 jenis cupcake iaitu Choc Buttermilk & Red Velvet Cupcake. Choc Buttermilk dia dah penah order sebelum ni. Ini sebenarnya order bidan terjun sebab last minute order. Kebetulan dia ada meeting di Genting masa tu, saya pulak baru balik dari Kuala Kangsar pada hari ahad, 18/11/12, masa tu dia sms, nak cupcake pada hari selasa, 20/11/12. Nasib baik ada 1 hari terluang iaitu pada hari Isnin untuk saya buat. Kalau tak, kelam-kabut jugak




25pcs Red Velvet Cupcake





25pcs Choc Buttermilk Cupcake





Itu jelah entri yang serba ringkas untuk kali ini, chow! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...