Followers

Wednesday, December 24, 2014

Choc Moist Cake Topping Choc Ganache for Ilyana


Order daripada rakan sekolah saya Ilyana, Choc Moist Topping Choc Ganache untuk makan-makan sekeluarga. Kalau ikutkan beliau, beliau cakap tak payah deko-deko bagai, tapi saya sebagai baker mestilah nak mendeko jugak, dapat simple-simple pun jadilah...

Sebelum ni beliau dah penah pun order Choc Moist dengan saya tapi toppingnye cream cheese dengan deko edible image Frozen untuk kek birthday anak saudaranya.

Selamat menikmati kek choc yang nyam-nyam ni ye!

Tuesday, December 23, 2014

Choc Moist Cupcake Topping Choc Ganache for Fiza


Dah lama kawan saya Fiza tak order kek dengan saya...kali ni beliau order kek yang sama iaitu Choc Cupcake Topping Choc Ganache sebanyak 100pcs. 25pcs untuk makan-makan bersama keluarga, lagi 75pcs untuk dibawa makan-makan ke ofisnya.




Thanx Fiza for the feedback!  

Monday, December 22, 2014

Kek Cheese Meleleh Vanilla for Sabrina


Jumaat lepas saya mendapat order yang tersangatlah last minitnye! Awal-awal pagi lagi saya sudah mendapat what's app dari customer saya yang bernama Sabrina. Pertama kali order dengan saya, beliau mengorder Kek Cheese Meleleh Vanilla istimewa untuk adik tersayang yang saya deliver ke Wangsa Maju.

Inilah order paling last minit yang penah saya dapat. Order pagi, petang dalam pukul 3 hari yang sama saya dah pegi deliver. Nasib baik cuti sekolah...takdelah saya kelam-kabut sangat menyiapkan order. Kalau hari sekolah mungkin susah sikit nak ambik order last minit macam tu. Alhamdulillah, rezeki di musim cuti sekolah ini  


Diharap adik Cik Sabrina, Aiman gembira dengan surprise yang diberikan oleh kakaknya untuk hari lahirnya. Happy Birthday to Aiman, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, In Shaa Allah.

Wednesday, December 17, 2014

Red Velvet Cake with Edible Image Frozen for Aida


Inilah dia lagi 1 kek yang diorder oleh rakan saya yang saya perkatakan pada entri semalam iaitu Red Velvet dengan edible image Frozen. Agaknye demam Frozen ni takkan habis sampai bila-bila kot...haha..sungguh terkesan di hati semua orang karektor Frozen ni




Untuk pengetahuan anda semua, inilah order Red Velvet yang kedua yang saya dapat untuk whole cake. Sebelum ni banyak dapat untuk cupcake je. Dan yang paling istimewa, ada figurine Olaf pulak kat tepi kek. Ini adalah permintaan daripada Aida sendiri. Ada ke rupe Olaf?! Haha...jadilah kan untuk kali pertama membuat figurine. Figurine ni lagi kecik, lagi susah sebenarnya. Kena banyak improve lagi tu skill membuat figurine Harap Aida puas hatilah dengan figurine saya yang tak seberapa tu. Mintak maaf bebanyak di atas segala kekurangan...


Apa-apa pun terima kasih sekali lagi kepada rakan saya Aida yang sudi order 2 kek sekaligus untuk pertama kali dan semoga ada lagi order yang mendatang!

Tuesday, December 16, 2014

Choc Moist Cake Topping Buttercream with Edible Image B-Daman for Aida


Untuk pertama kalinya saya mendapat order untuk edible image kartun B-Daman. Saya sebenarnya tak familiar sangat dengan kartun ni. Mungkin ramai juga yang meminatinya dan saya pernah mendengar tentangnya pun sebab anak-anak saya ada dok sebut-sebut jugaklah pasal B-Daman ni. Kiranya diaorang minat jugaklah.

Order ni adalah daripada rakan sekolah menengah saya dulu, Aida. Birthday cake ni adalah untuk 2 orang sekali, 1 untuk anaknya, 1 untuk anak saudaranya yang kebetulan yang lahir pada bulan yang sama.




Terima kasih kepada Aida sebab sudi order. Dah lama betul kita tak jumpa. Masa delivery hari tu takde kesempatan nak jumpa. Takpelah, mungkin lain kalilah pulak ye


Aida ada mengorder 1 lagi kek untuk hari yang sama...yang tu untuk birthday anak perempuannya. Nak tau kek apa? Tunggu entri esok ye....daa...

Wednesday, December 10, 2014

Pandan Sponge Cake Topping Buttercream for Yanie


Order seterusnya selepas order dari kejauhan iaitu Kuala Kangsar, order kali ni dekat je iaitu dari Jalan Genting Kelang, Setapak. Order dari Cik Yanie iaitu Kek Span Pandan Topping Buttercream khas untuk kakak tersayang sempena hari lahir dan hari ulangtahun perkahwinan juga.



Terima kasih kepada Cik Yanie kerana sudi order dan terima kasih juga di atas feedback yang diberikan :) 

Tuesday, December 9, 2014

Choc Moist Cupcake Topping Buttercream for Rina


Dalam banyak-banyak order yang saya dapat, order nilah yang paling special yang penah saya dapat. Nak tau kenapa? Sebab inilah order yang paling jauh yang penah saya dapat iaitu daripada Kuala Kangsar, Perak...Amboi, amboi...tak cukup ambik order jauh-jauh dari Shah Alamlah, Kinraralah, Bangilah, Kuala Kangsar pun deliver jugak ke?! B-) 

Hahaha!!! Ish, takdelah nak hantar sampai Kuala Kangsar, hilang akal ke nak hantar sampai ke sana dari Gombak ni...kalau sambil-sambil balik kampung, lainlah kan...ini purposely untuk hantar kek, tak mungkinlah, hihi...;)



Order ni adalah daripada Cik Rina yang tengah study di Kuala Kangsar. Beliau mendapat contact saya dari blog nilah. Mungkin memang kami ni ada jodoh, secara kebetulan kek yang diorder ini adalah untuk buah hati kesayangannya yang tinggal 5 minit je dari rumah saya. Order ini juga ada ceritanya sendiri dan memang penuh dengan drama sebelum sampai ke tangan tuan yang sepatutnya menerima cuppies yang istimewa ini. Apa yang drama sangat tu? Drama tu biarlah menjadi rahsia antara saya dan Cik Rina sebab kalau nak cerita pun panjang sangat. Yang penting, hajat Cik Rina untuk memberi hadiah istimewa untuk buah hati tersayang dah pun terlaksana.


Diharap Ustaz Hanif berpuas hati dengan rasa kek saya dan terima kasih banyak-banyak kepada Cik Rina kerana sudi order dari kejauhan sana :x

Tuesday, December 2, 2014

Kek Batik Cheese Biskut Marie for Azura & Mariam



Order pertama untuk bulan Disember 2014 adalah Kek Batik Cheese Biskut Marie untuk Pn. Azura & Pn. Mariam. Setiap order untuk Kek Batik Cheese ni memang akan dipek dalam 2 bekas platik 4 segi bersaiz 8 inci.




Alkisahnya, Pn. Mariam terjumpa blog saya dan memberitahu rakannya Pn. Azura tentang Kek Batik Cheese ni. Maka, Pn. Azura terbekenanlah juga dengan kek batik ni, maka beliau pun orderlah juga. Kebetulan dipek dalam 2 bekas berasingan, jadinya, dapatlah sebekas sorang. Oleh kerana untuk 2 orang, maka 2 tempat jugalah saya kena deliver. Tapi takpe, tak jauh pun dari rumah saya. Pn. Azura di AU3 Keramat, Pn. Mariam di Danau Kota.

Akan dideliver malam ini dan diharap mereka berpuas hati dengan Kek Batik Cheese saya! B-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...