Followers

Saturday, October 25, 2014

Butter Cake Topping Buttercream for Hani (3)


Birthday cake untuk kali ni adalah order dari Pn. Hani dari Kinrara. Awal bulan hari tu beliau pernah mengorder Butter Cake yang sama dengan topping buttercream untuk birthday saudara-maranya. Kali ni adalah untuk suami tercinta pula.

Terima kasih kepada Pn. Hani kerana sudi order untuk kali yang ke-4. Diharap Pn. Hani berpuas hati dengan deko yang saya buat kali ni yang agak lain dari yang biasa.


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1436. Semoga dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik di sisi Allah SWT, Amin....http://eemoticons.net

Wednesday, October 22, 2014

Minion Fondant Cake - Choc Moist Topping Buttercream for Hidayah


Apabila saya mendapat what's app daripada regular customer saya iaitu Pn. Hidayah mengatakan beliau nak order kek fondant, seronoknyela rasa! http://eemoticons.net Sebab jarang-jarang sangatla dapat order untuk kek fondant ni...bukan dapat order lain tak seronok, sape yang tak seronok bila ada orang nak order kek dengan kita kan....cumanya yang ni agak special sebab order macam ni jarang-jarang sangat saya dapat. Kebanyakannya order kek dengan edible image je ataupun kek yang deko biase-biase je.

Kek ni memang deko fully fondant dan watak Minion masih lagi menjadi pilihan kepada yang meminatinya. Kek seberat 2kg ni diorder untuk birthday anak lelaki Pn. Hidayah yang berumur 4 tahun. Mesti seronok anaknya bila tengok kek dengan deko watak kegemarannya. Ini adalah kek fondant yang ke-2 yang pernah saya buat tetapi Pn. Hidayah dah 3 kali order dengan saya (termasuk dengan order Minion Cake ni).

Terima banyak-banyak kepada Pn. Hidayah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat kek fondant untuk anaknya. Pn. Hidayah sebenarnya tidak berkesempatan untuk melihat kek ini sendiri kerana kek ini dihantar ke tadika anaknya untuk disambut bersama-sama rakan-rakan dan guru tadikanya. Maka, saya cuma menghantar gambar kepada Pn. Hidayah untuk tatapan beliau.

Diharap beliau berpuas hati dengan hasil kerja saya walaupun terdapat beberapa kekurangan yang perlu saya perbaiki lagi untuk masa akan datang.


Sampai di sini saje, jumpa lagi di entri seterusnya! http://eemoticons.net

Tuesday, October 21, 2014

Pandan Sponge Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Suraya


Frozen Cake untuk kali ni adalah order daripada customer baru saya iaitu Pn. Suraya yang tinggal di Kg. Baru. Pn. Suraya mengorder Pandan Sponge Cake dengan topping buttercream untuk anaknya Laila Nabila yang berumur 9 tahun.



Semoga adik Laila Nabila gembira dengan kek yang dihadiahkan oleh ibu tercinta http://eemoticons.net

Monday, October 13, 2014

Choc Moist Cake Topping Buttercream with Edible Image Frozen for Aida


Order untuk deko edible image Frozen lagi ye...banyak-banyakkan bersabar ye pembaca blog saya...http://eemoticons.net Nak buat macam mana kan, Frozen memang tengah hangat di pasaran! Order dari Pn. Aida yang tinggal di Danau Kota, Setapak telah mengorder Choc Moist Cake Topping Buttercream untuk anak kesayangannya yang baru berumur setahun.



 
Deko yang macam ni adalah request daripada Pn. Aida sendiri. Sekali-sekala deko macam ni ok jgk kan...http://eemoticons.net




Happy Birthday kepada Rakeisha Aulia dan terima kasih kepada Pn. Aida kerana sudi order dan berpuas hati dengan rasa kek dan deko kek saya http://eemoticons.net

Wednesday, October 8, 2014

Rainbow Cake Topping Cream Cheese with Cartoon Drawing for Aida


Order kedua untuk bulan Oktober 2014 adalah dari customer baru saya iaitu Pn. Aida dari Kg. Laksamana, Gombak. Memang dekat sangat dengan kawasan rumah saya, cuma 5 minit jaraknya dari rumah saya. Beliau mengorder Rainbow Cake Topping Cream Cheese saiz 3kg. Request daripada beliau ialah beliau nakkan lukisan kartun seorang budak lelaki berjubah dan berkopiah yang sedang duduk sambil memegang sebuah kereta mainan berwarna merah. Jika anda rasa tak berapa nak clear gambar ni gambar apa, itulah penjelasannya. Al-maklumlah, saya ni tak berapa pandai bab lukis-melukis ni dan inilah kali pertama saya melukis di atas kek menggunakan piping jelly. Ini juga adalah request daripada beliau, nakkan lukisan yang dilukis dengan menggunakan piping jelly. Gambar kartun tu memang beliau dah send kat saya melalui whats app. So, saya tiru jelah setakat mana yang boleh. Beliau pun tak mengharap sangat sebijik-sebijik ikut gambar yang diberi. Janji ada rupa pun dah cukup baik katanya. Jadinye, itulah yang terbaik yang dapat saya buat. Untuk orang yang tak pandai melukis macam saya ni, oklah tu kan...http://eemoticons.net

Tunjuk jugak dulu kat husband dan Pn. Aida sebelum saya lukis betul-betul atas kek. Banyak kali jugaklah lukis kat kertas dulu sebelum lukis atas kek. Agak-agak macam dah confident sikit, barulah lukis atas kek. Mana boleh nak lukis terus....masak la kalau tak jadi kan...http://eemoticons.net


 
Di keliling kek saya tulis dengan menggunakan piping jelly juga dan tempek sedikit gula-gula ala-ala M & M




Terima kasih kepada Pn. Aida kerana sudi order dan menyukai Rainbow Cake saya. Kalau nak order lagi, boleh je, takde masalah http://eemoticons.net

Friday, October 3, 2014

Butter Cake Topping Buttercream for Hani (2)


Order pertama untuk bulan Oktober 2014 adalah dari Pn. Hani dari Kinrara. Ini adalah order kali ketiga dari beliau. Kalau order pada bulan lepas adalah kek hantaran dan butter cake untuk makan-makan sekeluarga, kali ni untuk birthday pulak. Birthday kek ni untuk 3 orang sekali iaitu Aryssa, Dhiya & Ana.

Terima kasih Pn. Hani kerana sudi mengorder lagi dari Faeiza's Cakes http://eemoticons.net

Thursday, October 2, 2014

Mini Pack Choc Moist & Red Velvet



Nak rasa dulu macam mana kek Faeiza's Cakes? Mulai semalam 1 Oktober 2014 kami telah mula menjual Mini Pack Choc Moist Topping Choc Ganache dan Red Velvet Topping Cream Cheese yang bersaiz 4". Harga RM5.00 sahaja untuk 1 pek.





Boleh dapatkan di kedai alatulis Yakin Creative yang beralamat di No. 55, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. Kepada yang tinggal di sekitar Gombak, bolehla singgah untuk membeli mini pack cake ni. Datang, jangan tak datang! http://eemoticons.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...