Followers

Thursday, December 24, 2015

Cake Balls


Cake Balls ataupun ada yang memanggilnya Cake Pop adalah kek yang telah dihancurkan dan diubah semula menjadi bentuk bulat. Beza Cake Balls dan Cake Pop adalah Cake Pop diletakkan batang plastik macam lolipop tu. So, jadilah Cake Pop. Cake Balls ni kita cuma letakkan macam tu je atas tray. Kalau anda nak buat kek ni, anda boleh gunakan apa-apa kek yang anda suka. Kalau takde resepi sendiri, beli je cake premix yang dalam kotak tu, cuma tambah minyak dan telur sahaja. Kalau malas sangat nak buat, beli je kek yang dah siap dari mana-mana supermarket atau mana-mana kedai kek. Selain tu, tujuan cake balls ni dibuat adalah jika terdapat lebihan cake crumbs yang banyak atau kek yang tak berapa jadi, bolehla anda modified jadi cake balls ni. So, tiadalah pembaziran cake crumbs dan kek anda yang tak berapa jadi tu bolehla diselamatkan daripada ditongsampahkan winking

Nak tau macam mana nak buat Cake Balls ni....jom tengok cara-caranya kat bawah ni :

1) Hancurkan kek anda sehingga bederai dan campurkan dengan buttercream atau marjerin/mentega yang telah dicairkan secukupnya. Kalau gunakan buttercream jangan cairkan pulak buttercream tu, terus campurkan ke dalam kek yang telah dihancurkan tadi. Kacau sehingga sebati. Tujuan diletakkan buttercream/marjerin/mentega adalah untuk memudahkan kek yang hancur tadi dibulat-bulatkan. Jika sudah ada cake crumbs tak perlulah dihancurkan lagi.

2) Sesudah dikacau sebati, bulat-bulatkan kek yang telah dihancurkan tadi, susun di atas tray, setelah siap, sejukkan ke dalam freezer selama 15 minit.

3) Sementara tunggu cake balls anda sejuk dan keras sedikit, cairkan coklat kesukaan anda.

4) Setelah kek anda disejukkan selama 15 minit, keluarkan dari freezer dan celupkan cake balls anda tadi ke dalam coklat yang telah dicairkan.

5) Setelah semua cake balls habis dicelup, hiaskan mengikut citarasa anda dan sejukkan selama 10 minit ke dalam peti sejuk bahagian bawah, tak perlu dalam freezer dah.

6) Step terakhir, dah sejuk tu apa lagi, ngaplah! Haha! big grin




Selamat mencuba! thumbs up

Wednesday, December 23, 2015

Anniversary Brownies with Choc Ganache for Hani


Order terakhir untuk Sabtu lepas adalah Brownies deko Choc Ganache daripada regular customer saya Pn. Hani. Hari tu beliau mengorder Kek Hantaran Kahwin, kali ni untuk meraikan ulangtahun perkahwinannya sendiri pula. 

Happy Anniversary yang ke-12 untuk Pn. Hani. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal sehingga ke akhir hayat love struck

Tuesday, December 22, 2015

Choc Moist Topping Buttercream with Edible Image Baymax Big Hero 6 for Shira


Sepertimana yang saya katakan semalam, kek kedua yang diorder oleh Pn. Shira ialah Baymax Cake seberat 3kg! Besar tau kek ni, saiznya 12.5" x 10.5". Memang sesuailah kalau ada jemputan yang ramai. Alhamdulillah, kata Pn. Shira, kek memang cukup untuk semua tetamu yang hadir. Majlis birthday ni sebenarnya untuk sambutan birthday anaknya, Lily Yasmin yang baru berumur 2 tahun. Kek birthday Red Velvet tu adalah sebagai tambahan dan saje-sajelah sambut sekali dengan anak perempuan kesayanganya.





Terima kasih kepada Pn. Shira sudi order 2 kek sekali serta
sudi share gambar dan bagi feedback juga! batting eyelashes

Monday, December 21, 2015

Red Velvet Heart Shape for Shira


Kek kedua yang saya hantar sabtu lepas adalah Red Velvet bentuk love untuk Pn. Shira. Pn. Shira sebenarnya mengorder 2 biji kek. 

Red Velvet ni saya hantar ke Setiawangsa dan kek ni adalah untuk birthday suaminya. 

Nak tau kek apa yang Pn. Shira order lagi satu? Tengok entri esoklah pulak ye winking

Sunday, December 20, 2015

Rainbow Cake with Crown for Suzana


Assalamualaikum dan hari ni saya bersiaran semula dengan Rainbow Cake dengan crown di atasnya. Crown tu semestinyelah special request daripada customer baru saya, Pn. Suzana. Ini adalah order semalam dan sebenarnya semalam saya ada 4 kek untuk dihantar kepada customer. Memang penat gile juga minggu ni menyiapkan keempat-empat kek ni. Alhamdulillah, walaupun penat, itulah sumber rezeki saya dan memang seronok buat kek ni big grin Bukan sekadar dapat mengembirakan orang lain malah mengembirakan hati sendiri juga love struck


Esok kita usha kek lain pulak ye, babai! wave

Sunday, December 13, 2015

Kek Hantaran Kahwin - Butter Cake Topping Buttercream for Hani


Pada 11 Disember 2015 baru ni bersamaan dengan Hari Keputeraan Sultan Selangor dapatlah lagi 1 order daripada regular customer saya Pn. Hani yang tinggal di Kinrara mengorder kek hantaran bertemakan warna turqoise. Memang best dapat job buat bunga-bunga ni, pulak first time buat bunga Chrysanthemum, bunga yang orang buat teh tulah. Taklah jadi sangat, maklumlah first time winking Tapi takpe, biaselah percubaan pertama, takkan nak terus jadi macam orang pro buat kan...




Terima kasih kepada Pn. Hani sudi order lagi! love struck

Saturday, December 12, 2015

Brownies Choc Chip for Kavita


Brownies Choc Chip order untuk 2 hari yang lalu daripada Kavita, rakan sekolah saya dulu. Dah banyak kali beliau order Brownies dan Dark Choc Chip Cookies saya tapi tak penah pun jumpe. Maklumlah, beliau bukanlah duduk di area Gombak ni, tapi nun jauh di Semenyih sana. Biasenye kalau beliau mengorder, saya akan hantar ke rumah ibunya di Taman Koperasi Polis ni je dan husbandnye yang keje di KLCC akan tolong ambik dan bawa pulang ke rumahnya di Semenyih.

Kebetulan kali ni dapat jumpa juga dengan tuan punya badan akhirnya sebab pulang bercuti sempena cuti sekolah ni. Memang seronok la dapat jumpa kawan lama yang mungkin hampir 20 taun dah agaknye tak jumpa happy


Terima kasih Kavita sudi order dan lagi, dan lagi, dan lagi....dancing

Friday, December 11, 2015

Birthday Red Velvet Cake for Noni


Lagi satu Red Velvet order untuk 2 hari lepas. Kalau semalam kek ulangtahun perkahwinan, kali ni kek birthday pulak untuk Pn. Noni.

Terima kasih kepada Pn. Noni sudi order untuk kali pertama dengan saya. Diharap beliau sukalah dengan rasa Red Velvet saya! batting eyelashes

Thursday, December 10, 2015

Anniversary Red Velvet for Anim


Semalam ada 2 order untuk Red Velvet. Order pertama adalah daripada adik ipar saya, Anim mengorder Anniversary Red Velvet Cake ni untuk ulangtahun perkahwinan ayah dan mamanya. Kek ni memang surprise untuk diaorang. Diaorang memang tak tahu menahu pun pasal kek ni. 

Mekasih Anim sudi order! big grin

Sunday, December 6, 2015

Red Velvet with Edible Image Star Wars for Aida


Hari ni 6 Disember 2015, dah sampai ke penghujung tahun rupenye...betapa pantas masa berlalu. Order pertama untuk bulan terakhir 2015 ni adalah order daripada rakan sekolah saya Aida yang dah banyak kali order kek dengan saya. Terima kasih kerana menyokong saya selama ni.

Dah lama juga takde kek edible image, bila dah dapat, dapat pulak tema yang belum penah buat sebelum ni. Tema kali ni adalah Star Wars. Red Velvet untuk birthday anak lelakinya yang dah tentu minat Star Wars.

Terima kasih lagi sekali kepada Aida tak jemu-jemu mengorder! peace sign

Wednesday, December 2, 2015

Choc Sponge Cake Topping Buttercream Bentuk Love for Naim


Last order untuk Khamis lepas adalah Choc Sponge Cake Topping Buttercream bentuk love. Kek ni diorder oleh anak jiran saya yang bernama Naim. Naim mengorder kek ni bagi pihak rakannya.

Diharap rakan Naim berpuas hatilah dengan kek ni ye! 

Maka dengan itu, tamatlah semua order untuk Khamis minggu lepas dan juga order yang terakhir untuk bulan November. Kita tunggu order untuk bulan Disemberlah pulak ye.

Wassalam & Sayonara! wave

Tuesday, December 1, 2015

Kek Hantaran Fondant & Figurine - Butter Cake Topping Buttercream for Zhatul


Kek kali ni memang lain daripada biasa sebab inilah pertama kalinya dapat job kek hantaran fondant dan figurine. Job macam ni pun memang dah lamaaaa sangat saya tunggu. Akhirnya dapat jugak saya merasa buat kek yang macam ni. Alhamdulillah, dapat menyiapkan kek ni dengan jayanya! big grin





Figurine saya taklah nampak hebat macam orang lain punye, tapi sekurang-kurangnya dapatlah juga pengalaman membuatnya, itu yang paling penting. So, lepas ni kalau ada job macam ni akan datang, adalah confident sikit kan...


Terima kasih kepada Pn. Zhatul yang mengorder Butter Cake Topping Buttercream ni serta memberi ruang, peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan kek hantaran di atas.


Last order esok...tungguuuu.... batting eyelashes

Monday, November 30, 2015

Brownies Plain & Brownies Choc Ganache for Fiza


Semalam kek bunga dan blueberry cheesecake. Dah ada balik brownies, jangan marah aaa...haha...big grin Selingan sebelum order kek yang seterusnya batting eyelashes

Order brownies kali ni daripada rakan saya Fiza yang dah biase order kek dengan saya. Beliau mengorder brownies ni untuk majlis doa selamat kakaknya.

Next cake....esok pulak ye! big grin

Sunday, November 29, 2015

Choc Moist Topping Buttercream Deko Bunga & No Bake Blueberry Cheesecake for Halimah


Minggu ni minggu yang amat busy dengan kek. Kalau awal-awal bulan hari tu banyak mengookies dan membrownies, kali ni kita sibuk semula dengan mengekek. Ada 4 biji kek dan 3 brownies yang saya buat pada minggu ni dan semuanya dideliver pada hari Khamis yang lepas. Memang penat gilelah, sampai tak tido dibuatnye winking Tapi takpe, kali ni walaupun agak penat, rasa berbaloi-baloi sebab dapat job yang tak penah saya dapat sebelum ni.




Kek Choc Moist Topping Buttercream deko bunga-bunga memang dah lama saya tunggu nak buat. Adalah dah hari tu buat bunga-bunga untuk kek hantaran, tapi bunganya sikit je. Kali ni dapat penuh atas kek! Memang best! Walaupun agak terkial-kial juga nak siapkan bunga sebanyak tu, maklumlah, kita bukannya pakar sangat bab bunga ni tongue Tapi, Alhamdulilllah, dapat juga siapkan dengan jayanya.




Selain kek bunga-bunga, ada lagi 1 kek yang diorder oleh Cik Halimah iaitu 
No Bake Blueberry Cheesecake. 




Terima kasih kepada Cik Halimah sudi bagi feedback! big grin

Monday, November 23, 2015

Brownies with Choc Chip & Dark Choc Chip Cookies for Kavita





Semalam entri pasal kek, hari ni dah balik brownies dan cookies....semalam tu selingan je, hihi...sementara tunggu order kek yang sebenar-benarnya, haha...batting eyelashes


Order daripada rakan saya Kavita lagi. Cookies untuk officematenye yang mengidam nak makan cookies sedap, maklumlah, tengah pregnant, memang biase ngidam nak makan yang sedap-sedap kan....brownies pulak untuk sambutan birthday anak sedarenye.

Mekasih Kavita sudi order lagi! big grin

Sunday, November 22, 2015

Rainbow Cake 3 Color with Fresh Cream


Rindu nak tengok kek? Adalah kek rainbow 3 kaler ni, saje-saje buat untuk makan-makan famili. Kalau saje-saje buat camni, biaselah, misi ngabihkan topping, hihi winking

Apa-apa pun dah selamat dirembat oleh kami sekeluarga, dalam masa 2 hari je dah abis! Haha...satu famili semua suka makan kek sekarang ni, tu yang cepaaaatttt je abis! big grin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...