Followers

Saturday, June 28, 2014

Butter Cake Topping Buttercream for Saidatul



Entri yang lepas saya ada menceritakan yang saya ada dapat 2 order dari seorang guru dari SK Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam. So, inilah kek yang lagi satu yang diorder oleh beliau iaitu Butter Cake topping buttercream dengan hiasan menggunakan sedikit fondant. Kek ni bersaiz 10" sebab yang ni untuk anak-anak muridnya yang menyambut birthday dari bulan Januari sehinggalah Jun 2014. Bagus betul cikgu ni ye, moga-moga dimurahkan rezeki sebab rajin menjamu anak-anak murinya http://eemoticons.net 





Kali ni mood blur saya tu datang lagi. Maka, nak dapatkan idea nak deko kek ni punyalah seksa. Tulah, time takde idea tu memang jenuh perah otak. Sehari suntuk memikirkan sampai ke malam camnalah nak deko kek ni kan...tapi akhirnya saya berjaya juga dapat idea dan takde cite banyak terus buat jelah sebelum mata semakin mengantuk. Maklumlah, saya selalu buat keje-keje kek ni malam-malam sebab malamlah waktu paling aman nak buat keje, budak-budak tak kacau, semuanya tido nyenyak walaupun mixer saya buat bising, hihi...http://eemoticons.net



Pikir punye pikir maka jadilah designnye gini http://eemoticons.net









Beberapa gambar yang sempat disnap oleh Pn. Saidatul. Terima kasih sebab sudi share semua gambar-gambar ni dengan saya. Meriahnya birthday party beramai-ramai macam ni! Seronok tengok kek sendiri dihidangkan meriahnya dengan hidangan yang lain juga http://eemoticons.net





Kepada sesiapa yang nak order Butter Cake dengan saya, sudi-sudikanlah. Sape kata Butter Cake tak sedap....Butter Cake pun tak kurang sedapnya jika dibandingkan dengan kek-kek yang lain. Lemak-lemak manis gitu sebab saya hanya menggunakan pure butter untuk semua kek-kek saya kecuali kek spanlah. Kek span tak pakai butter ye http://eemoticons.net



Oklah, saya rasa inilah entri terakhir sebelum kita semua berpuasa esok. Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada semua yang akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Tak taulah ada ke orang nak order kek puasa-puasa ni ye. Just wait and see...

Wassalam....http://eemoticons.net

Friday, June 27, 2014

Choc Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Barbie for Saidatul


Pada entri yang lepas saya mendapat order dari Pn. Sheena dan kek yang beliau order telah dinikmati bukan sahaja oleh murid-murid prasekolah SK Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam malahan guru-gurunya juga. Maka dapatlah saya bukan setakat 1, malahan 2 order sekali dari salah seorang guru yang berkenan dengan rasa kek saya. Beliau adalah Pn. Saidatul, telah mengorder Choc Sponge Cake dengan edible image Barbie untuk anak perempuannya. Order ni adalah untuk semalam iaitu sempena Hari Lahir anaknya, Adriana.




Hanya ini sahaja gambar yang saya dapat ehsan dari Pn. Saidatul untuk dijadikan tatapan anda semua. Ada juga saya minta gambar kek yang dah dipotong, tapi tak sempat katanya nak snap sebab cepat sangat habis. Takpelah, saya tak kisah sangat pun pasal tu, yang penting semua orang gembira menikmati kek saya http://eemoticons.net 




Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pn. Saidatul kerana menyukai rasa kek saya dan nak tengok kek apa yang lagi satu tu...tungguuuuu.....http://eemoticons.net

Thursday, June 26, 2014

Choc Cake Topping Buttercream with Edible Image Hello Kitty for Sheena


Order ketiga untuk bulan Jun'14 datang dari customer baru jugak iaitu Pn. Sheena yang dapat contact saya dari mudah.my. Order yang dah biasa saya dapat iaitu Choc Cake dengan topping buttercream. Kali ni dengan edible image Hello Kitty. Kek ni dihantar jauh ke SK Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam. Anak perempuan Pn. Sheena ni memang minat betul dengan Hello Kitty. 

Saiz kek ni adalah 10" dengan ketinggian 5". Tinggi kan...dah macam Rainbow Cake pulak. First time buat kek bulat 10" dan tak sangka dengan 2 adunan kek coklat untuk menghasilkan kek 10" menghasilkan kek yang agak tinggi. 





Alhamdulillah, Pn. Sheena sekeluarga suka dengan kek coklat saya. Cuma dari segi deko beliau ada komen sikit yang keliling kek nampak agak kosong. Saya pun tak taulah kenapa hari saya mendeko keknya tu saya jadi blur semacam, tak tau nak deko macam mana. So, untuk tidak menspoilkan lagi kek tu, langkah paling selamat ialah membiarkan kek tu kosong je. Setelah dihandover saya memang dah dapat agak mesti saya akan dapat komen macam tu. Tapi takpe, pengajaran untuk diri saya jangan dok blur sangat dan berani sikit dalam hias-menghias kek ni. Tak cuba, tak tau kan...http://eemoticons.net

Sunday, June 22, 2014

Choc Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Haslin



Selepas Spiderman, Frozen pula menjadi pilihan customer seterusnya iaitu daripada rakan sekolah rendah saya Haslin yang pernah order Rainbow Cake dengan saya sebelum ni. Kali ni beliau mengorder Choc Cake topping buttercream untuk hari lahir anak perempuannya Qaseh Khadeeja yang berumur 5 tahun.





Kek ni bersaiz 15" berbentuk segi empat dan ini adalah kek terbesar yang pernah saya buat. Memang jenuh juga nak menyiapkan kek ni dan bukan mudah sebenarnya nak mendeko kek berbentuk segi empat tapi Alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga menyiapkannya.





Semoga rakan saya berpuas hati dengan rasa kek coklat saya dan Selamat Hari Lahir yang ke-5 saya ucapkan kepada Qaseh Khadeeja dan semoga anak perempuannya gembira dengan watak kartun Frozen yang menjadi pilihannya http://eemoticons.net

Friday, June 13, 2014

Spiderman Cake - Choc Cake with Buttercream for Gee


Di kala orang sibuk-sibuk dengan World Cup, saya pula sibuk membaking untuk customer. Sorilah ye, saya bukan peminat bola. Jadi, kepada kaki-kaki bola semua, teruskanlah dengan minat anda untuk menonton perlawanan-perlawanan bola yang akan disiarkan di kaca tv anda. Order pertama di bulan Jun'14 ini datang dari customer baru yang bernama Gee yang saya rasa beliau mendapat contact saya dari iklan di mudah.my. Beliau mengorder Choc Cake dengan deko Spiderman. Sape yang tak tau Spiderman kan....





Kebiasaannya Spiderman ni diminati oleh kaum lelaki dan budak-budak lelaki. Tapi, specialnya order kali ni, kek Spiderman ni adalah untuk anak perempuan beliau yang berumur 5 tahun. Sape kata takde pompuan minat Spiderman http://eemoticons.net 



Ehsan dari customer saya Gee. Inilah birthday girl yang suka sangat dengan Spiderman. Tak sabarnye nak makan! http://eemoticons.net





Kata Gee, inilah saje potongan kek yang tinggal hari ni. Alhamdulillah, tak sia-sia saya hantar jauh ke Bandar Sri Putra, Bangi




Happy Birthday saya ucapkan kepada Tasya. Terima kasih saya ucapkan kepada Gee kerana sudi order dan menyukai kek coklat saya http://eemoticons.net

Saturday, June 7, 2014

Butter Banana Cake Topping Choc Ganache


Ini adalah order kedua saya untuk kek pisang. Kebetulan dapat order yang sama seperti entri yang lepas. Apa yang berbeza di antara kek pisang entri yang lepas dengan entri kali ni adalah toppingnya. Di antara layer kek ni juga saya ada sprinkle sedikit badam dan sedikit saya gunakan untuk dekonya. Yang kerang warna oren tu adalah coklat putih yang saya warnakan dengan warna oren, bukan perisa oren ye. Idea deko ni adalah dari rakan saya sendiri, Erin, tuan yang mengorder kek nilah.




Di keliling kek ni saya hiaskan dengan tulisan "Happy Bday May And Jun" dengan menggunakan fondant. Ini juga adalah permintaan dari Erin juga, bukan saya yang pandai-pandai ye http://eemoticons.net Sepatutnya wording tu saya tulis "Happy Birthday May & June Babies", tapi tak muatlah pulak, so tepakselah tulis apa yang muat je. Sebelum letak tulisan tu, dah estimate elok-elok, macam muat, dah susun punye susun, tak muat pulak...kalau tau tak letak Happy Birthday pun takpe, letak May & June Babies je lebih baik http://eemoticons.net Tapi takpelah, nak buat macam mana, kadang-kadang kesilapan teknikal yang macam ni susah nak jangka. Next time kena estimate betul-betul. 

Semalam dapat feedback dari Erin dan Alhamdulillah Erin sekeluarga puas hati dengan rasa kek pisang saya dan kombinasi choc ganache dan badam memang kena dengan rasa manis kek pisang tu. Cuma, dari segi dekorasi mereka merasakan agak kurang memuaskan. Takpe-takpe...jangan panik, itu teguran yang membina tu. Nampaknya saya kena banyak buat homework lagi untuk memantapkan lagi dekorasi kek saya. In Shaa Allah, akan saya improved dari semasa ke semasa http://eemoticons.net


Jumpa lagi next entri...Chow! http://eemoticons.net

Friday, June 6, 2014

Banana Butter Cake Topping Fresh Cream with Edible Image Thomas & Friends


Pada hujung bulan lepas saya telah mendapat order kek pisang daripada rakan saya Tina merangkap regular customer saya. Ini dalah pertama kali ambik order untuk kek pisang. Pelik ke kek pisang untuk birthday? Pada saya tak pelik dan saya rasa seronok sebab akhirnya dapat jugak buat kek yang sebelum ni tak penah orang order. Nasib baik sempat buat eksperimen dulu sebab dah lama sangat saya tak buat kek pisang dan Alhamdulillah nasib baik takde masalah. 


Order ni adalah untuk birthday yang ke-8 tahun untuk anaknya yang kedua iaitu Naim. Kata Tina, taste anaknya ni lain sikit, tak suka kek coklat tapi suka kek pisang. Sekali-sekala makan kek pisang dengan fresh cream, sedap jugak kan. Biasenye kek pisang ni kita makan macam tu je, takde topping mopping ni http://eemoticons.net Tapi kalau mat saleh biase je diaorang buat kek pisang topping cream cheese atau choc ganache.

Nak jadi kebetulannya, pada minggu yang sama, saya dapat 2 order untuk kek pisang ni dan dua-duanya untuk birthday dan daripada rakan sekampus saya jugak yang sebelum ni penah order Choc Moist dengan saya. Nak tengok kek pisang yang kedua macam mana? Tunggu next post...http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...